Pages

  • RSS

Wednesday, November 25, 2009

Dahulukan DIA

Assalamu3leykum wbt.


comelkan poster mereka buat. Oh, tema ADHA Permai kali ini = 'Variasi Erti Berkorban'

Mesti semua dah sedia maklum yang lusa adalah eidil adha. Jadi, saya ucap awal-awallah untuk raya ni ye. "Kullu 3aam wa antum bikheir. Insyaallah."&"Salam aidil adha."
Macam biasalah, kat Jordan ni kalau raya, mesti akan buat program untuk raya tu. Jadi, kali ni PERMAI mewakili ahli-ahlinya melaksanakan qurban sebanyak :-
  • 13 ekor kambing
  • 4 ekor lembu
  • 1 ekor unta
Haa.. mantap tak? 2 hari diperlukan untuk menguruskan hal-ehwal qurban ni yakni untuk melapah dan memotong kepada bahagian2 kecil untuk diagihkan. Alhamdulillah. Moga2 qurban mereka yang berqurban untuk raya kali ini diterima Allah. Insyaallah.

Saya baru balik dari ceramah yang diberi tajuk 'Bercinta Biar Seribu, Matlamat Tetap Satu'. Program ni antara salah satu daripada banyak-banyak program yang bakal dilaksanakan. Oh, saya tak dapat pulak nak mengait tajuk ceramah dengan isinya. Tapi takpelah. Yang penting isi kan?


Allahuakbar=Allah maha besar. Ini yang kata kunci yang saya dapat daripada ceramah tu. Oh, lupa. Nama penceramah, Ustaz Yusrizal b. Wan Shafii.

Mesti semua tahu kisah di sebalik eidil adha ni. Tak kan tak tahu kot. Tiap ceramah berkait eidil adha, for sure akan sentuh bab ni. Yakni, kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.


Saya rasa tak payah kita sentuh secara detail kisah ni. Cumanya, cuba kita lihat bagaimana berserah dan percaya serta yakinnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kepada Allah, terhadap perintah penyembelihan Nabi Ismail. Kat sini, cuba bayangkan diri kita. Diuji sedikit pon dah nak mengeluh. Adeyhh. Tapi, kedua-dua nabi Allah ni terus berserah mengikut apa yang diperintah atas kepercayaan: ALLAHUAKBAR. Kita boleh nampak macamana mereka mendahulukan Allah daripada yang lain. Daripada keluarga sendiri yang amat dikasihi sekalipun.

Kalau kita lihat kehidupan seharian kita, adakah kita mengaplikasikan makna Allahuakbar tu dalam kehidupan kita? Kadang-kadang, solat pon boleh tangguh-tangguh tanpa sebab yang munasabah. Apa lagi ibadah-ibadah lain. (adeyhh.. kantoi. T__T) Kalau betul kita menghayati makna Allahuakbar tu, Insyaallah kita akan mendahulukan apa sahaja demi Allah. Sebab kita yakin tiada siapa yang lebih utama selain DIA.


Selain tu, Allah takkan sia-siakan pengorbanan hamba-hambaNYA. Jadi, mari kita sama-sama yakin dan percaya dengan penuh kesungguhan apa sahaja yang Allah perintah pasti ada kebaikan untuk diri kita. Lihat. Kebaikan kembali kepada diri kita. Bukan Allah. Allah tak ambil sdikit pun manfaat dari perintahNYA. Dia yang mencipta kita. Maka Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Itulah perkongsian yang saya dapat daripada ceramah tadi. (Ceramah punyala lama. Ini je yang dapat? Eh, ini point utama tau dalam ceramah tadi. Kalau faham dan hayati yang ini, Insyaallah yang lain orait je.)

Okeh, itu je. Moga2 apa yang disampaikan, yang menulis akan berusaha lakukan dahulu daripada yang membaca. Mari sama-sama kita muhasabah.


ps1: Jom puasa esok. (9 zulhijjah) -mahu tahu lebih lajut, sila tekan link
ini.

ps2: Seminggu lepas cuti, terus mula second exam. Doakan untuk semua.

ps3: Saya baru tukar layout blog ni sebab hari tu semua link hilang. Alang2, saya pon tuka layout sekali. Jadi, siapa2 yang linknya tiada dan nak ada, silalah tinggal jejak.

ps4: Blog ini tema pink. Tapi tetap tema tumbuhan. Jadi, masih sesuai dengan nama blog ok. (no offense. =P)

Wassalam.

Saturday, November 7, 2009

DNA

Assalamu3leykum wbt.

kamu tahu?

erk.. alright, i know. This time my entry is supposed to be written in ENGLISH.

i'm writting this with a blanket coiling tightly around me but i'm still shivering in it. oh, forgot to tell you that Jordan has entered its winter time..!! So, let's welcome it. Now, the weather gadget on my lappy screen said it's about 15deg celcius. Also, it's 2.34 a.m. Yeah, i should be in bed right now. But since i have juz woke up from a brief sleep, also because of the effect of caffeine, i can't get on my sleep back. So, to make sure that i use my time wisely i plan to continue reading GENETICS lecture notes which i didn't manage to finish even one of them till now. T.T

ok, let's learn GENETICS with me. I'm now reading bout ermm.. DNA replication.We all know that nucleus has very minute nanometer size while the length of DNA is actually about 2metres long. How could this very long DNA can be put inside the very minute nucleus? Is it simply with crumpling and tangling it without being organised? Nope! Before it is put inside the nucleus, it has been folded in a very perfect way. These are the steps:-
  1. DNA is wrapped around nucleosomes.
  2. Nucleosomes will be supercoiled together around DNA, giving 30 nm filament structure.
  3. This filament sticks to proteins.
  4. Lastly, it will recoil again forming chromosomes as we see under the electron microscope.
DNA replication occurs during cell division in S phase or we call it as synthesising DNA phase.

Now, we'll see the steps of it in sequence.
  1. DNAa proteins recognise the place for initiating the replication.
  2. Once the DNA is opened, DNAb(helicase) and DNAc will bind to DNA helps in the process of opening and unwinding the crumpled DNA.
  3. DNAg(primase) synthesizes primer which is RNA to provide free 3' OH group for DNA synthesis.
  4. DNA polymerase III starts adding deoxyribonucleotides till it reaches the end or next RNA primer. (If it is the continuous, the process of replication is completed here.)
  5. If it is the lagging one, then DNA polymerase I will take over. It will remove RNA primer and add DNA nucleotides at the same time.
  6. DNA ligase seals the gap between the two DNA fragments or we call it as 'Okazaki fragments'.
  7. 2 daughters of new DNA will be formed.
Alright. Finished about the process.

Let's relate it with our daily life. We have seen that DNA is one of the most organised structure. Even though it is actually a very long one it can fit in a minute nucleus. And then after that, it can produce one more of themselves in that condition. Have you ever thought that we can learn from DNA in our lives?

Let's me give an example. And because i'm in the week of exam, i'll give the example on examination. =P

When we are reading books, the first thing is we have to understand what we are reading.
Next, organising. This is the most important part that have to be done. Because, without organizing, the stuffs from the subjects that we have understood will be a mess. And that will make one cannot recall them wisely. How can we relate this with DNA? Look. DNA organises itself with coiling and folding part to make sure that they can recall back their arrangement of nucletides for the process of replication. How awesome it is..!!

That's all from me.

p/s 1: I think this is the second time i wrote about organising. haha.. =.='
p/s 2: Sorry, if you don't understand some terms above. But maybe you can search them on internet. n_n

Wassalam.

Friday, September 25, 2009

Selangor => Kedah => Terengganu => Pahang => Selangor

Salamullahi3leykum wbt.

Isi 1 = Selamat hari raya aidilfitri..!! Kullu 3aam wa antum bikhair Insyaallah..

Isi 2 = Kedah

"Erk.. abah.. bila nak balik??"
"Ermm toto pon x de ke?"
"Alaaa.. mana bantal?"
"Guna jela beg jadik bantal.. apa susah..."
"Awak nie.. macam x pernah tidur hutan."
"Alaaa.. dah lama x tidur dalam hutannn..."

a)~rungutan-rungutan di kampung. haha.. Nak buat macam mana? Anak-anak bandar la katakan.. haish.. Akhirnya, masa yang sepatutnya panjang di kedah telah dipendekkan oleh abah. Maka tersenyum hati anak-anaknya itu. Gayanya, abah pun macam x sanggup je nak biar ummi dan anak-anaknya yg
comel ni tidur macam tu. Uh, macam tak biasa pulak balik kampung. Oh, memang biasa sebenarnya. Tapi kali ini, bantal dan sleeping beg tak bawa balik. Jadinya, macam serba kekurangan la. huhu.. Nama pun kampung.. Banyak songeh pulak..!!

b)~Sepupu sepapat ramai. Bilik air dua. Maka, tak sempatlah nak mandi dan bersiap untuk solat raya. Alasan.. Eh, betul apa.. ngeheheh.. Maka, tahun nie ponteng lah solat raya. Adeyhh..


c)~Abah ajak pergi beraya. Jom-jom..!! Macam biasa, first sekali pergi rumah tok cik=kakak tok wan. Rumah tok cik besar. Tapi tak ramai orang. Maka, kami pun serbu kuih raya..!! haha.. Kat situ, jumpa tok long pulak. Kakak tok wan lagi. Dia ajak datang rumah. Okeh2 no hal... Jumpa juga anak sepupu abah. tua tiga tahun dari aku. Dah kahwin. Baru kot. Haha.. Teruk betul tak tahu. Abeyh, nama pun duduk overseas..
bajet Macamlaa, sekarang ni zaman purba. haih~

d)~Raya rumah tok long. Besar jugak rumah dia. Rasa macam first time datang. Selalu ziarah tok cik jer. Sebab dah jumpe tok long kat rumah tok cik. Tapi kali ini, dia ajak datang rumah. Maka, datang jela. Macam biasa, serbu kuih raya. Tok long ada buat nasi hamende tah. Nampak macam sedap. Tapi tak sentuh pun. on diet en..haha.. (blushing)

e)~Ziarah tok lang=kakak tok wan. Tok lang batuk-batuk. Ummi suruh pergi klinik. Katanya, dah pergi. Sebab batuk, minum ais (kot). Huhu.. tok lang.. tok lang..


f)~Pergi rumah tok cu=adeq tok. Dengar khabar sakit. Rupanya, bukan dia yang sakit. Anak dia. Haha.. tak pelah.. sape2 jelah sakit. Moga sembuh cepat. Oh, semua rumah di atas adalah first time diziarahi kecuali rumah tok cik. Tiap tahun kot pergi rumah tok cik.

g)~Datang rumah mak cik zie + pak cik karim. ada bau-bau bacang dengan abah. Dah lama tak jumpa. dulu, anak-anak lelaki dia amat nakal. Oh, kami pun sama. Suka bergaduh. Sekarang, gayanya macam ingat-ingat lupe (kot). Adeq lelaki aku pergi tanya salah seorang anak lelaki yang dulu amat nakal:
"Eh, awak ke yang baling batu kat akak2 aku time kecik2 dulu..??"
Mannnn...!!! Adeyh.. Adeq sorang nihh..


h)~Kali ni rumah2 mak saudara semua x singgah. Sebab semua dok rumah tok wan. Hehe.. Memudahkan kerja betul. Bagus2.. Oh, selama tinggal kat rumah tok wan, dapatlah jumpe pak tam yang baru je jadi ahli keluarga kami. Dapat jumpe jugak anak dia yang umurnya setahun lebih (padanla x dapat jumpe. Masa die lahir aku kat bumi org) merangkap sepupu aku yang baru first time jumpe.


Isi 3 = Terengganu

a)~Balik Terengganu pagi raya ke-2. Lebih kurang 10 jam baru sampai. Fuh..!! (heh, macam x biasa jek.)


b)~Ziarah rumah tokki jek. huhu.. Oh, kat rumah tokki tuh adeq2 dapat duit raya. aku + ngah x dapat. Maka, kami pon buat muka kesian. haha.. Dapatla duit raya RM2. berbaloi x? adooyyaaaiii!! =.='


c)~Jumpa mak-mak saudara+tok-tok saudara+sepupu sepapat kat rumah tok. Oh, ada 2 lagi sepupu yg umurnya juga setahun lebih yang aku first time tengok. Huhu.. Inilah nasib anak perantau.


Isi 4 = Pahang

a)~Singgah rumah Mak Teh. Tidur semalaman kat situ. Sulaiman + Dik Ah suka habis dapat jumpa Ikhwan + Udin = sepupu kat situ.


Isi 5 = Selangor
a)~Pulang ke Kajang..

Salam aidilfitri buat semua..!! Moga Ramadhan yang lalu berjaya mendidik hati-hati kita. Insyaallah.


Wassalam.

Wednesday, September 23, 2009

Sacrifice

Assalamu3aleykum wbt.

Okay, like i said before, i'm writing for the more serious topic. Insyaallah.

I'm sure all of you have watched The Chronicles of Narnia right? I juz watched it after the last final exam. Yeah.. i admit tat i'm quite at the back about these movies stuff. Hehe..

Erm.. What's the relation between my 'serious' topic with TCoNarnia?

SACRIFICE

This word, is easy to say but hard to be done. Except, with a lot of love.

Family Members

When i was watching the movie, I realized, Wow! What a unique love between the siblings tat make them willing to sacrifice for each other. Especially, during the war with tat white witch. Peter and Susan at first, didn't want to help the Narnians in the war. Even though their youngest sister, Lucy was really trying encourage them to help. However, becoz their brother was kidnapped by the cruel white witch, they changed their mind. Although, at first their relationship with Edmund was not in a good mode.

Next, when Edmund had been saved, and the war began, he was not dare to leave Peter alone fighting with the enemies even though, his brother had asked him to leave. He fought the enemies with his brother till he had been injured with one of the enemy's javelin.

Have you ever willing to sacrifice for your brothers or sisters? Or other family members? Yeah, of course right? They are the people tat we must give our loves. Although sometimes, we'll have a little fight between each other.

Friends

I realized it is a quite difficult task. Should i call it as a task? hurmm.. Not really suitable, i think.

Not many of us willing to sacrifice without any benefits except if the person is the one whom had been sacrificing a lot for us. I wonder how tat some people although not many, will sacrifice for friends without any give and take. Well, I admit i'm not tat sort of people. For me, in our lives, we should have give and take. If i think there is no benefit to me for sacrificing i'll not do it. Maybe, it sounds like selfish. But, tat is me. Really am sorry about it. And I believe, many of you is juz like me right? Hehe.. However, i'm trying to improve myself. I try to find why do those people are sacrificing without things for themselves. What are actually their feelings?

Moslems

If we go back to our prophet s.a.w. and sahabat's story, we'll see a lot of sacrifice had been done by them without even any little self-importance. How can they do tat?

First, let's look back to the story between sahabat and Rasulullah s.a.w. During the hijrah event, Saidina Ali bin Abi Talib was willing to sleep on Rasulullah's bed even though he knew that his life might be in danger. Also Abu Bakr as-Siddiq who was willing to accompany Rasulullah s.a.w. in his journey to Madinah. Until in a Thur cave, he was really worried about Rasulullah s.a.w. more than himself. Rasulullah s.a.w. realized about this and he tried to calm down Abu Bakr by saying: "La tahzan. Innallaha ma3ana." (Meaning=Don't be sad. Allah's with us.) Also, in the cave his foot was stung by a black scorpion when he tried to close a hole with his bared foot for the sake of his friend's life.

Next,
about Muhajireen's immigration into Madinah al-Munawwarah. Look. Although, Ansar people had never met these Muhajireen, in the name of IMAN and ISLAM they were willing to help without any rewards from them. One of the example is when Saad bin Rabi' met Abdul Rahman bin Auf, he said: "My brother, I'm one of the rich men here. So, why not you take half of my wealth. Also, I've two wives. You can marry one of them after I divorce her. " Abdul Rahman replied with a smile:"Thank you for the offers. May your family always in Allah's blessings. Don't you worry about me. I juz want you to show me the way to a market." Look, how big Saad's love to Abdul Rahman. And Abdul Rahman do not take it as a chance of using Saad's richness.

Lastly,
the love of Rasulullah s.a.w. for the Ummah. This is the biggest love between human beings. Look. Even when Rasulullah s.a.w. was dying, he was still thinking about the ummah. "Ummati..Ummati..Ummati.." he said and asked Jibril about them. Rasulullah s.a.w. really loved his Ummah more than the love between parents and their sons and daughters till he was willing to sacrifice all of his life in order to bring the real meaningful life for us, his Ummah.

All of these because they love each other not because of something else but for the sake of IMAN. So, let's take a minute to think about our relationship with others. Are we willing to sacrifice for each other on the name of IMAN??

And, of course i have had the answer for the above question. Let's try to improve ourselves..!!

Wassalam.

Sunday, September 6, 2009

Khabar Malaysia..

Salamullahi3aleykum.

Dengan nama Allah kumulakan penaipan ini.

Perhatian: Ini adalah post pertama di Malaysia.

Lebih kurang seminggu sudah aku berada di bumi tanah air terchenta. Tak dapat dinafikan banyak perubahan yang berlaku setelah setahun peninggalanku. Atau pandanganku yang berubah? Entah. Yang pasti, aku terasa ada kelainan.

Jejaknya kaki ke tanah Malaysia, tidak terasa apa-apa. oh tak. Rasa takut mungkin. Sebab apa? Entah.

Ahli keluarga.
Yang aku perasan perubahan paling ketara, adik bongsuku. Dia semakin membesar dari yang dahulu sehingga aku tidak mengenalinya ketika pandangan pertama jatuh ke wajahnya. Yang lain seperti biasa-biasa sahaja.


Rumah.
Ruang bilikku ada sedikit perubahan. Sulaiman, satu-satunya adik lelakiku menggunakan ia sebagai ruang belajar. Juga, ia menjadi tempat letak desktop ayahku yang dahulunya berada di loteng.


Jiran.
Ah, ada yang kata aku makin besar. Ada yang kata aku makin kecil. Mana benar, aku tidak tahu. Oh, iye. Semakin ramai yang tak kukenali.


Rakan taulan.
Semalam mereka adakan iftor bersama. Sedikit sahaja yang hadir. Masing-masing sibuk mungkin. Apa-apa pun, Alhamdulillah dapat juga bersua muka dengan kalian.
Putera-perubahan paling ketara. Ah! mungkin mereka tidak berubah. Aku sahaja yang tidak tahu mereka sememangnya begitu. Namun, ada satu, yang aku yakin sekali ada segelintir daripada mereka yang sebelum ini tidak merokok, mula berjinak dengan makhluk pembunuh itu. Terkadang, aku terfikir. Ini baru ex-Hamidianz. Belum lagi rakan taulan daripada sekolah harian biasa. Em, tugas para da'i makin memberat nampaknya.
Puteri-Tiada perubahan yang ketara kurasa. Hehe.. Kalau ada pun, tak perlu kunyatakan di sini. Memang tak ada apa kot. Atau mungkin sebab yang datang terlalu sedikit semalam. Entah.


Itu sahaja minggu ini.

Sekian, perkhabaran dari Malaysia.


Wassalam.

p/s: oh skemanya tulisan kali ini. haha.. maaf. terkadang tak salahkan menjadi skema sekali sekala.
Juga selamat menempuh fasa ke-2 Ramadhan..!!

Tuesday, August 25, 2009

Ayat-ayat Cinta (oh don't be tricked by the title)

Assalamualaikum wbt.

First of all, Ramadhan kareem to all of you. May this Ramadhan will lighten up our days and may the light will last forever even after Ramadhan. Insyaallah.

Next, as usual almost in all my post i'll do this;-APOLOGIZE- for not updating this blog for about a month. And as usual also, it's becoz of the examss..!! hehe.. The reason is boring right? Well juz tat i like to say write it again and again.No offense! But now, I'm free for a month now. Yeay!

Actually, this post is done for kak Arina's taggy maggy.. hehe. So, it's juz to have some fun. Insyaallah, in my becoming post will be on more serious topic. Serious? Wuuu..

Here we go..!!
  1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
  2. For each question, press the next button to get your answer.
  3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
  4. Tag 10 friends.
  5. Everyone tagged has to do the same thing.
  6. Have fun.
If someone says "Are you okay?" You say?
Man Ana -Brothers- like not fit that much.. We'll try the next one.

How would you describe yourself?
Atas Nama Cinta -UNIC- Haha.. i'm in love? Yeah maybe with my books oh i'm not tat nerdy..

What do you like in a guy/girl?
I don't Wanna Know -Mario Winans- yeah..!! I don't wanna know. It's fit!

How do you feel today?
Segenggam Tabah -In Team- Really? ye tabah2. Muslims always have to be strong.

What's your life purpose?
This is real, this is me -Demi Lovato & Joe Jonas- huh? my life purpose of course related to the real of me. Inside my soul. Of course as a Muslim.

What's your motto?
Cerita Hati -Hafiz Hamidun- Hoho.. always murmuring to my deep heart.

What do your friends think about you?
Konayuki -Renioromen- Apa maksud Konayuki itu?

What do your parents think about you?
The Garden -Benammi- erm, does there anyone who know this song? well, the garden is referred to paradise. Hoping tat i'm a child who'll bring them to it. Also my siblings. Insyaallah. pray for us. And of course for you too.

What do you think about very often?
Our World -Zain Bikha- Yeah, let's think about this world. Especially bout what's happening around us. bout the UMMAH.

What is 2+2?
Big girls don't cry -Fergie- erm.. meaning? don't cry very much especially for the one tat should not be cried on. But, what's the relation with the question?

What do you think of your best friend?
Permaisuri hatiku -Hijaz- Woow..!! Who's my besties?? ^_~

What is your life story?
Erti syukur -UNIC- Em! Learning to be grateful for all of my life. Let's say Alhamdulillah..

What do you want to be when you grow up?
Time -Zain Bikha- Ermm.. It's a long journey.

What do you think when you see the person you like?
Betterman -Robbie Williams- Hurmm..?? No comment.

What will you dance to at your wedding?
Look into my eyes -Outlandish- hoho.. Will i dance during my wedding? I don't even know how to dance okay..

What will they play at your funeral?
Kias Cinta -Suhaimi- Apakah..?? x payah2.. Bacakan Qur'an dan solatkan jenazah ye.

What is your hobby/interest?
Aicha -Outlandish- Yeah! Let's learn from her.

What is your biggest fear?
A promise -Benammi- True! Really afraid of promising.

What is your biggest secret?
Kiroro -Nagai Aida- Any translators out there? Give me a hint please...

What do you want right now?
Analisa -Soutulamal- Yup! Mari menganalisa diri..!!

What do you think of your friends?
Ama Zilna -Benammi- Any ideas of the meaning? hehe.. it's arabic though. okay, i admit tat i don't know. haih~

What will you post this as?
Ayat-ayat Cinta -Rossa- haha.. ayat cinta la sangat. Siapa pelik? haha.. padan muka. bazir masa baca benda nih sape suruh baca? dah2 shuh2.. eh2, tapi ada benda yang boleh diambil sikit (kot). Pandai2la ne.

Who wanna do this tag juz do it. Quite interesting. That's why you read it till the last right? ngee.. ^_~

Okeyh, finish. Let's think bout more serious and attractive writing. Well, Insyaallah see you later..!!

p/s: Thanx shiedah for the strike mike one. hee.. oh there's some new stuff to be learnt there..!! hehe..

Wassalam.

Friday, July 17, 2009

ROQS2009 Irbid, Jordan

ROQS 2009

p/s: First time mengiklan program di sini. ^_~

Saturday, July 11, 2009

Kaki Ini Menjejak ke Tanah Itu -Turkey 3-

Capadoccia=land of beautiful horse ~merupakan mid of Anatolia. Anatolia=sunrise or motherland

-Church

  • gereja dulu2 dalam gua
-Imaginary village

  • macam2 bentuk batu yang boleh dibayangkan di sini. Contohnya, swan, unta, dan tour guide tu kata ada batu bentuk Marie (Maryam).
-Kilang Pottery
  • Macam-macam jenis pinggan mangkuk ada. Tears collector pon ada.

kuganti tempat pak cik itu.. cuba membuat pottery..
  • dapat pengalaman yang jarang orang lain dapat kat sini. saya dipilih buat pottery. owh, memang terniat di hati mahu menolak. tapi, kak Qisti kata hei..!! peluang ok.. huhu.. ok2.. buat jelaaa.. buat2 tak jadi. Tanah liat yang baru dibentuk itu berlubang. malu je.. tapi orang yang ajar cara buat kata memang susah nak buat pottery tu. hehe.. uh, dapat gelaran Izzah puteri eh.. pottery.. ^_~
-Uchisar Castle

  • Istana dalam batu.
-Panorama

  • terdapat batu yag diberi nama father, mother and son. daughter tiada. tak tahu kenapa.
  • uh, barang2 di capadoccia murah daripada Istanbul. So, beli belah banyak2 di capadoccia ye. hehe.. tapi jangan tak beli lagsung kat Istanbul. Cuba minta kurang harga. kadang2, kat Istanbul boleh je dapat harga okey.
-Kilang Onyx

  • Siapa pernah dengar perkataan onyx?? Saya selalu dengar eh, baca perkataan onyx ni sebab dulu suka main game Thief. Game itu, menghendaki pemainnya mencuri batu2 berharga seperti emerald, ruby, dan salah satunya ialah onyx.
  • onyx diperbuat daripada quartz (kak Qisti berjaya menjawab soalan cik lotfiah mengenai asal onyx dan memenangi onyx yang baru sahaja dibentuk dan dipolish menggunakan chromic oxide kot..)
  • melihat Ottoman Ring yang mempunyai empat warna onyx. Warna2 itu mempuanyai maksud tersendiri.
  1. Green=fertility
  2. Red=love
  3. White=pure love
  4. Black=fidelity
Kayseri ~tempat kelahiran Presiden Turki sekarang

-Kayseri Qisr


-Medical Muzium
  • tak dapat masuk sebab under construction
  • kata ustaz, muzium mempamerkan alat2 perubatan zaman dahulu. uh, tak de rezeki..
Nigde ~bandar persinggahan Ibnu Battuta

-Masjid Sungsur Bay (Sungsur Bay Cami)


-Masjid Aladdin (Aladdin Cami)
  • maaf, tiada gambar.

Tamat sudah kembara itu. Moga ia bukan sia-sia. Suatu hari nanti mungkin kaki ini menjejak lagi ke tanah itu. Insyaallah..

Wassalam

Kaki Ini Menjejak ke Tanah Itu.. -Turkey 2-

Istanbul

-Makam Sultan Mahmud II
  • tapi tak dapat masuk sebab tutup. Kalau tak silap sebab under construction.
-Blue Mosque




  • dibina oleh arkitek terulung, Mimar Sinan.
  • dipanggil Blue Mosque atau Masjid Biru kerana dulu qubahnya berwarna biru.
-Makam Sultan Ahmed I

  • meninggal selepas setahun masjid biru siap dibina
  • meninggal bersama 12 orang anaknya kerana diracun
  • makam dibina oleh anaknya Sultan Osman
  • makam dibina selama 3 tahun
-Itte Midane

  • dibina pada zaman Byzantin
  • dipelihara ketika zaman Turki Uthmani
  • menjadi tempat perkumpulan
-Memet Arkif Park


-Grand Bazaar

  • Shopping sakan mereka eh kami di sini. Hehe. Kebanyakan peniaga amat peramah dan pandai berbahasa Inggeris atau Arab. Rasa seronok kalau yang berniaga itu tahu bahasa lain selain Turki yang selalunya English atau Arab. Kalau dia tak reti, alamatnya macam lembu dan kambing berbicara kot.. Tapi lama kelamaan kami makin boleh faham bahasa mereka. Alhamdulillah, dapat tambah bilangan bahasa. Kalau perhati, bahasa mereka kadang2 hampir sama dengan arab atau english dan kadang2 melayu.
-Topkapi Palace



  • bayaran masuk 20lerah turki=10dinar=RM50 (haha..kalau kat Msia mahu tak masuk. Tapi sebab kat Turki, alang2 masukla. Lagipun duit banyak en..heh..)
  • istana zaman kerajaan Turki Uthmani yang kini dijadikan muzium.
  • menggmbarkan keagungan dan kemewahan sultan2 zaman itu yang mungkin juga menjadi sebab-musabab kehancuran mereka.
  • dipamerkan juga barang-barang milik Rasulullah S.A.W. dan sahabat2nya seperti pedang.
  • kalau diperhati, nampak benar beza pedang2 mereka dengan pedang2 sultan2 zaman Turki Uthmani. Yang berbalut emas dan permata itu milik sultan2 dan besi tercalit bekas2 darah kering itu milik sahabat.
  • sangat besar. kalau nak pusing semua dengan memberi perhatian penuh, 1jam memang tak sempat.
-Aya Sophia (Hagia Sophia)

  • Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkannya daripada gereja kepada masjid.
  • Kini, ia hanya dijadikan muzium.
  • Tiket masuk juga adalah sebanyak 20 lerah Turki
Eminonue

-Masjid baru Eminonue (Eminonue Yeni Cami)


-Spice Bazaar

  • macam2 spices dijual di sini. Barang2 lebih murah dari di Istanbul.
-Selat Bosbhorus



  • kami menaiki feri merentasi laut melihat jambatan yang menghubungkan Asia dan Eropah. Jambatan diberi nama Ataturk Bridge.
  • terdapat juga jambatan lain yang menghubungkan Golden Horn (Eropah dengan Eropah). namanya tak ingat. Siapa ingat boleh tinggal komen ne..
-makan IKAN..!! (tepi laut)

  • haha.. sebab dah lama tak makan ikan fresh, rasa puas sangat. Lepas makan sandwich ikan satu, saya beli lagi satu makan dalam bas. heh..!!
Perjalanan ke Capadoccia

-Makam Sultan Muhammad al-Fatih + isteri + anak + pengasuh




-Makam Ayyub al-Ansari


-Cabel car



  • first time naik. janganla gelak. biasala tu.. sebab Pulau Langkawi pon tak pernah sampai walaupun kampung abah kat Kedah.
-Perhentian Hendek
  • masuk tandas.. Wowww..!! Semuanya automatik. Memang hebatla. Dahla tak payah bayar. (sindrom tiap kali nak masuk tandas kat Turki mesti kena bayar even kat masjid. But it's worth..!! Berbaloi sebab tandas itu bersih. Rasa macam lagi rela membayar untuk dapatkan tandas yang selesa dan bersih. Tak nak kutuk tempat belajar sendiri. Faham2lah ye. Yang kurang faham, mehla datang sini. Hehe..)
bersambung..

Friday, July 3, 2009

Kaki Ini Menjejak ke Tanah Itu.. -Turkey 1-

Salamullahi 3alaykum..

Entri kali ini adalah khas untuk menceritakan pengalaman serba sedikit serta gambar-gambar (ni yang banyak kot..haha..) kami yang telah melencong.. eh, melancong ke Turki pada cuti semester kedua yang lalu.

Antakya

-Masjid Habibinnajar (orang Turki akan membunyikan huruf 'c' dgn 'j'. Makanya, mereka mengeja Habibinnajar seperti ini: 'Habibi neccar')

  • kisah habibinnajar ini diceritakan dalam surah Yaasin ayat 13-29. Yakni tukang kayu yang telah berusaha mengajak kaumnya mengikut ajaran yang dibawa oleh 3 orang nabi. Namun beliau telah dibunuh.

  • di sini terdapat makam habibnnajar dan syam'un iaitu salah seorang nabi yang telah diutus.
  • terdapat juga makam nabi Yahya + nabi Yunus A.S.
-Great Mosque (Ulucami)

  • masjid terbesar ketika zaman Turki Uthmani
Konya

-Dewan Kebudayaan Turki

  • menonton persembahan tarian Darvis (sebut 'v' dengan 'w') yang diasaskan oleh Mevlana (Maulana mereka) ketika zaman Raja Seljuk.
  • selepas persembahan tamat, kami dikerumuni oleh orang-orang Turki. Mereka sangat-sangat menghargai tetamu. Huhu.. terharu.. saya antara yang dipeluk cium. Tergamam dibuatnya. (blurr..orang nak ambil gambar senyum dengan blurr. haha. Walaupun tak berapa faham eyh.. tak paham langsung bahasa makcik2 Turki itu, mereka amat2 gembira dengan kedatangan kami. Mereka cuba juga untuk berinteraksi walaupun kami hanya angguk2 dan geleng2.. haha.. macam ayam bercakap dengan itik jek.)
-Masjid Alaeddin Keykubad



-Muzium Zaman Seljuk

  • pada zaman seljuk, ianya merupakan sebuah madrasah
-Masjid Iplikci (Iplikci cami)


-Masjid Sems-i Tebrizi

  • terdapat makam tok guru kepada Jalaluddin ar-Ruzi (Mevlana) dan makam Dervis Ahmad (terkenal dengan tarian Darvis)
-Masjid Sherafeddin

  • dibina pada zaman Turki Uthmani
-Masjid Selimiye (Selimiye Camii)


-M
uzium Mevlana
  • muzium yang jika tidak masuk maka tidak lengkap trip Turki -ustaz zaid n ustaz hazimin-

  • terdapat taman bunga ros di bahagian belakang. (ramai tak perasan..hehe..thanx to nuha and ijan yang mengajakku.
Perjalanan ke Bursa

-Ladang gandum

Bursa

-Great Mosque (ulucami)

-Pasar sutera

  • Bursa terkenal dengan pasar sutera. (tak beli apa2 pon kat sini..haha..kurang berminat kot sebab sutera mana boleh masuk mesin..) -depan pasar sutera sahaja ada gambarnya. huhu..-
to be continued.. Insyaallah..