Bismillah..
Dulu-dulu, di zaman masih di alam kanak-kanak, tok ada bela ayam. Ayam-ayam tok macam-macam jenis. Warna putih, coklat dan campur-campur. Tiap kali kami balik kampung, pasti tok akan sembelih seekor hingga dua ekor ayam ikut keramaian sanak saudara yang pulang. Kata abah, ayam tok sedap. Sebab ayam tu 'ayam kampung'. Saya tertanya-tanya. Apa bezanya? Sebab sampai sekarang saya rasa tak de beza ayam kampung dengan ayam bandar. =_="
Suatu hari, salah seekor ayam tok bertelur. Tok kutip telur-telur tu untuk dibuat hidangan. Setiap kali tok pecahkan telur-telur tu, saya mengharapkan anak ayam akan keluar. Tapi yang ada hanyalah telur mentah. Saya fikir, telur tu masih belum cukup matang. Masih perlukan pengeraman dari ibu. Semenjak itu, sehingga di rumah pun kalau melihat ummi pecahkan telur akan mengharapkan anak ayam bakal keluar. Tapi tidak. Saya bertambah-tambah pelik punyalah lama telur berada di dalam peti tetapi tidak menetas. Fikiran ketika itu menjawab kerana tidak mendapat haba secukupnya. Pernah sekali terfikir, kalaulah telur tersebut dipanaskan sesuai dengan suhu pengeraman, pasti akan menetas.
Namun hari ini, baru tersingkap ilmu yang selama ini saya tidak tahu. Rupa-rupanya, telur-telur yang kita makan selama ini tak akan menetas selamanya. Walau diberi haba secukupnya. Tahu kenapa? Kerana telur-telur tersebut tidak cukup chromosome. Tidak berlaku persenyawaan untuk telur-telur tersebut. Lecturer farm animal kata, kalau berlaku persenyawaan dan mungkin boleh menetaskan anak ayam, telur tersebut ketika dipecahkan akan ada sedikit warna merah yakni darah. Uh. Macam tak pernah jumpa. Kalau jumpa macam tak akan makan? Err..
Kedudukan telur untuk dia menetas pun memainkan peranan penting. Bahagian hujung yang punya luas permukaan besar sedikit perlu diletakkan tinggi sedikit daripada bahgian hujung yang kecil. Tahu kenapa? Supaya anak ayam tidak kelemasan ketika mahu memecahkan kulit telur.
Menarik kan alam yang Allah beruskan?
Perkara sekeliling kita pun masih banyak yang tidak tersingkap pengetahuan mengenainya. Apalagi masa hadapan kita kan?
Moga jangan walau sedetik Allah lepaskan hidup kita di tangan sendiri.
Sub7anallah.. cantikkan warna matahari tu..
Err.. apa kaitan matahari dengan telur ayam? Sebab dia sama-sama bulat? =_="
p/s 1: Tiba-tiba rindu zaman kanak-kanak~ ^^"
p/s 2: Intan, i'm still waiting for ur answer bout which one come first. Egg or Chicken?
15 comments:
'Setiap kali tok pecahkan telur-telur tu, saya mengharapkan anak ayam akan keluar.'
fuh, terasa sungguh suci 'innocence'nya di situ.
Ayam kampung sangat berbeza la dengan ayam bandar! ayam kampung lebih liat, padat, sedap. kalau ayam hutan lebihlah liat sedapnya.
ayam kampung lebih gagah tak 'menyerah' untuk disembelih, tak macam ayam bandar. kalau terlepas, alamatlah kena main kejar-kejar.
Satu lagi, saya percaya, 'soul food'. Ayam kampung lebih mengenal hidup, dari itu ia akan lebih 'menghidupkan'.
entahlah.
err, sori, terpanjang pula.
selamat berfarm animal!
daging ayam kampung lebih liat.
pernah terfikir jugak dulu macam apa akak fikirkan. :)
hebat kan ciptaan Allah.
Subhanallah, subhanallah.
hahaha~
intan jerit baca tajuk terperasan this post is for me. (ada la part utk intan) ^^
dulu2 time kecik sangat selalu makan ayam kampung sebab abah bela. every weekend, abah akan sembelih sekor ayam jantan dan setiap kali abah sembelih depan intan, intan akan nangis~
kehkeh~ *malu*
ada dua sebab, satu sebab ayam2 tu geng intan masa kecik. abah akan minta izin n pujuk2 segala sebelum sembelih.
dua sebab nanti bila dah gulai, ma akan janji bahagian peha untuk intan. muahaha~ ^^
yang paling intan sayang nama jalak. cool tak?
[ok. sies rindu zaman kecik2~ >,<]
tapi sekarang abah dah xbela. abah bela ayam serama pulak. =.=
oh, nak cakap yang daging ayam kampung 'keras' skit. dan hanya sedap dibuat gulai.
err..knape tak cukup chromosome?
uihh~
syok gile farm~!
and yes. i miss my choldhood too. and i miss my beranda~!
*saja je kannn, tunjuk gambar sunset camtuuu~!* (u_u)
ayam kampung liat sikit kan,
kena persenyawaan? eh yeke? sebab ape tak cukup chromosome pulak?
betul2 bukan sebab tak cukup haba ke??
tepianmuara:-
orang kata, kanak-kanak mmg suci. kan?
"Satu lagi, saya percaya, 'soul food'. Ayam kampung lebih mengenal hidup, dari itu ia akan lebih 'menghidupkan'." -pergh!! [xtau nak kata apa]
amir siddiq:-
ciptaan DIA tiada yg tak hebat!~
intan:-
=_="
bolehlaa.. utk intan lah nie.. ada p/s kan kat bwh tu. =D
eiii.. manja2. [gaya budak kecik ejek c(=]
Ckp psl peha ayam, teringat dulu masa kecik2 masa balik kampung, ummi cerita anak sulung dia ni takkan berhenti menangis except diberi ayam peha. =_="
neway, Dr. ada ckp, bhgn peha dipanggil dark meat. Tahap nutrisinya kurang baik berbanding dada aka light meat.
kenapa rasa nama jalak cool? [dengan muka xde perasaan. muahaha!!~]
kenapa x cukup chromosome?
Sebab tak berlaku persenyawaan. Kiranya, yang intan makan tiap hari tu hanyalah ovum~
syok faaarrrmmm!!~ haha.. saje je. buat dengki.
intan, tuh bukan gamba sunset tuh. tu gmba sunrise. cuma effect camera amik sunset. keh3.. nanti stay la sini. dua2 boleh tgk. sunset n sunrise. ehee.. =D
hazen:-
Tak, Hazen. Bukan sebab x cukup chromosome. Mmg sebab tak cukup haba. Nanti amik telur kat rumah tu, try panaskan dia, tgk keluar tak anak ayam. =_="
semua:-
Huh! mmg semua menikmati betul makan ayam. Sampai dapat beza keliatan 'ayam kampung' berbanding 'ayam bandar'..
kehkeh. gelak guling baca semua komen. semua tahu yang daging ayam kampung liat compared ayam bandar kecuali cik nima ni~ =D
btw, ustaz tu kata memang ayam dulu. bukan telur. hujah paling solid intan dengar sebab Allah sebut dalam alquran Dia ciptakan binatang. dari binatang baru keluar anak keturunan segala.
well, that makes sense. takyah la gaduh2 pasni ayam atau telur dulu~
^_^
psst: err..intan tahu itu ovum tapi masa dieram mana datang 'sperm'? sebab dulu2 abah gtau, telur ni terhasil lepas si jantan 'pijak' si betina. i guess both should be inside cuma 'jadi' atau tidak. ke cane?
ala, next summer sem intan boleh amik la~! =p
Ye ye. cik nima je mkn tanpa perasaan~ c(=
Dr. pernah ckp, ayam betina tak perlukan ayam jantan utk bertelur.
Kiranya, yg cik nima faham, kalau ayam2 mengawan, sperm akan msk telur tu. Dan bakal menghasilkan telur yg boleh menetas. Tapi, kalau x mngawan sekali pun, ayam betina still boleh bertelur. Cuma tak akan menetas.
Wallahua3lam~
amik2. menarik Dr. tuh. Tapi dia ckp arab ah. hehe.. tapi arab die mudah nak faham. pastu klu x faham, tnya lps kls. die mmg mngalu2kan. =)
Akaks, nak menyampuk tambah sikit boleh?
Dr saya lak kata, cara nak bezakan telur yang dah disenyawakan dengan belum ialah, 'the former' kalau dipecahkan boleh nampak darah.
Wallahua3lam~
yup. kan akk ada bgtau dlm post.. =)
pernah tanya doktor tak kenapa telur ayam malaysia kaler cokelat, telur ayam jordan kaler putih? ;p
hoho.. x terigt pun nk tny. bleh2 nnti izzah tnya ensyaallah~ =D
ayam kampung lebih fresh, kurus & manis, selain agak liat, kne masak lebih lama walaupun masih fresh baru disembelih.
Ayam pekan ni gemok, byk isi, kesan suntikan kan.. & tempoh ms untuk dimasak dlm kuali tak lama spt ayam kampung.
Akak pernah buat kek, tp terpaksa beli telur2 baru sbb satu set telur tu ada kembar (2kuning telur, tentu sukatan berlainan) & ada yg kuning telur nya dah pecah bercampur dgn warna merah.. tub da nk jadi ayam tp, separuh jalan gamaknyer.. huhu~
waaahhh..
x pernah tgk telur kuning berkembar.
msti die dah fertilized n tgh bermitosis kan.
menarik2~!
excited baca post nih. haha.
hurm, ayah kte pernah cakap, kaler telur depends kat mak dia.
ayam untuk bertelur kat msia kaler cokelet, sebab tuh telur dia kaler cokelet.
kalau kat sini, mungkin sebab mak dia kaler putih.
dulu kat rumah ada ayam putih bertelur. telur dia kaler putih! :D
betul ker ek? :P
hah. betullah tu kot.
x smpat tny kat Dr.. kls dah abes.
[ok alasan sgt! haha..]
Post a Comment