Pages

  • RSS

Monday, December 31, 2012

Post Terakhir 2012~

Bismillah.

Hampir 2 bulan tak update blog. Tiap kali tulis, tak habis dan akhirnya terperuk dalam draft. -.-'

Kenapa ya sampai 2 bulan tak update dan tak ada rasa nak update pun?

Mungkin sebab bukan semua benda yang kita rasa boleh digambarkan dengan tulisan
Mungkin sebab tak semua kisah yang kita tahu boleh dicerita kepada umum
Mungkin sebab ada waktu perasaan tak dapat ditulis dengan baik
Mungkin sebab ada rasa tak perlu untuk dikisahkan untuk bacaan umum

Dan mungkin sebab-sebab ini jugalah bila imbas sekali lalu, 
saya tak berapa intabeh apa yang ada pada 2012 saya
yang sebenarnya sangat banyak mendidik jiwa, hati dan perasaan saya.

Terima kasih kepada awak yang terlibat dalam hidup saya
sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pasti ada sesuatu yang saya dapat.
Cuma saya dan awak sedar atau tidak.
Sebab Allah tak susun pertemuan kita untuk sia-sia.

Sekian, post terakhir untuk 2012~

Doakan tahun 2013 bakal kita warnai dengan warna yang lebih baik. En syaa Allah. ^_^


Selamat pergi 2012 saya dan semua!~

p/s 1: Kalau post ni keluar tarikh 2013, itu mungkin tarikh Malaysia. Saya taip post ni di Jordan yang masih 2012. So, just assume it's still 2012. =p

p/s 2: Umur utk 2013 = 23. Perasaan? Hmm...

p/s 3: Doakan saya. Doakan kita. Doakan semua.

Sunday, October 14, 2012

Psychiatry Oh Psychiatry~

Bismillah.

~Group 5th year~

Isnin lepas rotation akhir psychiatry. Banyak sangat benda boleh muhasabah masa rotation ini. Macam-macam kisah, macam-macam cerita strangers yang kita dengar. Bak kata teman se rotation, "Sejak start masuk rotation psychiatry ni asyik dok dengar masalah orang." Saya senyum. Nama pun sakit jiwa. Masalah dalaman. Memang macam-macam lah pesakit datang untuk bercerita. =)

Ok. Cerita sikitlah perjalanan rotation psychiatry ini. Dalam masa sebulan akan ada dua minggu belajar di Hospital Fuhays, Amman dan dua minggu lagi belajar di klinik-klinik sakit jiwa Basmah (sebelah Hospital Rahmah), KAUH, dan Hosp Prince Rasheed (3askari).
Di Fuhays, kami akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibawa ke wad-wad tertentu untuk ambil history patients (ala sembang-sembang).
Di klinik-klinik akan duduk bersama dengan Dr. dan pesakit-pesakit akan masuk untuk rawatan masalah yang dihadapi. Selalunya lepas satu patient keluar Dr. akan bincang-bincang dengan kami mengenai masalah pesakit tadi.
Tengahari macam biasa, akan ada pembentangan dari kalangan kami juga.
Itulah serba sedikit kisah pembelajaran kami.

_______________________________________________________________________

Satu benda yang selalu bermain di fikiran masa rotation ini:

Apabila ada pasangan suami isteri datang membawa anak yang sakit dan si suami tiada di bilik Dr. sang isteri mengisahkan bahawa dia mengesyaki suaminya turut mempunyai penyakit jiwa sehingga terpaksa mengambil ubat setiap hari yang menyebabkan kebanyakan anak-anaknya turut mewarisi penyakit tersebut.

Maka, saya mula berfikir adakah si suami sebelum perkahwinan tidak memberitahu sang isteri bahawa dia mempunyai masalah sekian-sekian? Kalau betul begitu, adakah maknanya si suami telah memulakan perkahwinan mereka dengan sebuah ketidakjujuran? Entah. Nanti beritahu tak jadi berkahwin pula.

Pernah saya lontarkan kepada teman satu rotation, "Kalau lah ada seorang lelaki datang meminang, dia memang cukup dari segi agama, rupa, harta dan sebagainya. Tapi, dia menghidap penyakit yang kemungkinan untuk anak-anak mewarisi adalah 50 % atau lebih. Nak terima atau tidak?"
Jawabnya, " Huuu.. Tak tahu. Tapi kejam juga kalau tak terima sebab itu. Bukan dia minta pun penyakit tu."

______________________________________________________________________

Menjadi kebiasaan, jika membaca akan membayangkan supaya lebih mudah memahami. Lalu, ketika membaca penyakit-penyakit jiwa terutama mengenai Personality Disorder terbayang-bayang orangnya bagaimana. Dan kadang-kadang terfikir, eh macam pernah jumpa orang macam ini. Atau, eh betul ke buku ini? Even diri sendiri pun ada macam ada symptoms sikit. -.-'. Tapi bila baca ciri-ciri seterusnya, oh perlu ada tahap ekstrim untuk mencapai tahap disorder.

Oh ya, untuk lebih memahami masalah-masalah jiwa ini, saya cadangkan boleh tengok movies yang berkaitan. Antaranya, A Beautiful Mind, Mental Series, Extremely Loud Incredibly Close dan Saya Amat Mencintaimu (SAM). Kalau rasa sempat tangoklah. Kalau tak sempat, tekan nama penyakit kat youtube ja. =p

______________________________________________________________________

Menarik sebenarnya psychiatry. Doctors are dealing another aspect of human beings part. Not the physical one. Dan bila kat clinic, kita akan rasa oh ramai rupanya orang-orang yang ada masalah jiwa. Ini baru yang sedar mereka bermasalah. Yang tak sedar? Huuu.. Moga Allah selamatkan kita dari penyakit-penyakit berbahaya sama ada fizikal, mental, rohani dan sebagainya.

______________________________________________________________________

p/s 1: Kejap lagi akan bermula rotation baru, Family Medicine. Doakan!
p/s 2: Post travel India dalam proses. Doakan saya rajin dan istiqamah dalam menaip. Huhu..
p/s 3: "Dahulu orang jahiliyah menikahkan puterinya atas dasar keturunan. Orang yahudi menikahkan atas dasar harta. Dan orang nasrani menikahkan atas dasar eloknya paras. Sudah selayaknya seorang mukmin hanya menikahkan atas dasar agama.," jawab Mubarak ketika ditanya oleh majikannya dengan siapa selayaknya dia menikahkan puterinya. -Jalan Cinta Para Pejuang, Salim A. Fillah-

Wednesday, August 29, 2012

Appetizer~

Bismillah..







Bajet laa appetizer. Padahal still x tau nak present post gaya cmna. =_="
Oh, btw semua gambar atas ni adalah gambar kat Taj mahal. ^_^

Wednesday, July 11, 2012

hacked~

*tutup mulut sambil tahan ketawa*


haih. nak hack facebook, tersalah sign out awal sangat. hack blog pun jadi la, yedak?

hikhik.

untunglaaaa jadi jiran. boleh hack kawan.

hikhik.

ada baiknya saya sembunyi dulu. sebelum izzah jerit bergegar satu zamzam.


l*ve you, izzah.

psst: tak sangka umur camni pun saya nakal lagi. peer pressure la ni. haha >.<

Sunday, July 1, 2012

Lukisan Pahit 2~

Bismillah..

Setelah tamat tempoh untuk melukis, pelukis terakhir bersiap sedia untuk mempersembahkan lukisannya kepada raja yang beberapa hari lepas telah menamatkan riwayat teman-teman sekerjanya.


'Berserah. Aku sudah lakukan yang terbaik. Moga raja terima lukisanku ini.'


Lalu lukisan pelukis ketiga dipersembahkan kepada raja.


Sang raja mengangguk-angguk sambil tersenyum puas tatkala perhatiannya diberi kepada lukisan tersebut. Dirinya dilukis sedang menaiki kuda dalam keadaan sedang memanah. Lalu, tempang baginda serta sebelah matanya yang buta dapat disembunyikan. Tiada munafiq. Tiada penghinaan.

Maka, kerana berpuas hati baginda raja melantik pelukis terakhir sebagai pelukis diraja dan dianugerahkan berbagai set cat dan berus lukisan yang mahal-mahal serta diberi rumah mewah berdekatan istana raja.

TAMMAT
_______________________________________________________________________

Lukisan yang pahit menjadi manis bilamana pelukisnya hebat menambah rasa.
Seperti juga kebenaran. Kebenaran itu seperti ubat yang pahit. 


Andai penyampainya tidak cuba untuk memaniskannya, maka pendengarnya akan menjadi seperti raja. Lalu, sang pendengar tak akan dapat merasa manisnya ubat yang asalnya pahit.

16:125

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [An-Nahl: 125]

 Jom, latih otak jadi kreatif dan inovatif untuk melazatkan ubat yang pahit! ^_^

p/s 1: Alhamdulillah, banyak saya belajar dari mereka hari ini. =)
p/s 2: I think i'm the person who have to be busy to be arranged in my daily life.
Kalau tak, memang suka bertangguh sebab rasa macam masa banyak. @_@
p/s 3: Oh, Hanady's~ =p
p/s 4: Banyaknyaaa dapat jemputan kahwin!

Tuesday, June 26, 2012

Lukisan Pahit 1~

Bismillah..


Ini kisah zaman dahulu kala di sebuah negara. Tersebutlah kisah seorang raja yang kurang sempurna anggotanya. Buta sebelah matanya dan pendek sebelah kakinya. Tidak diketahui sama ada kecacatan tersebut sedari kecil atau sebab lainnya.

Suatu hari yang permai, raja itu teringin sekali jika ada yang sudi melukis diri baginda. Lalu panggillah baginda tiga pelukis terhandal dalam negara. Kebetulan zaman itu mesin yang bernama kamera masih belum tercipta. Kalau sudah tercipta, tak perlu bersusah payah berjam-jam melukis baginda, kan?

"Beta mahu diri beta nampak hebat, kacak dan bergaya dalam lukisan tersebut", titah baginda kepada ketiga-tiga pelukis.

Bermulalah pelukis pertama dahulu melukis baginda. Lukisannya, menggambarkan betapa hebat, kacak dan bergayanya baginda. Tanpa cacat cela. Siap dengan mata yang berwarna biru dan tidak buta serta kaki yang tegak berdiri tanpa tempang. Setelah berpuas hati dengan lukisannya, pelukis pertama mempersembahkan lukisan tersebut kepada baginda.

"Hmmm.. Beta kah ini?"
"Iya tuanku. Begitulah rupa tuanku yang hebat kacak lagi bergaya."
"Munafiq kamu! Ini bukan beta! Hukum dia! Pancung!"

Maka menggigil ketakutan pelukis pertama hingga terkencing-kencing tanda betapa takutnya ia. Lalu diseretlah ke tempat hukuman untuk ditamatkan riwayat hanya kerana lukisan yang tidak jujur. Melihatkan itu, maka menggigil jualah kedua-dua pelukis yang lainnya.

"Baik, sekarang giliran kamu pula pelukis kedua. Lukiskan diri beta yang sebenar! Jangan kamu munafiq seperti pelukis pertama. Nanti kamu juga beta akan pancung!"

Bermulalah pelukis kedua melukis baginda. Setelah diberi tempoh dua hari, siaplah lukisan tersebut. Lalu dipersembahkan kepada baginda.

"Ini.. beta kah?? Beginikah rupa beta?"
"Ia tuanku. Beginilah rupanya. Secara jujur tanpa munafiq tuanku."
"Mata beta dilukiskan buta! Kaki beta dilukiskan tempang! Apa ini! Ini satu penghinaan! Pancung!"

Pengawal pun datang menyeret pelukis kedua yang menggigil-gigil sambil meminta ampun. Namun permintaannya itu tidak diendah oleh raja kerna tersangat marah. Tersangat rasa terhina.

Tibalah giliran pelukis terakhir. Sebelum memulakan lukisannya, beliau berfikir sejenak. Bagaimana mahu menggambarkan baginda dengan hebat, kacak lagi bergaya tanpa bermunafiq. Lima minit berlalu, diambilnya berus lukisan dan dicoret atas lembar kain putih di hadapannya.

Setelah tamat tempoh untuk melukis, pelukis terakhir bersiap sedia untuk mempersembahkan lukisannya kepada raja yang beberapa hari lepas telah menamatkan riwayat teman-teman sekerjanya.

'Berserah. Aku sudah lakukan yang terbaik. Moga raja terima lukisanku ini.'

Bagaimana pengakhiran pelukis terakhir? Apakah sama seperti pelukis pertama dan kedua? Atau lukisannya diterima raja? Bagaimana pelukis terakhir melakar lukisan raja?

Nantikan post seterusnya..

p/s: Kalau dah tahu, lagi bagus. Boleh cerita kat komen ok. =)

Tuesday, June 12, 2012

Association between twitter and blurred~

Bismillah..

Saya rasa skill penulisan saya makin menghilang.
Tiap kali rasa nak tulis, rasa blurr..
Sebab berkicau banyak sangat ke?
Habislah, blog ni makin tebal berhabuk.

p/s: Tajuk post sedang mode community medicine. Association relation bagai~

Monday, April 30, 2012

Words~

Bismillah..

Ok. Ini kerja masa tak dapat tidur.


Kalau tuan punya gambar dapat cam dia punya tangan, minta izin guna ok. Kalau tak cam al7amdulillah.. =D

Kenapa tiba-tiba nak try edit gambar setelah lama tinggal? [sampai ingat lupa-lupa]. Sebab tadi terpergi bengkel Akademi Al-Fateh. Tiba-tiba macam ingat-ingat lupa. Tangan pun mula gatal nak cuba. =_="

Habislah round esok. Harap-harap tak blurr. Akibat minum suku botol Mr. Brown pukul 8.30 malam tadi. Tak dapat tidur sampai sekarang. Ya3ni pukul 3.13 pagi.

Ok. Harus cuba untuk tidur juga.

p/s: Suka kata-kata Nathaniel Hawthorne kat dalam gambar! =)

Tuesday, April 10, 2012

Terbaik untukmu~

Bismillah..

Bila ada rasa itu lebih baik dari ini yang mereka pilih,
perlu diubah pendapat itu atau perlu diubah pemikiran kita,
ini terbaik buat mereka?

Kerana terkadang apa yang orang sangka terbaik, bukan terbaik untuk diri kita.

p/s 1: Rindu pelangi semalam yang membentuk bias hari ini.
p/s 2: Koleksi gambar makin susut nampaknya. Tanda kena berjalan ni. =p

Saturday, March 24, 2012

Expectation vs Reality~

Bismillah..

"There're two parallel lines. The above one I name it as expectation and the one below I name it as reality. Now, what's in between?"

"Hope?"

*smile*

"Hope? Nice. But for me it's not hope. It's disappointment.
Imagine. When you expect that your mark is 80 and the reality is you got 60, isn't that a disappointment?
The higher the expectation from the reality the bigger the space between means more disappointment.
So, to lessen the disappointment either you have to lower your expectation or make more effort to make the reality as expected.
It's the same with doctor patient relationship. When you tell the truth to your patient the expectation will be lower. So the disappointment will be less. This apply when the reality is we as a doctor can't fight with certain diseases.
Now, what if we got above the expectation? I name it as luck.
And, what if we got below the reality? I name it as depression.
See. So, for me it's not hope. It's disappointment."

[Why did i name the space hope? It's because i was thinking that expecting is hoping.]

Nah, saya tuliskan kembali kurang lebih apa yang saya dapat dari round dengan Dr. Rami Al-Azab. =)

Tuesday, March 13, 2012

Spread Your Love~

Bismillah..

Tema PINTAR untuk bulan Mac: Sebarkan sayangmu. Or spread your love.


If we often talk about love, it won't be special anymore.
But if we never talk, the love may go away.

Spread your love. But don't talk too often. Just do more.

Thursday, March 8, 2012

Post-OSCE Internal Medicine Post~

Bismillah..

Nak update. Tp kepala kosong. Camna?

Tetiba rasa nak merapu.


Teddy bear kat atas ni patutnya nama dia bukan Hug Me.
Nama dia ptutnya,
Inspect Me
Palpate Me
Percuss Me
Auscultate Me

Hadiah daripada Kak Lina. First time dapat Teddy untuk birthday gift masa umur 20 tahun. Guna sungguh untuk latihan OSCE. ^_^

Comment for OSCE exam for internal medicine, lack of practice. I have to put more effort. 3ala kulli 7al al7amdulillah. Moga Doctors lembut hati dalam memberi markah.

Surgery is coming soon.... let's be ready for the malignant doctorssss!~
_____________________________________________________________________

“Life is not measured by the number of breaths we take, 
but by the moments that take our breath away”

I love this quote very much. It's like my 22nd birthday gift! Or actually it's more like a reminder towards death..

I always afraid of future. But I know the future will come nevertheless how much it scared me.
So, dear myself, please endure the feelings, create your future and have faith in HIM! Ensyaallah 5eir, biznillah.. =)

Pray for me!
________________________________________________________________________

p/s 1: Merapu makan kerapu sungguh.
p/s 2: Doakan untuk Syria! Mereka jihad fizik. Kita jihad ruhi. Moga Allah bantu. Moga Allah pandu.
p/s 3: Abah, Happy 51st Birthday!
p/s 4: Terima kasih untuk ucapan dan doa dari anda semua buat saya. Moga Allah maqbulkan. Moga malaikat meng'ameen'kan.

Friday, January 27, 2012

22:5

Bismillah..

22:5

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
[22:5]

Sungguh. Suasana hospital membuatkan ayat ini berjalan sepintas lalu. Bermula dengan paeds dan bertukar ke internal medicine betul-betul mengikut aturan hidup. Kalau dulu berdepan dengan bayi-bayi sakit yang berjuang untuk kehidupan yang baru bermula, kini berdepan dengan orang-orang tua yang berjuang untuk kehidupan yang telah lama dirasa.

Manusia itu berada dalam dua. Hidup atau mati. Yang selalu diingat hanyalah hidup. Mati ramai terlupa. Atau sebenarnya melupakan [?] Kerana mati itu temannya sakit. Dan manusia itu membenci untuk sakit. Lalu mereka melupakan. Hingga mereka terlupa bahawa sakit itulah yang membentuk syukur pada nikmat sihat~

p/s 1: Sedang memendam rindu untuk berjalan dalam salji.
p/s 2: Mari membaca ECG Made Easy; membaca perjuangan jantung untuk berdegup memberi hidup dengan izin Dia.

Wednesday, January 18, 2012

Irbed: Sunyi dan Beku~

Bismillah..

Makin terasa kelengangan juga kebekuan Irbed. Pagi-pagi keluar rumah, tak nampak dah budak melayu beramai-ramai berjalan ke mujamma3 Syeikh Khalil. Orang arab lalu lalang macam pandang pelik. 'Ya, pak cik dan mak cik.. saya tak cuti.' =_=" Atau sebenarnya perasan sendiri [?]

Dalam kelas, dapat sms, dapat call dari juniors tanya pasal Spain. Balik rumah buka FB, status-status ramai yang berjalan. Buka inbox, juniors tanya pasal Spain. Buka blog cik Intan update gambar Korea. Oh, macam ini ke perasaan tengok orang dah merdeka diri sendiri kena hadap buku tebal-tebal untuk hadap doktor pagi esok [?] Hmmm.. layaaann..

Esok, 19 Jan.. bakal menyendiri. Boleh lah diet seminggu. =_="

Rumah kedua dari tingkat 10~

p/s: Yang pergi jalan tu, jangan lupa ole2 orang tak cuti ok. At least saya mahu doa anda masa musafir. =)