Pages

  • RSS

Friday, May 6, 2011

Jika yang di Kepala Hendak Jatuh..

Bismillah..

I love this quote:-

Peganglah dunia di tangan
dan ISLAM junjunglah di kepala
kerana secara praktikal,
jika kita bimbit sesuatu di tangan
dan junjung sesuatu di kepala..
jika yg di kepala hendak jatuh,
kita akan lepas yg di tangan
dan mempertahankan yang dijunjung di kepala.

Flight easyjet: from Madrid, Spain to Milan Malpensa, Italy

Close-up

p/s 1: Sakit bila kena 'headshot' tanpa bersedia.
p/s 2: Luruskan kembali niat-niat kami, ya Allah.
p/s 3: Bantu saya untuk tidak merungut ya.

Thursday, April 28, 2011

Api atau Air?


Bismillah.

Museum de louvre, Paris, France

Ya Allah..
Makin lama makin kuat cemburu itu.
Makin ramai yang berbicara makin kuat perasaan itu.
Iya. Kagum bersama cemburu.
Hati, moga kau terpelihara.

Cemburu boleh jadi api yang membunuh atau air yang menyedarkan lena.
Hati, mana pilihanmu?

p/s 1: Cantiknya hubungan dengan manusia itu bergantung bagaimana cantiknya hubungan kita dengan Allah.
p/s 2: Terima kasih kerana membuatku mengerti.
p/s 3: Al7amdulillah.. keputusan telah diambil. Moga tiada penyesalan di kemudian hari.
p/s 4: Mohon doa untuk keberkatan waktu.

Tuesday, April 26, 2011

Kabur~


Bismillah..

Baca sekali lalu, masih kabur. Kabur dengan apa yang mahu disampaikan. Perlu pengulangan.
Lalu diulang baca. Sedikit jelas. Namun masih kabur pada 'spot'-'spot' tertentu. Perlu penjelasan.

Paris, France

Ah, hidup.. susah nak jangka kan? Selalu kabur. Blurr. Hingga tiba waktu jelas. Perlukan sabar. Kerana terkadang masa itu yang menghilangkan kabur.

p/s 1: PR PERMAI makin hangat. Hmm.. antara PR yang menarik selama saya di Irbed ini.
p/s 2: 22 April.. Meeting MPPMJ [yang saaaaaaangaaaaaaatttttt lama dan memenatkan] yg terakhir ensyaallah buat saya. Hee.. Suka! ^_^
p/s 3: Sedang cuba menimbang tara utk mengambil keputusan terbaik dalam hidup saya. Doakan.

Wednesday, April 6, 2011

What you don’t know is harmless [?]

Bismillah..

Gelisah. Ia datang bukan tika saat tersadung atau terjatuh. Tapi tika mana tidak tahu bagaimana untuk merawat setelah terseliuh.

Akhir-akhir ini, saya tidak tahu apa yang DIA nak saya tahu dan faham. Tapi yang disedari, kemampuan yang ada tidak seperti dulu. Ada yang terhijabkah?

"Truthfulness can do harm. What you don’t know is harmless."

-Dr. Hashim Jadou3, ethics.

Actually, this is one of the counterarguments from physicians for not telling the truth.


"If this's applied during exams, it will be harmful then."

-Kami masing- masing tersenyum di bahagian belakang Science Hall 2, ethics.


Lihat pula dari sisi kehidupan. Andai manusia tahu semua perkara dalam hidupnya.. Alangkah!


Hope. Atau harapan. Hubungan antara dia dan 'tidak tahu' itu sangat terjalin. Selagi mana kita tidak tahu tentang satu-satu perkara, selagi itu harapan masih wujud walau hanya seperti puput angin yang mendatang dan menghilang. 'Tidak tahu' itulah yang memberi harapan kehidupan. Sebab itu Allah rahsiakan beberapa perkara sehingga tiba waktunya.


Cuma, terkadang, manusia itu sifatnya terburu-buru. Mahu tahu segera. Kerana baginya, 'tidak tahu' itu gelisah. 'Tahu' itu tenang. Tidak perlu untuk berhabis glukos bekalan kepada otak untuk memikir. Apa guna akal yang dipinjamkan jika begitu? Dan saya salah seorang dari manusia-manusia lemah itu. Astaghfirullah.


Moga DIA memberi ketenangan jiwa walau apa pun yang melanda. Walau kita tidak tahu apa yang sedang menunggu. Kerana DIA pemegang hati-hati kita.


Percaya. Yakin. DIA maha tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Juga pasti rahsia-rahsia DIA akan dihilangkan hijabnya bila sampai waktu ketikanya.


Ya Allah, hindar dan jauhkan kami dari lemah, malas juga putus asa dalam mencari redhaMU di atas hamparan bumiMU ini.


Moga sinar dariNYA terus bercahaya.

Puento Romano, Cordoba, Spain.


p/s 1: Ya Allah, terima kasih untuk awan yang bersama-sama menangis untuk kegelisahan ini. ^_^

p/s 2: Pertama kali kena 'spalsh' air hujan dari pemandu kereta Jordan semalam. Sungguh. Keluhan demi keluhan. Tapi itulah ujian untuk menganalisis tahap iman di dalam dada.

p/s 3: Doakan kami supaya terus diberi ke'istiqamah'an hati untuk thabat dan kuat melaksana amanah ini.

Friday, March 25, 2011

Aroma Alam~

Bismillah..

Aqaba, Jordan


aliimran190.jpg

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
[3:190-191]

addzariyat211.jpg
“Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?”
[51: 21]

Lab Physio, Selasa, 22 Mac

"Mana...?? Tak nampak pun.. Nampak putih je. Bentuk dia macam mana sebenarnya?"
"Err.. kena tengok kat mana? Bahagian sclera yang putih tu ke atau kat pupil?"
"Kat pupil kan.. Yang bila dari jauh kita nampak warna merah."
"Laaa.. ye ke.. Ok.. Ok.. Nak buat balik."

*khusyuk belajar menggunakan fundoscope sambil memerhatikan pembuluh darah yang berselirat dalam mata*

"Hah! Nampak!"
"Do you see anything?" tanya Dr. Mukhallad, yang setia melayani budak-budak Melayu yang selalu keluar lab paling lambat.
"Yeah!! Optic disc. I have found it!"

*dengan muka sangat suka dan bersemangat sebab memang sangat susah nak jumpa. Dr. kata, kena cuba 5-10 kali baru boleh nampak optic disc.*

Orang kata, dari mata turun ke hati.
Kalau kita ambil makna pada permukaan, sepatutnya dari mata turun ke jantung. Sebab dari mata, kita dapat tahu seseorang itu ada masalah cardiovascular system, dalam bahasa ibundanya sistem peredaran jantung dan darah atau tidak.

Ok. Apa kaitan mata dengan gambar di atas? Hmm..
Tanpa nikmat mata, tak dapatlah kita menikmati indahnya gambar.

Bayangkan hanya satu jenis sahaja photoreceptor yang bernama red type cones tiada, kita tak dapat tahu pun warna merah itu bagaimana. Sub7anallah. Halus sungguh. Red type cones itu hanya mempunyai peranan yang orang nampak kecil. Tapi sebenarnya membawa impak yang sangat besar.
__________________________________________________________________

Tiap saat
Tiap tika
Rembesan cinta DIA
meresapi tunjang
sebuah kehidupan.

Mata, perhatikan..
Telinga, dengarkan..
Hati, rasakan..
CintaNYA..
CintaNYA..

Benarkan
dari segenap penjuru
untuk menghirup kasih
untuk meneguk cinta
dari aroma alam
ciptaan sang Pencipta.

p/s 1: Tahniah, pipah for the SPM result. Apa-apa pun juz set in mind, setiap yang Allah tentukan itulah yang terbaik.
p/s 2: Exam CNS II = 5 April. Doakan.
p/s 3: Mahu share satu kata-kata yang didapati dari senior,

Untuk mengetahui darjat kita di sisi Allah,
perhatikan di mana Allah kita letakkan dalam kehidupan seharian.

Wallahu a3lam.

Thursday, March 10, 2011

Tiramisu Buat Diriku~

Bismillah

Mari! Saya hidangkan mata anda dengan 1st trial Tiramisu made by Intan..!!~
[Mata jelaa.. Perut kena hidang sendiri lah kan.. c(=]





Tiramisu
Susu keperangan warnamu
Manis berlemak rasamu
Mencair lazat dalam mulutku

Ah! Kau!
Sungguh menjentik kalbu
Supaya mencilok bertalu-talu

Namun akanku pertahankan
Tak mahu kalah dengan nafsu makan
Kerana kau ber'cholestrol' sakan
Akan jadi padah buat pembuluh badan

Setiap hari..
Mungkinkah satu potongan?
Seperti tidak boleh diberi kepercayaan.
Membayang lazatmu terus-terusan.

Di sudut yang satu
Aku tahu
Pasti ada yang tersipu malu
Membaca bait-bait bicara atmaku

8.46 p.m.
-selepas mencilok tiramisu bersama ahli bayt tasneem-

p/s 1: gambar 2nd-4th, credits to pentex pinjaman. =)
p/s 2: intan, ehem.. lulus dah nie.. keh3.. c(=
p/s 3: 2 post berturut pasal hadiah bday. padahal bday dah lama lepas. =_="
p/s 4: jom tadabbur ayat 79:40-41

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).
(79:40-41)

Moga dapat tahan diri dari nafsu makan, nafsu tidur, nafsu bermalas-malas, nafsu putus asa, dan bagai-bagai lagi.

Tahan nafsu tu payah sebab syurgaNYA bukan murah.
Maka, doakan sama-sama kita mujahadah demi tempat yang bakal ditempah.
Ensyaallah..

Tuesday, March 8, 2011

Ok, sweet..!!~

Bismillah..

Tersenyum-senyum sendirian sepanjang perjalanan pulang dari jami3ah sambil memegang sampul surat yang memang orang akan toleh dua kali. Isinya..


Setiap kad-kad kecil berisi tulisan tangan.
Tak lupa juga tulisan bukan tangan bahasa hindi. =_="


Ok.. yang nie no comment.. =_="


"Walakin hai mush min Malizi. Min Hind. (Tapi ini bukan dari orang Malaysia. Dari India.)"

Saat ini, kak long dah senyum-senyum.

Memang surprise habislah!!
Ngah berjaya. Tahniah!!
Hehe..

Terima kasih daun keladi..
Lain kali hantar lagi..
^_^

Penghargaan juga dituju kepada yang berkomplot sekali
untuk menjayakan misi ini.
Itu dia.. Cik Zulieee.. =D

Walaupun hari ini terlepas merasa melihat pelangi,
bahagia tetap hadir mengisi hati. [eceh.. c(=]

p/s 1: Cik Shimah kirim salam kepada Cik Zuliee, Cik Nana, Cik Yam, dan ahli bayt Tasneem.

p/s 2: Tambahan.. Credits to Nadhirah Sahri, Rahmah Nasir, Farah Atikah and 3ammu Muhammad sebab terlibat dalam perjalanan kad sampai kepada pemiliknya. c(=