Pages

  • RSS

Wednesday, August 10, 2011

Guardian~


Bismillah..

Suatu malam, lebih kurang pukul 10 hampir pukul 11, kelihatan seorang remaja perempuan keluar dari rumah sambil menggalas beg. Kelihatannya seperti baru lepas belajar. Mungkin baru habis study group bersama kawan atau kelas tusyen bersama cikgu. Diambil basikal yang disandarkan di tepi dinding sambil matanya mencari-cari kelibat seseorang. Gelisah. Sambil melihat jam di tangan.

'Mana abah ni.... Lambatnya.. Tunggu 5 minit lagilah. Kalau takde, gerak lah dulu.'

Setelah 5 minit berlalu, kelibat yang ditunggu tak kunjung tiba. Maka dengan lafaz bismillah dia menunggang basikal dan mengayuh selaju mungkin. Tak sampai 2 minit, dia tiba di rumahnya.

"Mana abah?"
"Eh, abah gi amik long ke ummi? Long balik sorang je tadi. Sebab tunggu abah tak sampai-sampai."
"Eh.. Awak biar betul long.."

*Kedengaran bunyi pagar dan grill pintu dikunci.*

"Eh.. Abah gi mana?"
"Abah gi amik awak lah."
"Ha? Nape long tak nampak abah pun?"
"Ada. Abah dok ikut kat belakang guna motor. Tak dengar? Laju bukan main kayuh.. Awak takut ke?"
"Erkk.." =_="
"Kenapa tak tunggu abah?"
*sengih* "Sebab tunggu abah tak sampai-sampai. Long balik lah dulu... Hehe.."

Abah tak cakap banyak. Hanya memanjangkan bibir. Gaya seperti dalam hati: 'Haih.. Awak ni...'


~Abah~

p/s1 : Orang hangat dok cakap pasal murakib kat FB. Tiba-tiba teringat kisah ni. =D
p/s2 : Ramadhan Kareem!!~ [Lepas sudah 10 hari pertama. Moga bertambah baik hari-hari seterusnya.]
p/s3 : Mis-communication + misunderstanding.. camne nak selesaikan eh? Tak rasa ke kisah murakib ni kalau hangat-hangat sangat nanti hangit. Huhu..
p/s4 : Ish.. ada orang sebut nekbat. Tiba-tiba teringat tak makan benda tu dah lama yang amat.

4 comments:

-hazen said...

tengah hot fasal muraqib ke sekarang?

haha, isu muraqib memang tak akan habis rasanya.

semanis-manis Ramadhan pun ada jugak isu ni, hai la.

nima said...

yup! agak hot lah~

sbb masa manisnya Ramadhan ada lemaknya tarawih. =)

Akhyar said...

'lemaknya terawih'

haha.


erm, nekbak. kurus pose camni..

nima said...

tgh baca ketupat cinta tulisan faisal tehrani. terpengaruh mungkin?

nak kurus betul, tapi nak mkn nekbak, rendam nekbak dgn air garam? err..