Pages

  • RSS

Tuesday, June 26, 2012

Lukisan Pahit 1~

Bismillah..


Ini kisah zaman dahulu kala di sebuah negara. Tersebutlah kisah seorang raja yang kurang sempurna anggotanya. Buta sebelah matanya dan pendek sebelah kakinya. Tidak diketahui sama ada kecacatan tersebut sedari kecil atau sebab lainnya.

Suatu hari yang permai, raja itu teringin sekali jika ada yang sudi melukis diri baginda. Lalu panggillah baginda tiga pelukis terhandal dalam negara. Kebetulan zaman itu mesin yang bernama kamera masih belum tercipta. Kalau sudah tercipta, tak perlu bersusah payah berjam-jam melukis baginda, kan?

"Beta mahu diri beta nampak hebat, kacak dan bergaya dalam lukisan tersebut", titah baginda kepada ketiga-tiga pelukis.

Bermulalah pelukis pertama dahulu melukis baginda. Lukisannya, menggambarkan betapa hebat, kacak dan bergayanya baginda. Tanpa cacat cela. Siap dengan mata yang berwarna biru dan tidak buta serta kaki yang tegak berdiri tanpa tempang. Setelah berpuas hati dengan lukisannya, pelukis pertama mempersembahkan lukisan tersebut kepada baginda.

"Hmmm.. Beta kah ini?"
"Iya tuanku. Begitulah rupa tuanku yang hebat kacak lagi bergaya."
"Munafiq kamu! Ini bukan beta! Hukum dia! Pancung!"

Maka menggigil ketakutan pelukis pertama hingga terkencing-kencing tanda betapa takutnya ia. Lalu diseretlah ke tempat hukuman untuk ditamatkan riwayat hanya kerana lukisan yang tidak jujur. Melihatkan itu, maka menggigil jualah kedua-dua pelukis yang lainnya.

"Baik, sekarang giliran kamu pula pelukis kedua. Lukiskan diri beta yang sebenar! Jangan kamu munafiq seperti pelukis pertama. Nanti kamu juga beta akan pancung!"

Bermulalah pelukis kedua melukis baginda. Setelah diberi tempoh dua hari, siaplah lukisan tersebut. Lalu dipersembahkan kepada baginda.

"Ini.. beta kah?? Beginikah rupa beta?"
"Ia tuanku. Beginilah rupanya. Secara jujur tanpa munafiq tuanku."
"Mata beta dilukiskan buta! Kaki beta dilukiskan tempang! Apa ini! Ini satu penghinaan! Pancung!"

Pengawal pun datang menyeret pelukis kedua yang menggigil-gigil sambil meminta ampun. Namun permintaannya itu tidak diendah oleh raja kerna tersangat marah. Tersangat rasa terhina.

Tibalah giliran pelukis terakhir. Sebelum memulakan lukisannya, beliau berfikir sejenak. Bagaimana mahu menggambarkan baginda dengan hebat, kacak lagi bergaya tanpa bermunafiq. Lima minit berlalu, diambilnya berus lukisan dan dicoret atas lembar kain putih di hadapannya.

Setelah tamat tempoh untuk melukis, pelukis terakhir bersiap sedia untuk mempersembahkan lukisannya kepada raja yang beberapa hari lepas telah menamatkan riwayat teman-teman sekerjanya.

'Berserah. Aku sudah lakukan yang terbaik. Moga raja terima lukisanku ini.'

Bagaimana pengakhiran pelukis terakhir? Apakah sama seperti pelukis pertama dan kedua? Atau lukisannya diterima raja? Bagaimana pelukis terakhir melakar lukisan raja?

Nantikan post seterusnya..

p/s: Kalau dah tahu, lagi bagus. Boleh cerita kat komen ok. =)

8 comments:

Anonymous said...

i want more! i want more!

-farah atika-

nima said...

u want more?
wait till i have mood to continue.
hahaha..[gelak kejam]
ensyaallah, between this week i'll update. ^^

NufaAkhir ᵔᴥᵔ said...

sambunglaaaa, adess!~

Anonymous said...

pelukis ke3 melukis raja sedang menunggang kuda sambil tarik panah :)
betul x?

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Hahaha..
Apa ni? Update entry separuh2.

Cerita dah kasi 'Ummpphh'.
Sekali - Nantikan post seterusnya..

Haha.

nima said...

to nufaAkhir:-

Nak sambung. Tp dah ada org bocor. haha..

to Anon:-

aiwaahh.. =)

to pelaut rabbani:-

senang sikit publish. klu x, berhabuk dok dlm draft. ye dak?

tepianmuara said...

de lourve eh?

hampir pengsan kebosanan kat situ.hah

nima said...

aah. de lourve.
agk kebosanan juga lama2.

tp kami masa tu menarik sbb ada org mnta tlg cri beberapa lukisan. so, jd cm treasure hunt.