Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
[22:5]
Sungguh. Suasana hospital membuatkan ayat ini berjalan sepintas lalu. Bermula dengan paeds dan bertukar ke internal medicine betul-betul mengikut aturan hidup. Kalau dulu berdepan dengan bayi-bayi sakit yang berjuang untuk kehidupan yang baru bermula, kini berdepan dengan orang-orang tua yang berjuang untuk kehidupan yang telah lama dirasa.
Manusia itu berada dalam dua. Hidup atau mati. Yang selalu diingat hanyalah hidup. Mati ramai terlupa. Atau sebenarnya melupakan [?] Kerana mati itu temannya sakit. Dan manusia itu membenci untuk sakit. Lalu mereka melupakan. Hingga mereka terlupa bahawa sakit itulah yang membentuk syukur pada nikmat sihat~
p/s 1: Sedang memendam rindu untuk berjalan dalam salji.
p/s 2: Mari membaca ECG Made Easy; membaca perjuangan jantung untuk berdegup memberi hidup dengan izin Dia.
2 comments:
otw ke airport haritu kita orang main salji dulu. lebat kot salji.
ok, shafiq. nakal sgt ckp cmtu.
fine. akk pnunggu salji irbed yg setia~ =_="
Post a Comment