Pages

  • RSS

Friday, September 25, 2009

Selangor => Kedah => Terengganu => Pahang => Selangor

Salamullahi3leykum wbt.

Isi 1 = Selamat hari raya aidilfitri..!! Kullu 3aam wa antum bikhair Insyaallah..

Isi 2 = Kedah

"Erk.. abah.. bila nak balik??"
"Ermm toto pon x de ke?"
"Alaaa.. mana bantal?"
"Guna jela beg jadik bantal.. apa susah..."
"Awak nie.. macam x pernah tidur hutan."
"Alaaa.. dah lama x tidur dalam hutannn..."

a)~rungutan-rungutan di kampung. haha.. Nak buat macam mana? Anak-anak bandar la katakan.. haish.. Akhirnya, masa yang sepatutnya panjang di kedah telah dipendekkan oleh abah. Maka tersenyum hati anak-anaknya itu. Gayanya, abah pun macam x sanggup je nak biar ummi dan anak-anaknya yg
comel ni tidur macam tu. Uh, macam tak biasa pulak balik kampung. Oh, memang biasa sebenarnya. Tapi kali ini, bantal dan sleeping beg tak bawa balik. Jadinya, macam serba kekurangan la. huhu.. Nama pun kampung.. Banyak songeh pulak..!!

b)~Sepupu sepapat ramai. Bilik air dua. Maka, tak sempatlah nak mandi dan bersiap untuk solat raya. Alasan.. Eh, betul apa.. ngeheheh.. Maka, tahun nie ponteng lah solat raya. Adeyhh..


c)~Abah ajak pergi beraya. Jom-jom..!! Macam biasa, first sekali pergi rumah tok cik=kakak tok wan. Rumah tok cik besar. Tapi tak ramai orang. Maka, kami pun serbu kuih raya..!! haha.. Kat situ, jumpa tok long pulak. Kakak tok wan lagi. Dia ajak datang rumah. Okeh2 no hal... Jumpa juga anak sepupu abah. tua tiga tahun dari aku. Dah kahwin. Baru kot. Haha.. Teruk betul tak tahu. Abeyh, nama pun duduk overseas..
bajet Macamlaa, sekarang ni zaman purba. haih~

d)~Raya rumah tok long. Besar jugak rumah dia. Rasa macam first time datang. Selalu ziarah tok cik jer. Sebab dah jumpe tok long kat rumah tok cik. Tapi kali ini, dia ajak datang rumah. Maka, datang jela. Macam biasa, serbu kuih raya. Tok long ada buat nasi hamende tah. Nampak macam sedap. Tapi tak sentuh pun. on diet en..haha.. (blushing)

e)~Ziarah tok lang=kakak tok wan. Tok lang batuk-batuk. Ummi suruh pergi klinik. Katanya, dah pergi. Sebab batuk, minum ais (kot). Huhu.. tok lang.. tok lang..


f)~Pergi rumah tok cu=adeq tok. Dengar khabar sakit. Rupanya, bukan dia yang sakit. Anak dia. Haha.. tak pelah.. sape2 jelah sakit. Moga sembuh cepat. Oh, semua rumah di atas adalah first time diziarahi kecuali rumah tok cik. Tiap tahun kot pergi rumah tok cik.

g)~Datang rumah mak cik zie + pak cik karim. ada bau-bau bacang dengan abah. Dah lama tak jumpa. dulu, anak-anak lelaki dia amat nakal. Oh, kami pun sama. Suka bergaduh. Sekarang, gayanya macam ingat-ingat lupe (kot). Adeq lelaki aku pergi tanya salah seorang anak lelaki yang dulu amat nakal:
"Eh, awak ke yang baling batu kat akak2 aku time kecik2 dulu..??"
Mannnn...!!! Adeyh.. Adeq sorang nihh..


h)~Kali ni rumah2 mak saudara semua x singgah. Sebab semua dok rumah tok wan. Hehe.. Memudahkan kerja betul. Bagus2.. Oh, selama tinggal kat rumah tok wan, dapatlah jumpe pak tam yang baru je jadi ahli keluarga kami. Dapat jumpe jugak anak dia yang umurnya setahun lebih (padanla x dapat jumpe. Masa die lahir aku kat bumi org) merangkap sepupu aku yang baru first time jumpe.


Isi 3 = Terengganu

a)~Balik Terengganu pagi raya ke-2. Lebih kurang 10 jam baru sampai. Fuh..!! (heh, macam x biasa jek.)


b)~Ziarah rumah tokki jek. huhu.. Oh, kat rumah tokki tuh adeq2 dapat duit raya. aku + ngah x dapat. Maka, kami pon buat muka kesian. haha.. Dapatla duit raya RM2. berbaloi x? adooyyaaaiii!! =.='


c)~Jumpa mak-mak saudara+tok-tok saudara+sepupu sepapat kat rumah tok. Oh, ada 2 lagi sepupu yg umurnya juga setahun lebih yang aku first time tengok. Huhu.. Inilah nasib anak perantau.


Isi 4 = Pahang

a)~Singgah rumah Mak Teh. Tidur semalaman kat situ. Sulaiman + Dik Ah suka habis dapat jumpa Ikhwan + Udin = sepupu kat situ.


Isi 5 = Selangor
a)~Pulang ke Kajang..

Salam aidilfitri buat semua..!! Moga Ramadhan yang lalu berjaya mendidik hati-hati kita. Insyaallah.


Wassalam.

7 comments:

vAniLa cake~ said...

ahahahahahahha..
x cite ke?? pasal k ngah gemuk.. stiap umah dy mkn..

ke mu da lupe??
pasal mu nampak anak mc zi td0??
ahahahahahahhaha..

lg2?? begamba?? lg3??

nape gamba raye mu x de??
pemalas nk cas camera bt0l~

nima said...

uh..
ringkas2 sudeyhh..
hehe..

yg pasal camera uh smpi la nie x cas agik.. haih~

ikram-zidane said...

semangat ayam beraya...

nima said...

mesti la smgt oh.
thn lps raya kat jordan.
maka thn nie raya r puas2 kat Msia.
tp bukan smgt ayam.
smgt ikan.

nisa said...

eh bila blik jordan.. nanti bg email eh.he2

senikehidupan said...

Lama dah tak post komen di sini~

~

Bila nak update~

nima said...

busy sk8 sbb dah naik scond year.
subjects makin tough.
maka perlu makin focus.
huhu..
tgklah, klu rajin n ada masa.
tp I.Allah, sebln sekali kot.