Assalamu'alaikum wbt..
Macam selalu.. Maaf lama tak mengupdate blog sebab exam memanjang.. haha.. Itulah kehidupan sebagai salah seorang pelajar di Jordan University of Scince and Technology.. Ok2.. kita terus kepada tajuk utama kita.. "Tika dalam Fatrah Imtihan Ukhuwwah"..
'Apsal aku cepat sangat terasa hati eyh? Rasa macam nak marah pon ada. Eisy.. Padahal dia tak buat apa pon.. Uh...!! Apsal nie..?? Alhamdulillah, masih lagi dapat bertahan. Kalau terluah tadi.. Eisy..'
"Izzah, apsal ana rasa sejak kebelakangan ni ana makin sensitif eyh? Macam nak cepat marah je.. Eisyhh.. Nape ek? Ana ada masalah apa eyh?"
Siapa pernah berperasaan macam dua watak atas ni? Angkat kaki..!! Sorry, tak nampak.. Heheh..
Andai anda belum pernah merasai, tak mengapa. Namun bagi yg pernah merasai, mesti tertanya-tanya kenapa perlu rasa begitu? Huhu.. Kalau mahu tahu, saya (guna saya lah pulak. Nak gune penulis panjang..haha) pernah rasa. Dan pertama kali saya rasa perasaan ini adalah di Jordan ketika saya hidup bersama sahabat-sahabat. Bukan lagi bersama keluarga tercinta..(oh..haha..homesick jap). Pertama kali merasai perasaan ini, saya kira, saya ada masalah dengan hati. Maka saya tahan setiap kali perasaan itu datang. Apabila saya tahan, saya akan jadi pendiam. (tapi selalunya orang tak tahu sebab muka relax..heh..)
Tidak lama selepas perasaan aneh itu timbul tenggelam, baru saya tahu bukan saya seorang yang merasainya. Ada orang lain rupanya. Bagus2.. Itu tandanya, saya bukanlah seorang yg abnormal utk dapat merasai perasaan sebegitu. Namun, timbul tanda tanya. Kenapa ye? Hurmm..
Setelah lama bermuhasabah, berfikir, mendalami lautan hati dan jantung, maka tersimpul satu jawapan. Mahu tahu? Teruskan bacaan anda. Terima kasih kerana mahu meneruskannya.. (poyos)
'Kenapa ye? Hati mudah terasa mahu marah. Syaitankah? Uh.. tak habis2 syaitan ni. Dari datuk aku yg bernama Nabi Adam lagi kerjanya mahu menggelincirkan manusia.. Tapi, pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Apa ye? Hurmmm.. Kalau Allah bagi sesuatu yang kurang baik itu, ada 2 petanda. Satu sebagai kafarah dosa. Dan satu lagi sebagai ujian. Haa.. Ujian..! Allah mahu uji ukhuwwah antara kami. Apakah sebenarnya kukuh atau dalam kata yang lain ikhlas kerana Allah atau tidak. Ye! Rasanya, aku dah dapat jawapannya. Hurmm..kiranya, kalau aku dah tahu tika itu Allah sedang menguji, maka aku perlu bertahan. Yup..! Bersabar.'
Jadi, jika anda ada mengalami symptom2 yang tersebut, ketahuilah bahawa anda sedang diuji. Atau yang lebih tepat, hubungan anda sedang diuji.
Apabila salah seorang sahabat menyedari, mereka berada dalam 'Imtihan Ukhuwwah'(ukhuwwah pon ada imtihan kan? heheh.. Bukan OC,Physio,Anat,Histo and Eng je en..heh,sorry merepek jap..), maka sepatutnya yang menyedari itu, bersabar dan memaafkan jika ada dari bahagian hatinya yang terluka atau tercalar. Jangan biar kesan parutnya merosakkan hubungan sesama anda.
Mungkin, kalau kita selalu bersama dan semakin intim.. (ahaks..sejantina okeyh..) maka ujian itu akan datang mahu menduga, apakah hubungan itu benar-benar erat atau hanya palsu-palsu sahaja. Fikirkan..
Sebaiknya, kalaulah kita sebagai manusia biasa yang kadang-kadang hilang kesabaran atas banyak faktor (x yah cakap la faktornya. Semua tau kot.. Hehe.. bergantung kpd orang tu sebenanrnya..) dan telah 'ter'tinggi suara, 'ter'kasar bahasa, atau apa-apa sahaja yang 'ter' mari sama-sama tundukkan ego meminta maaf. Dan jika kita adalah orang yang terluka antara kita, cuba kita berlapang dada memaafkan mereka. Jangan simpan dendam, jangan simpan benci. Sebab semua itu hanya menyesakkan. Percayalah, jika kita ambil mudah dengan memaafkan sahabat, hati akan jadi lebih tenang dan ceria.. (x caya sudeyh..)
Seperkara lagi, kadang2 cemburu pon merupakan ujian juga. Terutama sebagai seorang student, selalunya cemburu apabila ada antara temannya mendapat markah lebih tinggi. Saya akui saya baru sahaja alaminya.. Namun masih dalam kawalan. (kantoi.. haha). Kadang-kadang, cemburu itu perlu untuk menimbulkan semangat persaingan. Namun, jika melebihi hadnya, ia bakal menjadi bahana.
Dengan ini, saya mulakan dengan diri saya dahulu.. kepada ahli rumah Tasneem (nama rumahku di Jordan ini..Siap ada nama..heheh..) =kak piya,kak faez dan zul.. terutama Zul@Siti Zulaikha bt. Hairuddin saya meminta maaf kalau ada terkasar bahasa sehingga mengguris hatimu. (Kadang-kadang kite mmg keras kepala..Huhu..Kat umah Msia pon camtuh..) Dan tidak lupa juga kepada Ikin @ Nur Shamilah Ashikin, jiran rumah atas dan Fad@fatin Adilah Khairudin, serta Fana@Farhanah Tajuruddin, sebagai tetamu study group time nak exam..hakhak.. Juga kepada semua sahabat-sahabat lain.. huhu.. (Cam nak raya lak minta maaf.. Tula, patutnya minta maaf bukan waktu raya je.. Ermm adat Melayu..huhu..)
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemesraan hati2 ini dan tunjukkan jalanMu. Penuhkan hati2 ini dgn cahaya rabbaniMu yg tak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat tentangMu dan matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.. Ameen.."
p/s: Jangan lupa doakan sahabat2 kita dengan perkara yang baik2 kerana malaikat akan mendoakan kita dengan apa yang didoakan untuk sahabat kita itu.. ^_~
Wassalam..
18 comments:
amboi....besau naa nama kami
hakhak~
sesuke hati hentam loghat mne tah ni..haha
anyway,u salah la eja nama laling i
the correct one is Nur Shamilah Ashikin :D
kalo dye nampak, aishhhh mati la u..hahaha :P
nway,nak mintak maap gak kalo de terkasar bhse...nobody's perfect in da world rite :)
heheh.. sekali sekala..
mengekspresskan nama2 kalian..
hauhau..
udah i btolkan namanya..
huhu..
ssyyyy... senyap2 sudeyh..
heheh..
btol2 nobody's perfect coz all people are imperfect.. haha..
(ape pnye ayat nih.. x kesah.. nak ltak gak.. -degil- =P)
eh2..
name aku ko xnak betulkan ke zul?
khairudin with one d only k..
ala izzah..sayu lak...
fad pon mintak maaf ye kalo de wat hati izzah terguris..
kite kwn kan??kih3..
and thanx tok sume ilmu yg kite gain same2.belaja same2...
yup,nobody is perfect..but
there are persons called friends that can make us perfect,right?
haha..
zul kantoi x tau nama ayah fad..
(kite pon sama..huahua.. x pe..t btolkan..)
kite kan kawan..betul3.. (ipin upin)-lama x tgk..rindu pulak..huhu..
Yup!! we need friends as they complete us.. ^_~
"Mungkin, kalau kita selalu bersama dan semakin intim.."
I'm sorry if the words that I'm going to use is harsh...
Only an Orthodox and Narrow-minded person would misunderstand that sentence and thinks that you meant the relationship is between a boy and a girl, ha ha ha. So I think you don't need to write "sesama jantina" after that, so you can see who has an open mind and who is su'uzzon-ing you, LOL, Try it, it'll be fun, you have my word on that.
Btw, nice entry.
Ma'assalaamah.
Every single word has its own meaning..
Actually this is not bout husnuzon or su'uzon. It's about understanding. This blog is for the public to read. There are many types of them. So, if i'm not giving the clear explanation, maybe i'll lead them to sumtg that's wrong juz becoz of misunderstood. i dont wanna be the one who direct them to that kind of way.
Anyway, thanx for ur visit and comment..
waaaa..kantoi dh ni slh eja nm sye!!!!tq my dear,btolkn nm i,thats y i luv u!!huhu..
tq izzah 4 reminding me(`us' would b better)..lps tazkirah awk wak2 otw home d tgh kepanasan pancaran matahari summer,dhiasi ngn muke2 pakcik kdi halawiyat syami mnyambut kepulangn kite dr jamiah (bsastera la plak),sye ok dh...
n 4 all my frens,juz so u guys noe; I LUv U ALL!!!!(blushing*)n sowi gak kalu ade slh n silap:)
p/s 2 my dear sye;sye rase pasni xleh la ckp AKK IZZAH kte ni childish lg..kn sye dh kate,die ni MATANG sbnanye..tol kn??
Ahhhaaa..!! Sampai jugak awak ke sini en..hehe..
Sorry, saya salah eja nama wak.. huhu..
haa.. btol2.. dlm childish, ada kematagnnya.. huahua.. (*wink2..) '=.=
Haha.. It's true Syed Omar. It's fun.
Eh, just kiddin'.
By the way, it's absurd to say ukhwah will always been warm all the days.
Sometimes, it depends on mood.
But anyway the only thing we have to do is AMPLIFY it.
So everybody can pay commitment together.
owh, u r joining venture with Syeed Omr?? huhu.. (also,juz kidding..)
yup2.. Amplify and try to MAINTAIN it..
Neway, sumtg bout ur blog..
Why do sometimes i can't open it..??
Heh, baru baca habis. panjang amat, tak apa. isi lengkap.
Bersyukur jika dijentik rasa kasih rindu sayang pada sahabat, kawan, teman serumah kakak kakak, adik adik. walau cemburu, marah, sakit hati. itu tanda hati itu masih ada, rasa itu masih wujud.
Elakkan meletakkan diri tak ambil peduli, tak kisah akan orang keliling. "Ikut kau lah, nak buat apa." "Itu kau, ini aku"
Dialog kat atas ini mudah je nak jadi. Bila rasa "Ah, aku ni sensitif sangat. Tak yah nak sensitif sangat lah"
Secara saintifiknya, semua benda kalau terlebih dan terkurang akan ada simptom patologikal. Sama juga macam manusia dari aspek hati. Selidik balik mana lebihnya, mana kurangnya dalam diri kita sebelum melihat diri orang lain.
Tanah Syam bukan tanah biasa. Apa pun mungkin terjadi yang tidak disangka akal ditafsir hati sekalipun.
Macam mana nak buktikan kita faham ilmu tu kalau tak dapat jawab soalan periksa.
Mana mungkin kita melafazkan ayat "aku beriman" selagi belum di uji.
Adik-adik, rilek rilek. Banyakkan doa walau dalam hati on da way jalan pi kelas sekalipun. Allah sentiasa tunggu rintihan kita.
p.s. Syukur selalu akan apa ada.
Ehem, izzah. Saya memang suka kacau izzah sebab saya nakal. Tapi saya kacau sebab sayang (kut?) ;)
. H
Panjang eyh?? Haha..
Owh, betul2. pernah tak k.ninah or sesape yang baca comment ni keringkan hati? Izzah pernah. Terutama apabila tidak mahu mengeluarkan air mata tika melihat atau mengalami peristiwa yang menyedihkan..huhu.. Best!rasa kuat sebab orang lain menangis, kita tak menangis. Haha.. (esp time nak fly ke sini..uhuh..!!) Tapi, bila basah kan hati tu, memang akan mengalir itu air dari mata di mana orang memanggilnya air mata.
Betul2.. Symptom patologikal akan muncul jika ada yg kurang atau terlebih. Contohnya, Glucose dlm darah. Kalau kurang, akan berlakulah hypoglycemia. Kalau lebih akan berlakulah hyperglycemia. Oleh kerana ku baru belajar Physio belum samapai tahap Pato, maka contoh ini boleh diambil kira okeh? hakhak..
Yup2.. Jangan kita kejar markah semata kerana REDHANYA yang utama. Betul tak? ^_~.
Insyaallah, sama2 kita amalkan sifat Qana3ah..
Ehem2!! (blushing*) Memang kak ninah nakal..!!
p/s: Hatiku berbisik: Sygku utkmu jua..!! Syyyyy.. (blushing again*) ^_~
p/ss: kan kak ninah tak suka short form kan? Izzah dah berusaha tak menggunakannya. Tapi, sesekali tidak mengapakan? hakhak..
ahahaha.
gelak pukul-pukul bantal bc yg ucapan mintak maaf bwh skli tuh.
erm.
*berfikir*
ehehe...
sian bantal uh..
jgn r pukul die..
abeh nak pukul ape ek??
(memikirkan*)
ngee..
arina,apa yang lawak sangat tu ? sampai menghentak bantal bagai gaya akak dengar radio budak budak ni punya interview je.
heh.
Salam 'Alaiki
Kak Izzah ...
Posting yang btol2 mengetuk iman + hati + jiwa ...
Ha'ah . Bile dlm situasi tuh ... kta akn jd pendiam .
smpai rasa nak delete blog
( kantoi ) hehe ~
Jika Allah mengingatkan bahawa SYURGA itu taruhannya UJIAN ... maka begitu juga jika kita mengimpikan SYAFAAT i.e 2 ORG SAHABAT yang berkasih syg Lillahi ...... pasti ada ribut taufan badai yang melanda untuk menguji keteguhan ukhwah itu
:)
Uhibbuki Fillah kak izzah !
Wa'alaikumussalam wbt..
Alhamdulillah.. moga2 penulisanku yg kurang kosisten ini mampu mengetuk pintu hati mereka yang membaca termasuk diriku jua.. Insyaallah..
Aih.. apa kaitan dengan blog neyh?? hakhak..
Yup..!! andai badai itu dapat diatasi dengan izin Allah akan makin bertambah keteguhan tali ukhuwwah itu.. ^_~
^_^
salam izzah. good luck to you too dear. bitaufiq wannajah~
Post a Comment