Pages

  • RSS

Monday, May 10, 2010

Hati: Akal, Aku Ikhlas Tak?

Assalamu3aleykum wbt.

Post kali ini, jom kita dengar baca dialog antara akal dan hati tentang ikhlas~

Hati: Akal, akal.. kau rasa aku ni ikhlas ke buat kerja-kerja semua ni?

Akal: Kerja apa yang kau dah buat?


Hati: Macam-macamlah. Contoh macam belajar.. kerja-kerja persatuan.. bagi tazkirah.. sedekah.. tolong atau belanja kawan.. kemas rumah.. muraqib akhawat haa.. macam-macam lah.


Akal: Eh, bukan aku pun ada sekali ke kalau kau buat kerja-kerja tu?


Hati: Yelaa.. for sure lah kan kau ada sekali. Kau dan aku kan selalu bersama. Itu yang aku tanya kau pasal aku ni buat kerja ikhlas tak..


Akal: Oh, mana lah aku nak tau. Kau rasa macam mana?


Hati: Entahlah. Aku risau juga kalau aku buat kerja-kerja ni tak ikhlas pun. paksa rela je. Tu yang aku tanya kau ni.


Akal: Hurmm.. Cuba kau cek balik. Masa kau buat kerja-kerja tu.. kau ada rasa kecewa tak kalau kerja kau tu tak dapat ucapan terima kasih? Ataupun, ada tak kau rasa down yg melampau kalau kerja-kerja kau tu tak berjalan macam kau nak?


Hati: Erk.. Kau ni.. Buat aku tersedaklah akal.


Akal: Eh, aku tanya je... Dah kau nak tau kau ikhlas ke tak kan..


Hati: Hurmm..


Akal: Lepas tu, ada tak masa kau buat kerja tu dalam masa yang sama, kau harapkan populariti? Memanglah populariti tu akan datang kalau kau buat banyak kerja-kerja baik. Tapi katalah populariti tu tak datang pun, kau rasa down tak?


Hati: *senyap* (Zupppp..!! tercalar ok..)


Akal: Lepas tu kan hati, kau pernah tak rasa bangga dengan amal-amal besar kau?


Hati: Amal-amal besar?


Akal: Yup. Contoh macam bagi sedekah JD50.. Baca Qur'an sebulan khatam..


Hati: Oh.. Ermm.. *sengih*


Akal: Kau mesti tahu kan even amal tu nampak kecil kat mata manusia, dia boleh jadi sangat besar kat pandangan Allah kalau IKHLAS. Dan amal yang kau nampak hebat, boleh jadi nothing pon kat pandangan Allah tanpa IKHLAS tu.


Hati: Huhu..


Akal: Kau ok ke ni aku macam berceramah lak kat kau.


Hati: Oh. Aku yang tanya kan. Teruskan akal. Aku nak muhasabah.


Akal: And then, bila kau buat kerja tu.. kau suka kecoh-kecoh kat orang tak? Contoh, bila kau tolong kawan kau.. pastu dia tak balas balik pun pertolongan kau tu.. ada tak kau ungkit-ungkit.. cerita kat orang lain yang kau dah tolong kawan kau tu macam-macam?


Hati: Huhu.. Macam... Ada...


Akal: Huhu.. Aku faham je. Susahkan nak jadi ikhlas ni...


Hati: Ada lagi ke soalan cepumas kau kat aku akal?


Akal: Hehe.. Ada. Last-last. Haa.. Ada tak masa.. bila kau pegang jawatan je kau akan buat kerja bersungguh. Kalau kau tak de jawatan apa-apa, kau tak mahu buat kerja tu?


Hati: Erk.. Akal.. Tu.. Bukan nama rasa tanggungjawab ke? Yelah, kalau pegang jawatan kan memang kena buat sungguh-sungguh. Amanah kan. Kalau tak pegang, kira tak pelah kan? Hehe.. Boleh ke macam tu?


Akal: Ermm.. Kalau masa tu.. kau tak pegang pun jawatan. Tapi ada orang minta tolong kau buat kerja sikit. Kau akan tolong dengan bersungguh tak?


Hati: Erk.. Maybe tak sesungguh masa aku pegang jawatan tu lah.


Akal: Haa.. Kau fikirlah sendiri yang sebenarnya, kau ikhlas ke tak.


Hati: Uh... (muhasabah)


Antara ciri-ciri ikhlas menurut ibnu athaillah ialah:-

1. tidak mudah berasa kecewa. (walaupun perencanaan tidak seperti yang dirancang atau tidak mendapat penghargaan)
2. tidak mengharapkan pujian atau populariti
3. tidak membezakan amal besar dan amal kecil
4. membuat amal kebaikan secara rahsia
5. melakukan sesuatu sama ada ketika diberi jawatan atau tidak

p/s1: Jom cek balik hati kita memenuhi tak ciri-ciri ikhlas.

p/s2: Peringatan ini semestinya untuk tangan yang menaip dulu baru kepada mata yang membaca.


p/s3: Moga kita semua tetap thabat dan ikhlas di jalannya. I.Allah~

Wassalam.