Pages

  • RSS

Saturday, May 9, 2009

Tika dalam Fatrah Imtihan Ukhuwwah..

Assalamu'alaikum wbt..

Macam selalu.. Maaf lama tak mengupdate blog sebab exam memanjang.. haha.. Itulah kehidupan sebagai salah seorang pelajar di Jordan University of Scince and Technology.. Ok2.. kita terus kepada tajuk utama kita.. "Tika dalam Fatrah Imtihan Ukhuwwah"..

'Apsal aku cepat sangat terasa hati eyh? Rasa macam nak marah pon ada. Eisy.. Padahal dia tak buat apa pon.. Uh...!! Apsal nie..?? Alhamdulillah, masih lagi dapat bertahan. Kalau terluah tadi.. Eisy..'

"Izzah, apsal ana rasa sejak kebelakangan ni ana makin sensitif eyh? Macam nak cepat marah je.. Eisyhh.. Nape ek? Ana ada masalah apa eyh?"

Siapa pernah berperasaan macam dua watak atas ni? Angkat kaki..!! Sorry, tak nampak.. Heheh..

Andai anda belum pernah merasai, tak mengapa. Namun bagi yg pernah merasai, mesti tertanya-tanya kenapa perlu rasa begitu? Huhu.. Kalau mahu tahu, saya (guna saya lah pulak. Nak gune penulis panjang..haha) pernah rasa. Dan pertama kali saya rasa perasaan ini adalah di Jordan ketika saya hidup bersama sahabat-sahabat. Bukan lagi bersama keluarga tercinta..(oh..haha..homesick jap). Pertama kali merasai perasaan ini, saya kira, saya ada masalah dengan hati. Maka saya tahan setiap kali perasaan itu datang. Apabila saya tahan, saya akan jadi pendiam. (tapi selalunya orang tak tahu sebab muka relax..heh..)

Tidak lama selepas perasaan aneh itu timbul tenggelam, baru saya tahu bukan saya seorang yang merasainya. Ada orang lain rupanya. Bagus2.. Itu tandanya, saya bukanlah seorang yg abnormal utk dapat merasai perasaan sebegitu. Namun, timbul tanda tanya. Kenapa ye? Hurmm..

Setelah lama bermuhasabah, berfikir, mendalami lautan hati dan jantung, maka tersimpul satu jawapan. Mahu tahu? Teruskan bacaan anda. Terima kasih kerana mahu meneruskannya.. (poyos)


'Kenapa ye? Hati mudah terasa mahu marah. Syaitankah? Uh.. tak habis2 syaitan ni. Dari datuk aku yg bernama Nabi Adam lagi kerjanya mahu menggelincirkan manusia.. Tapi, pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Apa ye? Hurmmm.. Kalau Allah bagi sesuatu yang kurang baik itu, ada 2 petanda. Satu sebagai kafarah dosa. Dan satu lagi sebagai ujian. Haa.. Ujian..! Allah mahu uji ukhuwwah antara kami. Apakah sebenarnya kukuh atau dalam kata yang lain ikhlas kerana Allah atau tidak. Ye! Rasanya, aku dah dapat jawapannya. Hurmm..kiranya, kalau aku dah tahu tika itu Allah sedang menguji, maka aku perlu bertahan. Yup..! Bersabar.'


Jadi, jika anda ada mengalami symptom2 yang tersebut, ketahuilah bahawa anda sedang diuji. Atau yang lebih tepat, hubungan anda sedang diuji.


Apabila salah seorang sahabat menyedari, mereka berada dalam 'Imtihan Ukhuwwah'(ukhuwwah pon ada imtihan kan? heheh.. Bukan OC,Physio,Anat,Histo and Eng je en..heh,sorry merepek jap..), maka sepatutnya yang menyedari itu, bersabar dan memaafkan jika ada dari bahagian hatinya yang terluka atau tercalar. Jangan biar kesan parutnya merosakkan hubungan sesama anda.


Mungkin, kalau kita selalu bersama dan semakin intim.. (ahaks..sejantina okeyh..) maka ujian itu akan datang mahu menduga, apakah hubungan itu benar-benar erat atau hanya palsu-palsu sahaja. Fikirkan..


Sebaiknya, kalaulah kita sebagai manusia biasa yang kadang-kadang hilang kesabaran atas banyak faktor (x yah cakap la faktornya. Semua tau kot.. Hehe.. bergantung kpd orang tu sebenanrnya..) dan telah 'ter'tinggi suara, 'ter'kasar bahasa, atau apa-apa sahaja yang 'ter' mari sama-sama tundukkan ego meminta maaf. Dan jika kita adalah orang yang terluka antara kita, cuba kita berlapang dada memaafkan mereka. Jangan simpan dendam, jangan simpan benci. Sebab semua itu hanya menyesakkan. Percayalah, jika kita ambil mudah dengan memaafkan sahabat, hati akan jadi lebih tenang dan ceria.. (x caya sudeyh..)

Seperkara lagi, kadang2 cemburu pon merupakan ujian juga. Terutama sebagai seorang student, selalunya cemburu apabila ada antara temannya mendapat markah lebih tinggi. Saya akui saya baru sahaja alaminya.. Namun masih dalam kawalan. (kantoi.. haha). Kadang-kadang, cemburu itu perlu untuk menimbulkan semangat persaingan. Namun, jika melebihi hadnya, ia bakal menjadi bahana.

Dengan ini, saya mulakan dengan diri saya dahulu.. kepada ahli rumah Tasneem (nama rumahku di Jordan ini..Siap ada nama..heheh..) =kak piya,kak faez dan zul.. terutama Zul@Siti Zulaikha bt. Hairuddin saya meminta maaf kalau ada terkasar bahasa sehingga mengguris hatimu. (Kadang-kadang kite mmg keras kepala..Huhu..Kat umah Msia pon camtuh..) Dan tidak lupa juga kepada Ikin @ Nur Shamilah Ashikin, jiran rumah atas dan Fad@fatin Adilah Khairudin, serta Fana@Farhanah Tajuruddin, sebagai tetamu study group time nak exam..hakhak.. Juga kepada semua sahabat-sahabat lain.. huhu.. (Cam nak raya lak minta maaf.. Tula, patutnya minta maaf bukan waktu raya je.. Ermm adat Melayu..huhu..)


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemesraan hati2 ini dan tunjukkan jalanMu. Penuhkan hati2 ini dgn cahaya rabbaniMu yg tak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat tentangMu dan matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.. Ameen.."

p/s: Jangan lupa doakan sahabat2 kita dengan perkara yang baik2 kerana malaikat akan mendoakan kita dengan apa yang didoakan untuk sahabat kita itu.. ^_~


Wassalam..