Pages

  • RSS
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Kebaboooomm!!

Bismillah..

Maaf dan pendam.
Bezanya..

Maaf: tiada ungkit lagi selepas itu. Tidak timbul lagi dalam hati dulu dia buat begini dan begitu.

Pendam pula akan tiba satu waktu di mana perasaan marah sampai ke tahap maksima yang kemudian meletup!

Kita yang mana satu?

Lebih baik luah dan memaafkan
daripada simpan, pendam dan meletup.

Yang terbaik, tahan, lupa, dan memaafkan.

Tapi tak ramai mampu buat yang terbaik.

Terkadang, sangka kita, kita sedang memaafkan. Konon sedang melakukan yang terbaik.
Sedangkan kita memendam, mengumpul, menunggu waktu untuk meletup.

Selamat koreksi!~

p/s 1: Lama sangat tak menulis di sini. Tulisan ini hasil tulis padam tulis padam dari tadi. Macam dah hilang skill ok. -.-"
p/s 2: Saya rindu UK. Mungkin bukan sebab tempatnya. Tapi sebab orang-orang yang saya jumpa. Eh tapi Scotland sangat cantik ok!
p/s 3: Cuti bulan 6 nampak gaya for the first time saya bakal bertapa di Irbid. Harapnya, bakal buat perkara berfaedah lah ya.
p/s 4: Terus mendoakan mereka yg sedang berjuang untuk nyawa dan hidup.
p/s 5: Nah! Hadiah dari UK sikit. =)


~Scotland~

~Scotland lagi~

Kambing biri-biri Scotland. 
Putih kan warna bulu dia. Tak macam kambing biri-biri Jordan. 
Depa mandikan kambing tu ke camna?

Eh? =p ~Loch Ness~

Sunday, July 1, 2012

Lukisan Pahit 2~

Bismillah..

Setelah tamat tempoh untuk melukis, pelukis terakhir bersiap sedia untuk mempersembahkan lukisannya kepada raja yang beberapa hari lepas telah menamatkan riwayat teman-teman sekerjanya.


'Berserah. Aku sudah lakukan yang terbaik. Moga raja terima lukisanku ini.'


Lalu lukisan pelukis ketiga dipersembahkan kepada raja.


Sang raja mengangguk-angguk sambil tersenyum puas tatkala perhatiannya diberi kepada lukisan tersebut. Dirinya dilukis sedang menaiki kuda dalam keadaan sedang memanah. Lalu, tempang baginda serta sebelah matanya yang buta dapat disembunyikan. Tiada munafiq. Tiada penghinaan.

Maka, kerana berpuas hati baginda raja melantik pelukis terakhir sebagai pelukis diraja dan dianugerahkan berbagai set cat dan berus lukisan yang mahal-mahal serta diberi rumah mewah berdekatan istana raja.

TAMMAT
_______________________________________________________________________

Lukisan yang pahit menjadi manis bilamana pelukisnya hebat menambah rasa.
Seperti juga kebenaran. Kebenaran itu seperti ubat yang pahit. 


Andai penyampainya tidak cuba untuk memaniskannya, maka pendengarnya akan menjadi seperti raja. Lalu, sang pendengar tak akan dapat merasa manisnya ubat yang asalnya pahit.

16:125

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [An-Nahl: 125]

 Jom, latih otak jadi kreatif dan inovatif untuk melazatkan ubat yang pahit! ^_^

p/s 1: Alhamdulillah, banyak saya belajar dari mereka hari ini. =)
p/s 2: I think i'm the person who have to be busy to be arranged in my daily life.
Kalau tak, memang suka bertangguh sebab rasa macam masa banyak. @_@
p/s 3: Oh, Hanady's~ =p
p/s 4: Banyaknyaaa dapat jemputan kahwin!

Tuesday, June 26, 2012

Lukisan Pahit 1~

Bismillah..


Ini kisah zaman dahulu kala di sebuah negara. Tersebutlah kisah seorang raja yang kurang sempurna anggotanya. Buta sebelah matanya dan pendek sebelah kakinya. Tidak diketahui sama ada kecacatan tersebut sedari kecil atau sebab lainnya.

Suatu hari yang permai, raja itu teringin sekali jika ada yang sudi melukis diri baginda. Lalu panggillah baginda tiga pelukis terhandal dalam negara. Kebetulan zaman itu mesin yang bernama kamera masih belum tercipta. Kalau sudah tercipta, tak perlu bersusah payah berjam-jam melukis baginda, kan?

"Beta mahu diri beta nampak hebat, kacak dan bergaya dalam lukisan tersebut", titah baginda kepada ketiga-tiga pelukis.

Bermulalah pelukis pertama dahulu melukis baginda. Lukisannya, menggambarkan betapa hebat, kacak dan bergayanya baginda. Tanpa cacat cela. Siap dengan mata yang berwarna biru dan tidak buta serta kaki yang tegak berdiri tanpa tempang. Setelah berpuas hati dengan lukisannya, pelukis pertama mempersembahkan lukisan tersebut kepada baginda.

"Hmmm.. Beta kah ini?"
"Iya tuanku. Begitulah rupa tuanku yang hebat kacak lagi bergaya."
"Munafiq kamu! Ini bukan beta! Hukum dia! Pancung!"

Maka menggigil ketakutan pelukis pertama hingga terkencing-kencing tanda betapa takutnya ia. Lalu diseretlah ke tempat hukuman untuk ditamatkan riwayat hanya kerana lukisan yang tidak jujur. Melihatkan itu, maka menggigil jualah kedua-dua pelukis yang lainnya.

"Baik, sekarang giliran kamu pula pelukis kedua. Lukiskan diri beta yang sebenar! Jangan kamu munafiq seperti pelukis pertama. Nanti kamu juga beta akan pancung!"

Bermulalah pelukis kedua melukis baginda. Setelah diberi tempoh dua hari, siaplah lukisan tersebut. Lalu dipersembahkan kepada baginda.

"Ini.. beta kah?? Beginikah rupa beta?"
"Ia tuanku. Beginilah rupanya. Secara jujur tanpa munafiq tuanku."
"Mata beta dilukiskan buta! Kaki beta dilukiskan tempang! Apa ini! Ini satu penghinaan! Pancung!"

Pengawal pun datang menyeret pelukis kedua yang menggigil-gigil sambil meminta ampun. Namun permintaannya itu tidak diendah oleh raja kerna tersangat marah. Tersangat rasa terhina.

Tibalah giliran pelukis terakhir. Sebelum memulakan lukisannya, beliau berfikir sejenak. Bagaimana mahu menggambarkan baginda dengan hebat, kacak lagi bergaya tanpa bermunafiq. Lima minit berlalu, diambilnya berus lukisan dan dicoret atas lembar kain putih di hadapannya.

Setelah tamat tempoh untuk melukis, pelukis terakhir bersiap sedia untuk mempersembahkan lukisannya kepada raja yang beberapa hari lepas telah menamatkan riwayat teman-teman sekerjanya.

'Berserah. Aku sudah lakukan yang terbaik. Moga raja terima lukisanku ini.'

Bagaimana pengakhiran pelukis terakhir? Apakah sama seperti pelukis pertama dan kedua? Atau lukisannya diterima raja? Bagaimana pelukis terakhir melakar lukisan raja?

Nantikan post seterusnya..

p/s: Kalau dah tahu, lagi bagus. Boleh cerita kat komen ok. =)

Friday, January 27, 2012

22:5

Bismillah..

22:5

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
[22:5]

Sungguh. Suasana hospital membuatkan ayat ini berjalan sepintas lalu. Bermula dengan paeds dan bertukar ke internal medicine betul-betul mengikut aturan hidup. Kalau dulu berdepan dengan bayi-bayi sakit yang berjuang untuk kehidupan yang baru bermula, kini berdepan dengan orang-orang tua yang berjuang untuk kehidupan yang telah lama dirasa.

Manusia itu berada dalam dua. Hidup atau mati. Yang selalu diingat hanyalah hidup. Mati ramai terlupa. Atau sebenarnya melupakan [?] Kerana mati itu temannya sakit. Dan manusia itu membenci untuk sakit. Lalu mereka melupakan. Hingga mereka terlupa bahawa sakit itulah yang membentuk syukur pada nikmat sihat~

p/s 1: Sedang memendam rindu untuk berjalan dalam salji.
p/s 2: Mari membaca ECG Made Easy; membaca perjuangan jantung untuk berdegup memberi hidup dengan izin Dia.

Wednesday, January 18, 2012

Irbed: Sunyi dan Beku~

Bismillah..

Makin terasa kelengangan juga kebekuan Irbed. Pagi-pagi keluar rumah, tak nampak dah budak melayu beramai-ramai berjalan ke mujamma3 Syeikh Khalil. Orang arab lalu lalang macam pandang pelik. 'Ya, pak cik dan mak cik.. saya tak cuti.' =_=" Atau sebenarnya perasan sendiri [?]

Dalam kelas, dapat sms, dapat call dari juniors tanya pasal Spain. Balik rumah buka FB, status-status ramai yang berjalan. Buka inbox, juniors tanya pasal Spain. Buka blog cik Intan update gambar Korea. Oh, macam ini ke perasaan tengok orang dah merdeka diri sendiri kena hadap buku tebal-tebal untuk hadap doktor pagi esok [?] Hmmm.. layaaann..

Esok, 19 Jan.. bakal menyendiri. Boleh lah diet seminggu. =_="

Rumah kedua dari tingkat 10~

p/s: Yang pergi jalan tu, jangan lupa ole2 orang tak cuti ok. At least saya mahu doa anda masa musafir. =)

Saturday, December 31, 2011

Simpul-simpul 2011~


Bismillah..

*Post ini lebih panjang daripada post-post yang lain.*

Akhir tahun. Selalunya orang bermuhasabah. Menanda target lama. Membuat target baru.

Tapi saya.. tak ingat bila kali terakhir saya simpulkan tahun itu. Atau sebenarnya, ini kali pertama [?]

Target dalam hidup, pasti semua ada. Cuma, mungkin certain people macam saya, jarang membuat muhasabah dan target pada akhir tahun. Rasa kurang sesuai mungkin. Entah. Selalunya, saya akan letak target bila saya mulakan sesuatu yang baru. Err.. maksud saya, pekerjaan yang baru. Kalau benda yang saya dah pernah buat, maka akan ada muhasabah. Apa yang perlu diteruskan. Apa yang perlu dibaiki. But if it is something new, then i'll look to others who have done it.

Juga terkadang bila saya kecewa. Sama ada, kecewa dengan hari.. Atau kecewa dengan diri.. Atau kecewa dengan manusia..

Oh. Em. Teringat sesuatu. Simpulan tahun sebenarnya saya akan muhasabah pada setiap 26 Februari~ ^_^
But not that specific. Maksudnya, tiadalah senaraikan satu per satu. Secara keseluruhan mungkin.

Well then, this year i'm going to try something new. 'Simpulan akhir tahun' maybe [?]

1. Kaki jejak Spain dan Italy

Dalam perancangan, sepatutnya ke Spain dan Morocco. Tapi, atas masalah dengan visa morocco maka bertukarlah arah ke Italy. Well i guess, this is the first time i lead a travel team. Sebelum ini, ikut orang. Pengalaman yang menarik sebenarnya. Dan pastilah belajar banyak benda. Not just about travel itself. Latihan kawalan emosi mungkin. ^^

2. Tulis puisi.

Ok, tak ingat kalau-kalau pernah tulis puisi atau sajak atau seangkatan dengannya sebelum ini. Baca dan komen pernah, Tapi tulis dan publish kalau tak silap baru tahun ini. Entah. Kadang-kadang rasa seronok main kata. Terutama bila tak boleh terjemah perasaan secara directly. Tapi yang pasti, saya masih tak bersedia kalau orang komen puisi-puisi tu. Especially kalau komen yang kritik. Haha.. Penakut kan? Takut kalau kritik nanti self-esteem untuk tulis makin jatuh. Maka tak tulis langsung. =_="

Ya, saya tahu. Kalau tiada orang kritik, yang salah tak dapat betulkan. Tapi saya memang macam tu. Takut dengan keputusan bila belum bersedia nak dengar. Tapi kalau kritik juga, tak adalah sampai mengamuk [?] Terima dengan pasrah~ =P

3. Kaki jejak tanah suci Makkah dan Madinah

Untuk ini memang waktu nak buat visa, saya ambil risiko yang agak tinggi dengan mengirim passport ke Malaysia melalui seorang senior. Tahu kenapa saya kata agak tinggi? Sebab waktu ini kekecohan reformasi Tunisia, Mesir dan Libya. Jordan.. sipi-sipi. Cuma tak tahu kenapa waktu itu, ada keyakinan yang nothing will happen in Jordan. Abah pula yang risau. Tapi bila abah tengok anak abah sangat firm dengan pendirian, maka abah pun yakin. Secara jujurnya, masa mula-mula yakin. Tapi bila Jordan ada sedikit bergolak, dan passport dah duduk di Malaysia hati mula risau. Alhamdulillah, aman tenteram sehingga kini. =)

Serius. Sekali pergi, pasti merindui. Rindu dengan ketenangan dan semangat ibadah di sana.

4. Balik Malaysia

Normal je balik Malaysia ni. Cumanya, tahun ini saya 'terbalik' dua kali. Haha.. Rezeki.. =D

5. Masuk clinical year

Alhamdulillah, selesai rotation paediatrics. Hmm.. saya tak pernah tulis pasal rotation ini kan? *senyum* Banyak benda sebenarnya. Tapi banyak waktu emosi tidak mengizinkan. Ok alasan. =P

Ok. Rasa nak coret sikit. Supaya nanti boleh baca semula masa depan-depan.

Pertama kali tengok vaginal delivery secara live. Seram sejuk jugalah. Terus teringat ummi waktu itu. Dalam masa yang sama memang speechless. No words can describe the feeling at that time. Seriously. Maha suci Allah..

Pertama kali tengok cesarean secara live. Yang ini, macam tak ada perasaan. Sebab dah tengok surgery banyak kali kat movies kah? Tapi bila tengok baby tu hypotonia macam agak excited. Ok, memang tak boleh blah kan perasaan excited dengan penyakit. Patutnya kesian lah. -.-'

Operation room in KAUH.

Sink for scrubbing before entering operation room 
[Bila tengok benda alah ni, dalam hati cakap, 
'Hmm lain dengan operation room kat Korea atau Jepun. 
Malaysia mesti lain juga.
Ok, kesan tengok movie 
Team Medical Dragon dan Surgeon Bong Dal Hee. =_="]

Hmm.. saya rasa menarik bila dengar Dr. Samah cakap, "When a baby does not acquire some of the development stage in a certain range of time, they will never acquire it."
Terfikir, dari kita kecil sampai besar, sunnatullahnya sama. Contoh, kalau waktu belajar ini, kita tak dapat nak bahagi masa untuk keluarga, tarbiyah dan sebagainya, waktu sudah kerja apatah lagi. Kesimpulannya, jangan asyik bernanti. Nanti memang akan ternanti-nanti. Haa.. =_="

6. Exam OSCE

Hmm pertama kali exam, dapat soalan yang agak killer lah juga. Tak pernah-pernah jumpa waktu ambil case ok. Tak pa lah. Hanya tinggal doa dan tawakkal. Yang pasti, CNS selalu berbuat horror. Masa pre-clinical, system yang paling tak score CNS lah. Both. CNS [central nervous system] dan PNS [peripheral nervous system] Memang nervous lah.

Ok. Habis. Target tahunan.. hmm *fikir pernah ada ke?* Ok.. pernah. Tiap tahun. Cuma ianya adalah secara separa sedar. Sebab selalu buat target secara sedar bila ada certain episodes in life. ^_^

p/s 1: Ahad ini masuk rotation baru. Internal Medicine. Doakan makin rajin membaca dan men'study'kan diri.
p/s 2: Tak banyak cuti tahun depan. =_="
p/s 3: Dah dapat lepas rindu dekat kopi JUST! =D
p/s 4: I Am Sam. One of the movies that must be watched. Daripada tengok Ombak Rindu, baik tengok ini. Oh. baru tengok Ombak Rindu sebenarnya. Mahu tahu tahap mana kejatuhan moralnya. Dan boleh saya katakan, agak dahsyat juga.

Thursday, November 10, 2011

Heavens of HIS creation~

Bismillah..

From veranda of Bayt Nusaibah, Irbed

Close-up

Did you see
The patterns I see
Did you feel
The harmony I feel
Of the God's creation
Full of amusement

When a deep breath taken
Tilt up till you see the heavens
Heavens of HIS creation

Did you see
The patterns I see
Blue printed sky overlaying high
Beaming bright stripe lining like turnpike
Myriad bulbous sprout of white grizzled cloud
Golden ashen lane on the horizon pane

Did you feel
The harmony I feel
When the air was wrapped by cold
You took my hands to hold
Warming them in your hand fold
While gazing at the sky of amazing world!

-Nima Hamid-

Saturday, October 1, 2011

67:3

Bismillah..
Bayt Nusaibah, Irbed











Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
(67:3)

Bila kecewa dengan mereka, maka ingatlah mereka itu milik DIA jua~

Wednesday, September 28, 2011

Orang Hidup atau Orang Mati Lebih Ramai?


Bismillah..


Hampir 2 minggu round hospital. Intro paediatrics rotation minggu lepas, sekarang intro internal medicine dan minggu depan intro surgery. 8 oktober exam. Mantap kan? =_="


Waktu paeds rotation, mental dan fizikal sedang beradaptasi. Jadi, banyaklah keselebetan-keselebetan yang berlaku. Oh sekarang pun ada juga selebet. Tapi tak seselebet minggu pertama di hospital. Mungkin juga sebab lectures petang pun tiada. Maka, balik pun boleh awal and prepare for the next day.


Rotation Paediatrics
Still tense and blur because of language barrier. Mula-mula, 1st day nak ambil history from patient tak terkeluar perkataan Arab. 2nd day, boleh tanya dah tapi bila patient jawab tak faham pun. 3rd day, dah mula tangkap certain words but still ada yang tak faham. Hari-hari seterusnya, salin words yang tak faham buat tambah vocabs till now.
Minggu ni, banyak main dengan children. Best tak best, bergantung kat mood kanak-kanak tu. Kalau dia tengah mengamuk, memang tak boleh nak buat physical examination apa-apalah kan. Menarik je kalau pandai pujuk. Tapi nak pandai pujuk dalam arab tu.. errr.. =_=" Oh, boleh bawa lollipop atau apa-apa yang sewaktu dengannya. ^_^


Rotation Internal Medicine
Minggu ini, agak relax. Doctor pun datang lambat. So, kalau terlewat tu memang selamat. Antara kisah menarik menggu ini, boleh baca tulisan di barisan seterusnya.
___________________________________________________________________
Seperti biasa, pagi-pagi Dr. akan suruh ambil history from patient dalam ward. Pusing punya pusing jumpalah seorang pak cik yang sedang duduk memegang tasbih.


Dialog di bawah adalah daripada pertengahan pengambilan history. Kalau nak tulis dari mula, mesti ramai skip sebab soalan-soalan tu berdasarkan list of questions in history taking.


"Pak cik  kerja apa ya?"
"Dulu.. pak cik kerja potong-potong daging. Sekarang tak kerja dah.."


Terus teringat Tok ki kat Terengganu. Kerja sembelih, jual dan potong daging. Dah rupa pun macam tok ki. Cara layan cakap pun lebih kurang. Bahasa je lain.


"Asyik korang je tanya aku. Aku pulak nak tanya. Boleh?"
*sengih*
"Mana lagi ramai, orang hidup ke orang mati?"
"Emm.. mati."
"Kenapa?"
*senyap*
"Sebab, orang yang mati tu mati dan orang yang tidur juga mati. Kan? Betul tak?"
*senyap, fikir, senyum*
"Allah pun ada cakap kan dalam Qur'an orang yang tidur tu mati atau Allah pegang nyawanya sebentar."
*angguk2*
"Ok, pak cik kami teruskan soalan pasal pnyakit pak cik ya?"
"Sila2.."
[Oh ya, pak cik tu tak cakap melayu ya. Semua ini terjemahan semata.]


Allah takes the souls at the time of their death, and those that do not die [He takes] during their sleep. Then He keeps those for which He has decreed death and releases the others for a specified term. Indeed in that are signs for a people who give thought.
[Az-Zumar:42]

Menarikkan dapat belajar dari patient. 

Dan ada hari sebelum-sebelum tu, ada ibu pesakit tanya, 
"Kenapa ketika asthma, akan ada abdominal pain?" 
Dengan blur-blur kawan arab balas, 
"Maaf, mak cik. Kami tak tahu. Kami baru tahun 4." 
Mak cik senyum dan jawab,
"Tapi, kamu kan tahun 4. Takkan tahun sebelum-sebelum tu tak belajar.." 
Kami tunduk, senyum, senyap. =_=" 
"Tak pelah. Mari aku bagitahu. Ini yang aku tahulah. Nanti kamu tanya Dr. balik ya. Bila berlaku asthma, otot-otot dalam akan contract. Sebab tu rasa sakit-sakit badan..." 
*angguk2 sambil berfikir*

___________________________________________________________________
Semalam, hari pertama membuat physical examination untuk respiratory system dekat pesakit. Disebabkan nak Dr. ajar, maka untuk memudahkan pesakit perlulah seorang lelaki.

"You, dukturah. Do palpation."
*gulp. sudah..*
Jari sedikit meggigil ketika hendak memeriksa trachea. Tapi pengepaman jantung adalah pada tahap normal. Tiada palpitation dikesan. Maka, bertindaklah saya seperti biasa dengan beberapa kesalahan yang ditegur oleh Dr. Sampai pak cik terbatuk-batuk. =_=" Maaf, pak cik. Saya budak baru belajar. 

Surgery Rotation
Belum lagi. Minggu depan. Doakan! Dengar kata, Dr. surgery malignant. Benarkah? Cuak pula.

p/s 1: Hazey sangat hari ini. Dunia makin tua nampak gaya.
p/s 2: Owh, sunset belakang Irbed Mall, cantik! Teringat Granada~



p/s 3: Balik Malaysia raya haji ini. Oh! ^_^
p/s 4: Ok. Harus study!!~ Yallah..(Ayuh@Jom dalam bahasa Arab)

Thursday, September 15, 2011

Kill as few Patients as Possible



Bismillah..
Red Hall. Camera BB.
Telah berlalu seminggu kelas untuk tahun ke empat untuk smester pertama. Hari pertama, terasa macam junior masuk hospital. Sesat menyat segala. Terutama ketika mencari tandas dan musolla terdekat dengan Red Hall, tempat lecture baru. Kalau dulu Science Hall 2 menjadi rumah kedua, sekarang hospital bakal menggantikan. Nak kata Red Hall rumah kedua, tak boleh juga. Sebab nanti akan guna juga Blue Hall dan Green Hall. Juga akan pusing-pusing wards.


Hmm.. Hmm.. bersedialah melatih stamina untuk bertahan dari pukul 8 pagi sampai 4 petang lebih kurang.


Setakat seminggu lectures tanpa rotation ini, kami banyak mendengar sampai termimpi serta tersengguk atas kerusi macam dalam flight yang sungguh empuk kata-kata dari doktor-doktor yang hebat.


Antara kata-kata salah seorang doktor-doktor hebat:-


"10 years ago, a life changing event occurred on this exact date. As for all of you, starting from today, Sept 11 2011 your life will never be the same anymore.." -Dr. Rami Azab


Oh. Memang patut tulis dalam diary nih!


Err.. Tapi, macam belum berubah untuk seminggu pertama. Tapi saya yakin akan berubah untuk minggu seterusnya. Sebab akan bermulanya wards rotation. Excited bercampur cuak! Sebab? Err..


"You should be on time! This Sunday, 8 a.m. at 6obi8 5amseh (tingkat lima)! If you late 10-15 minutes then 3'iab (considered as not attending the round)!"


Peh! Memang kena berusaha puntual punctual lah! Tapi macam agak kagum dengan batch sendiri untuk minggu pertama ni. Hampir semua datang kelas awal! Cuma pagi tadi ada orang lewat sebab buat eksperimen try naik bas cikalel. =_=" Nasib baik doktor baik. Moga berterusan. Ensyaallah..


Antara quote yang menarik dalam slides salah seorang doktor hebat seorang lagi: Dr. Khaled Jadallah:-


"Kill as few patients as possible" -Oscar London M.D. W.B.D.


Masa mula-mula baca meremang bulu roma. Gaya quote ni, macam.. =S


Ok. Itu sahaja setakat ini. 


Cerita menarik di Irbed: Makin bertambah-tambah umat Melayu. Moga sejahtera sahaja hendaknya.


p/s 1: Iron lab coat, gantung stethoscope, bawa torch and measuring tape utk next week! c(= Oh, baca Macleod's tertinggal. =_="
p/s 2: Peringatan: Anda ialah Muslim Doktor sebelum menjadi Doktor Muslim.
p/s 3: Makin meningkat usia makin meningkat peringkat makin memberat tanggungjawab.
p/s 4: Tarbiyyah dzatiyah. Moga tak ketinggalan tika sibuk dengan perkara dunia. Saling mengingatkan ya!

Thursday, September 1, 2011

*senyum*

Bismillah..

Disebabkan tidak menyempat nak memikirkan idea untuk menulis, maka marilah kita menjamu mata dengan makanan-makanan di bawah. ^_^

Onde-onde kesyukuran
(Lepas tahu result terus semangat buat. 

Al7amdulillah, naik 4th year. 
Terima kasih utk doa-doa yg ditaburkan. 
4th year, pasti lebih mencabar. 
Doa kalian sekali lagi diperlukan!)
Chocolate Chips Perantauan
(Buat sebab terngiang-ngiang rasa choc chips ummi. 

Alih-alih minta ummi kirim kuih. 
Yang dapat, sebungkus choc chips yang belum jadi biskut 
bersama resepi yang diterbangkan khas 
bersama parents junior yang datang beraya di Jordan. 
Tanda suruh berdikari. 
p/s: Menjadi..menjadi.. weiwwiittss!!)

Simple Cheesecake [Bukan Jepun punya]
(Menghabiskan cheese yang tak dak orang nak makan. 

Tak berguru lagi untuk buat Japanese Cotton Cheesecake. 
So, simple cheesecake je yang dapat buat..)
p/s 1: Boleh tahan meriah beraya kat Irbed nih. Gaya macam seminggu x perlu masak. Ada je jemputan tiap hari. Makanan pun jangan main-main.. Rendang ketupat nasi himpit segala. Lemang and ketupat palas je belum jumpa. Al7amdulillah 3ala kulli 7al.. =)


p/s 2: Intan, i'm so sorry. I still owe you that thing. And i can't promise for it. =(
i'll save some chocolate chips biscuits for you ensyaallah.. Meaning, we'll exchange them with nekbat. =D


p/s 3: Best pulak post guna new interface blogspot ni..


p/s 4: Lastly, 3eid mubarak wa kullu 3aam wa antum bi alf 5eir ensyaallah..
Moga ibadah kita bukan ibadah bermusim seperti bermusimnya buah yang mengikut musim.


p/s 5: Tak tau nak buat tajuk apa. Maka jadilah tajuk di atas. Kata 'lastly' tetiba ada lagi. =_="

Thursday, August 18, 2011

Bukan untuk Dipendam..

Bismillah..

Bila sahaja satu individu manusia itu mula menerima akidah ini dan mula beriman dengannya maka pada dasarnya bermulalah sudah wujudnya masyarakat Islam itu sebab

individu yang satu itu menerima akidah dan iman itu bukan untuk dipendam dan
disimpan di dalam hatinya seorang sahaja.

Dia pasti akan bergerak dan berjalan membawa akidah itu bersama-samanya.

-Petunjuk Sepanjang Jalan, Said Qutub, m/s: 108-

Moga tergolong..
Moga tergolong..

Tuesday, July 26, 2011

Kisah Telur Ayam~


Bismillah..

Dulu-dulu, di zaman masih di alam kanak-kanak, tok ada bela ayam. Ayam-ayam tok macam-macam jenis. Warna putih, coklat dan campur-campur. Tiap kali kami balik kampung, pasti tok akan sembelih seekor hingga dua ekor ayam ikut keramaian sanak saudara yang pulang. Kata abah, ayam tok sedap. Sebab ayam tu 'ayam kampung'. Saya tertanya-tanya. Apa bezanya? Sebab sampai sekarang saya rasa tak de beza ayam kampung dengan ayam bandar. =_="

Suatu hari, salah seekor ayam tok bertelur. Tok kutip telur-telur tu untuk dibuat hidangan. Setiap kali tok pecahkan telur-telur tu, saya mengharapkan anak ayam akan keluar. Tapi yang ada hanyalah telur mentah. Saya fikir, telur tu masih belum cukup matang. Masih perlukan pengeraman dari ibu. Semenjak itu, sehingga di rumah pun kalau melihat ummi pecahkan telur akan mengharapkan anak ayam bakal keluar. Tapi tidak. Saya bertambah-tambah pelik punyalah lama telur berada di dalam peti tetapi tidak menetas. Fikiran ketika itu menjawab kerana tidak mendapat haba secukupnya. Pernah sekali terfikir, kalaulah telur tersebut dipanaskan sesuai dengan suhu pengeraman, pasti akan menetas.

Namun hari ini, baru tersingkap ilmu yang selama ini saya tidak tahu. Rupa-rupanya, telur-telur yang kita makan selama ini tak akan menetas selamanya. Walau diberi haba secukupnya. Tahu kenapa? Kerana telur-telur tersebut tidak cukup chromosome. Tidak berlaku persenyawaan untuk telur-telur tersebut. Lecturer farm animal kata, kalau berlaku persenyawaan dan mungkin boleh menetaskan anak ayam, telur tersebut ketika dipecahkan akan ada sedikit warna merah yakni darah. Uh. Macam tak pernah jumpa. Kalau jumpa macam tak akan makan? Err..

Kedudukan telur untuk dia menetas pun memainkan peranan penting. Bahagian hujung yang punya luas permukaan besar sedikit perlu diletakkan tinggi sedikit daripada bahgian hujung yang kecil. Tahu kenapa? Supaya anak ayam tidak kelemasan ketika mahu memecahkan kulit telur.

Menarik kan alam yang Allah beruskan?

Perkara sekeliling kita pun masih banyak yang tidak tersingkap pengetahuan mengenainya. Apalagi masa hadapan kita kan?

Moga jangan walau sedetik Allah lepaskan hidup kita di tangan sendiri.


Sub7anallah.. cantikkan warna matahari tu..
Err.. apa kaitan matahari dengan telur ayam? Sebab dia sama-sama bulat? =_="

p/s 1: Tiba-tiba rindu zaman kanak-kanak~ ^^"
p/s 2: Intan, i'm still waiting for ur answer bout which one come first. Egg or Chicken?

Friday, July 15, 2011

Pengembara Dunia~

Bismillah..

“Hatiku telah menjadi berbagai bentuk
Padang rumput bagi para kijang,
Biara bagi para Biksu,
Kuil bagi Pemuja,
Kabah bagi para Jamaah,
Tablet untuk Torah,
Dan Sebuah Kitab Al-Quran.”

“Aku mengakui agama Cinta
Arah manapun cinta melangkah,
Maka ia adalah agama dan takdirku”.

( Ibnu Arabi, Tarjuman al-Azwaq )

Salman Al-Farisi.
Dia lagenda agung
Tabah mencari agama Cinta.
Pengembara dunia
Penduduk akhirat.

p/s: Kembara. Bawa hanya yang perlu untuk tidak membebankan. Maka apa yang hanya perlu sebagai pengembara dunia?

Sunday, June 19, 2011

Tetamu Jemputan DIA 3~ [Jeddah]

Bismillah..

14 Jun 2011
Bertolak dari Madinah ke Jeddah dan singgah ke Masjid Terapung yang dikenali dalam kalangan orang-orang Melayu. Namun nama sebenarnya adalah Masjid Rahmah. Terbina di tepi pantai.
Terfikir, Malaysia yang tiru Jeddah atau Jeddah yang tiru Malaysia? c(= Turun dari bas, terus menghirup bau laut. Bukan sebarang laut. Kerana laut tersebut pernah terbelah dengan izin Allah dengan sebab belahan tongkat Nabi Musa a.s.

Masjid Terapung versi Jeddah


Pantai Laut Merah


Uuuu... Jernih kan?


Laut Merah keliling Masjid

Dan di tanah Jeddah ini diketahui asal usul nama Jeddah tersebut. Asalnya daripada perkataan Jaddatun yang bermaksud nenek. Kenapa? Kerana moyang kita Hawa tercampak di sini sebelum bertemu cinta hatinya di puncak Rahmah. Adam? Adam pula tercampak ke Serindik, India. Ni tak sabar nak ke India ni. c(=

15Jun 2011
Selamat sampai di KLIA. Dan sungguh baru perasan. Setiap negara ada baunya masing-masing. Dan sungguh saya melepas rindu dengan bau tersebut.

p/s1: Intan, Selain tanda di Jabal Rahmah, ada satu lagi tanda di Masjidil Haram Tingkat 1. Bukan bawah sekali. Atas satu tingkat bahagian bawah. Dekat tempat masuk tempat solat bahagian sa3i, tempat letak Qur'an tiang bulat ketiga. Dalam salah satu Qur'an terjemahan Melayu 7:151 cari tanda tu. Kalau tak ada orang ubah lah. [Intan, I have written here first before chatting with you. So, maybe it's kinda repeating. c(=]

p/s2: Moga ibadah2 dan doa2 yang kalian minta saya doakan diterima dan dimakbulkan ensyaallah.

p/s3: Ensyaallah, ada rezeki jemputan DIA akan kusahut lagi. =)

Saturday, June 18, 2011

Tetamu Jemputan DIA 2~ [Makkah]


Bismillah..

11 Jun 2011

Marwah


Tempat sa3i dari luar


Tempat sa3i bahagian dalam. [Tidak termasuk sebagai bahagian masjid]


Bahagian luar Masjid


Bab Ra2ees


Lori Bawa bekas zam-zam


Err.. Tapi ada juga orang merokok. Cuma tak ramai.


Istana Raja Sa3udi bersebelahan Masjid


Don't have to have caption i think. =)

Hari melawat keliling Makkah. At least dapat la juga bernafas dari terperuk dalam bilik hotel atau kadang-kadang lepak tempat sa3i cuba hafal 10 muka al-Baqarah tugasan Ustazah kelas ngaji,[memang payah nak mula ingat surah baru. Tapi nak jaga lagi payah. Hafal muka lain muka depan tunggang terbalik. Kena ulang balik. Fuh!] tunggu Ummi habis solat untuk teman pergi shopping.

1. Muzium

Nama muzium itu


Replika telaga zam-zam


Tempat hajarul aswad

Ada kelambu kaabah yang bahagian dalam berwarna hijau dan bahagian luar berwarna hitam.
Terdapat juga replika hijr aswad, telaga zam-zam dan hijr Ismail serta bermacam-macam lagi.

2. Ladang Unta

Unta-unta comel tapi busuk.


Pak Cik Badwi bersama susu untanya

Turun bas, bau semacam menusuk rongga hidung. Aii macam tak biasa pulak. Kata duduk Jordaaan.. =_=" Try rasa susu unta. Erk! Telan dengan terpaksa. Ermm.. macam tekak tak dapat terima.

3. Masjid Hudaibiyah


Mereka miqat ihram di sini untuk umrah kali ke berapa entah.
Terdapat dua perisitiwa penting di sini.
-Bai3aturridhwan.
-Perjanjian Hudaibiyah.
Ha. Ingat lagi tak silibus sekolah rendah dulu? Malas nak taip, Nak tau search. Hehe..

13 Jun 2011
Lawatan kawasan Mekkah lagi.

1. Jabal Thur aka Gua Thur.

Bajet nak pegang bukit tu. Tapi tangan menggigil-gigil. Tak dapat-dapat. =_="

Berkait dengan perisitiwa Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah bersama Abu Bakar r.a. Rujuk: At-
Taubah:40.
Memang tinggi habis lah jabal tu. Dan tak dapat bayang macamana Asma' bt. Abu Bakar r.a. yang diriwayatkan ketika itu mengandung 4 @ 7 bulan boleh panjat redah bukit itu untuk membekalkan makanan selama 3 hari berturut. Dan ketika itu Nabi s.a.w. berumur 53 tahun. Betapa kuat tenaga kudrat yang Allah beri kepada Nabi s.a.w. dan sahabat Hijrahnya. Sebab itu Allah turunkan ayat di atas yang bermaksud:-

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

2. Arafat dan Jabal Rahmah

Jabal Rahmah


Tiang putih di puncak Jabal Rahmah


Dataran bawah pandangan dari puncak

Jabal Rahmah. Tempat di mana Adam bertemu Hawanya. Tempat di mana Nabi s.a.w. memberi khutbah terakhir kepada para sahabatnya yang tercinta. Semua kisah cinta. Namun ramai tertumpu pada yang pertama. Entah apa tarikan magnet yang ada. Sehingga menconteng-conteng tiang di puncak dengan nama-nama. Hitam pekat tanda vandalisme.

Dan saya, mahu tinggalkan tanda cinta buat sahabat saya. Tapi tidak mahu melakukan perkara yang sama. Tidak unik orang kata. Cepat-cepat kertas dari buku nota dikoyak. Dilipat membentuk 'love' dan ditinggalkan dicelah puncak gunung. Entah ada lagi atau tidak. Entah bertemu atau tidak dengan sahabat saya. Tawakkal.


3. Muzdalifah


4. Mina


5. Masjid Ja3ranah
Sebagai miqat mereka yang mahu melaksanakan umrah. Dikatakan ini adalah miqat haji terbaik kerana Nabi s.a.w. berihram di sini.

6. Jabal Nuur aka Jabal Hira'

Ni je gambar yang sempat snap. =_="

Di sini Nabi s.a.w. berkhalwat menyendiri untuk diberi kekuatan menghadapi kekotoran jahiliyah di seklilingnya.

"Iqra." Wahyu pertama daripada surah al-3alaq yang diturunkan Allah melalui Jibril kepada Nabi s.a.w. menggeletarkan Nabi s.a.w. Berlari pulang meminta Khadijah menyelimutinya. Turun pula wahyu dari surah al-Muzammil dan kemudiannya Al-Mudathir meminta Nabi bangun menyampaikan dakwah.

__________________________________________________________________

Dan pada hari ini, Al7amdulillah 3x Allah beri peluang untuk melaksanakan umrah buat kali pertama dan terakhir untuk kali ini seterusnya bertahalul membebaskan diri daripada ihram. DIA mahu mengajar erti menghargai. Ya. Hargai peluang dan ruang ibadah yang diberi.

Moga diterima satu-satunya umrah yang sempat dilasanakan. Sempat bersolat di Hijr Ismail. Berasak juga macam di Raudhah. Cuma kali ini lelaki dan perempuan berasak bersama. Perlu tabah ye untuk memelihara wudhuk. Terutama lelaki yang memakai ihram. Dan dari situ saya akui umrah memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Apalagi haji kan?

bersambung..

p/s: Mengenai uzur syar3i ketika melaksanakan umrah atau haji perlu diketahui oleh semua sama ada lelaki atau perempuan. Kenapa? Perempuan memang wajib tahulah kan. Lelaki? Kerana anda mungkin bakal menjadi tempat rujuk adik, kakak, isteri, ibu dan sebagainya.

Menjadi syarat untuk masuk ke kota Makkah untuk berniat ihram walaupun dalam keadaan mamnu3. Tetapi tidak boleh melakukan tawaf selagi tidak suci. Maka, yg berkenaan akan berada dalam ihram dan wajib menjaga batas-batas ihram selagi tidak dapat menunaikan umrah. Jika sehingga pulang masih tidak suci, maka dam wajib dibayar.