Pages

  • RSS

Saturday, January 2, 2010

Belasan=>>Puluhan (2010)

Assalamu3aleykum wbt.

Waahh... Cepatnya masa berlalu. Dah masuk tahun 2010 dan kalau mengikut kalender hijrah, dah masuk tahun 1431. Dan orang-orang yg lahir pada tahun 1990 bakal meninggal umur belasan masuk ke era puluhan. uhuh..!! Nak dekat 2 dekad dah menghirup udara di bumi Allah ni. Tapi, apa yang telah kita sumbangkan pada DeenNYA? mari sama-sama muhasabah~


Patutnya, entri kali ni dalam English. Tapi, rasa macam nak tulis Melayu. Tak pe ye.

Banyak perkara yang saya belajar dalam tahun 2009. Terlalu banyak.
Bak kata sahabat saya, Zulaikha: "Hanya sebulan kita ada kat Malaysia. 11 bulan yang lain, kita ada kat sini (Jordan)." Dan di sinilah saya belajar banyak perkara daripada hidup.

Jom senaraikan antara perkara penting yang saya belajar:-


1. Saya belajar mengekspreskan perasaan. Woo!! Bunyi lain macam. Haha.. Ekspres perasaan kat family daa.. haa.. fikir lain lah tuu.. Yup, saya akui sejujurnya, sebelum ini, saya sangat segan nak main-main perasaan ni. Nak ucap rindu, sayang, minta maaf segala. Kalau minta maaf sebelum ni pon mungkin juz time raya. Mungkin sebab saya duduk dekat dengan keluarga sebelum ni jadi tak pernah rasa nak cakap. Tapi, bila duduk berjauhan, tengok sahabat-sahabat lain mengekspres perasaan, rasa macam teringin pula nak buat. hehe.. Dan saya akui, tak rugi pon kita ekspres perasaan dengan sekali sekala kita ucap sayang. Malah, makin bertambah erat sesebuah hubungan itu. Insyaallah.

2. Erti berkorban. Sangat susahkan berkorban tu. Kecuali bila kita lakukan sesuatu tu, kita ikhlaskan hati kerana Allah, tanpa harap apa-apa balasan. Saya akui, sangat seronok berkorban tanpa mengharap balasan. Rasa tenang. Tak payah fikir 'ermm nanti dia balas apa ye? Kalau dia tak balas apa macam mana?' Tapi, still kena fikir juga untuk apa kita berkorban tu. Kalau demi DeenNYA, maka itu kita bagi thumbs up. Tapi, kalau pengorbanan tu, menyebabkan kita tersungkur dalam karat jahiliyyah perlu amat kita elak.

3. Mencari kelebihan diri dan memerhati kelebihan orang lain. Saya sangat yakin, Allah menciptakan sesuatu itu tanpa sia-sia. Ada fungsinya. Maknanya, setiap manusia itu ada kelebihan yang Allah jadikan dia mampu ketika mana orang lain kurang mampu. Jadi, mari sama-sama kita cari kelebihan kita dan orang lain untuk sama-sama kita gunakan supaya kelebihan yang dianugerah itu tidak sia-sia. Dalam masa yang sama, kita perbaiki kelemahan diri. Insyaallah.

4. Toleransi dalam bersahabat. Mungkin, kalau duduk di Malaysia, dekat dengan family segala, kita tak rasa betapa pentingnya sahabat itu. Tapi, kalau di Jordan ni atau tempat-tempat yang jauh dengan family atau tempat-tempat yang sewaktu dengannya, kita akan merasa kalau sahabat itulah keluarga paling dekat. Merekalah tempat mengadu dan bercerita segala. Boleh, nak ngadu kat mak ayah. Tapi, duduk jauh-jauh ni, takut buat mereka risau pula.

5. Analisa diri. Yup, saya akui belajar medic bukan macam SPM. Kalau time SPM dulu, saya boleh lagi study last minute, kat sini kalau study last minute abeslaa.. Especially, dah masuk second year ni. Dan saya akui, pengurusan masa dan study saya masih belum stabil.

Cuma, saya telah belajar beberapa perkara.
Kita perlu susun apa yang telah ada dalam memori. Jangan biar berterabur. Kalau berterabur, agak susah nak keluarkan kembali. Ini saya belajar time dapat markah first exam anatomy yang mngecewakan ketika first year.

Dan, saya juga belajar jangan terlalu yakin dengan usaha kita. Jangan terlalu yakin dengan usaha sehingga kita lupa mahu bertawakkal pada Allah. Ini saya belajar ketika second exam (lab) anatomy pula. (Asyik anatomy yg jadi mangsa belajar saya. Kan?) Tapi, Alhamdulillah setelah belajar 2 perkara ini saya dapat cover balik apa yang perlu dicover.

Sekarang, bak kata Kak Izz, kita perlu cari rentak belajar. Yup, saya akui rentak yang saya lakukan sekarang kurang sesuai dengan subjek-subjek yang berat terutama apabila mahu belajar mengenai sistem-sistem dalam badan (subjek ni gabung semua subjek yang dipelajari sebelum ini. Budak-budak JUST tahu lah kan. hehe..) semasa second semester nanti. Doakan saya dan rakan-rakan semedic dan dentist jumpa rentak belajar dgn cepat. Insyaallah.

6. Jangan mengangguh. Bak kata Kak Haninah, kalau kita tangguh untuk belajar sesuatu, kita mungkin tak sempat untuk melakukannya. Maka, lakukan bila ada peluang.

Saya bagi contoh. Dalam baca buku untuk exam, Pharmacology lah katakan. Untuk pengetahuan semua, material untuk subjek ini perlukan hafalan yang mantap. Jadi, perlukan cara yang mantap untuk ingat. Antara cara mengingat yang selalu digunakan adalah mnemonic. Jadi, masa baca table tu, terus buat mnemonic yang kita rasa perlu. Buat secara cepat dan unik. Mungkin, kalau kita bertangguh mahu buat mnemonic nanti, disebabkan material banyak, besar kemungkinan kita tak sempat. Tapi, jangan terlalu lama sehingga mengganggu masa untuk material yang lain. Pandai-pandai bajet masa.

Kita ambil contoh yang lebih luas. Kalau kita mahu meningkatkan diri dalam communication skill, cara bacaan Qur'an, tambah ilmu-ilmu agama sangat perlu untuk kita lakukan ketika ada peluang terutama ketika kita masih bergelar seorang pelajar. Sebab, besar kemungkinan pada masa hadapan, peluang itu tidak akan muncul semula.

7. Lastly, baru saya tahu betapa payah mahu susun satu program. Huhu.. Macam-macam mahu fikir supaya perjalanan program lancar. Sebelum ni, reti mengomen program je.

Jadi, saya nasihatkan kepada yang tak mahu pergi program yang dianjurkan tu, cuba-cuba jinakkan diri untuk buat program atau masuk dalam ajk program. Anda bakal merasa betapa payah nak buat.


Jadi, sila2 hargai mereka yang telah berpenat lelah
laksanakan program. Ngeee..

Apa-apa pun, bak kata Kak Haninah lagi, kalau tak susah, itu bukan hidup namanya. Betapa rugi mereka yang hidupnya sangat sikit berfikir. Tak mahu berfikir perkara lain selain bangun, makan, tidur, study, tanpa ada apa nilai tambah. Maka, mari sama-sama kita cari nilai tambah supaya otak yang Allah beri yang sepatutnya diguna sebaik-baiknya dapat dipergunakan semaksimanya. Insyaallah.


Itulah antara yang saya belajar pada tahun lepas. Moga saya dapat praktikkan pada tahun ini. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tak tersenarai pula. Ni pun dah panjang bebel. Cukup-cukuplah tu.

Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang telah melibatkan diri dalam hidup saya yang telah memberi banyak ilmu baru pada diri ini.

Moga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Ya Allah, jangan kau uji kami sesuatu yang kami tak sanggup menanggungnya.

Wassalam.

p/s 1: Credits to Kak Haninah, Kak Izz, dan Zul. Izzah pinjam ye kata-kata anda semua. Hehe.. Bertuah mereka ni saya ingat kata-kata mereka lalu masuk dalam blog. =P

p/s 2: Ada 2 subjek yang perlu saya tekankan untuk final exam dan mantapkan lagi subjek-subjek yang lain yang biasa-biasa sahaja. Huhu.. Doakan kami: semua pelajar amnya dan batch saya khasnya. Insyaallah, moga dapat buat yang terbaik..!!


p/s 3: Doakan kami dapat menyusun masa dengan sebaiknya terutama antara belajar dan tanggungjawab dalam batch, persatuan dan sebagainya.

~May Allah always hold us in HIS hand~

p/s 4: Cuti first sem ni Insyaallah, saya akan ke Mesir bersama Zul dan Suha. Moga perjalanan itu bukan sia-sia. Insyaallah.

p/s 5: Moga segala apa yang dilakukan mendapat MARDHOTILLAH.