Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
~Penambahan:-
- It is also adaptable to most soils in an open, sunny position and is drought and frost tender. Due to its ability to fix nitrogen from the air it does well on poor soils. >>>>>Jika diibaratkan seperti wanita, ia bermaksud wanita itu dapat bertahan menghadapi apa jua cabaran dan kesusahan.
- One should use caution when handling seedlings because the plants dislikes root disturbance. Mimosa may be difficult to grow and is sensitive to overwatering. >>>>>Dari sini, ia bermakna utk melahirkan wanita yg benar2 solehah, kita memerlukan kesungguhan yg amat mendalam. 'Root' diibaratkan seperti tauhid ataupun aqidah wanita tersebut dan 'overwatering' diibaratkan seperti terlalu bebas dlm kehidupan. Oleh itu, jika aqidah dan pengawalan wanita tersebut tidak dipelihara maka tidak akan lahir wanita solehah yg diibaratkan seperti Mimosa Pudica...
Sebab itulah ana memilih Mimosa Pudica!!
0 comments:
Post a Comment