Pages

  • RSS

Wednesday, April 6, 2011

What you don’t know is harmless [?]

Bismillah..

Gelisah. Ia datang bukan tika saat tersadung atau terjatuh. Tapi tika mana tidak tahu bagaimana untuk merawat setelah terseliuh.

Akhir-akhir ini, saya tidak tahu apa yang DIA nak saya tahu dan faham. Tapi yang disedari, kemampuan yang ada tidak seperti dulu. Ada yang terhijabkah?

"Truthfulness can do harm. What you don’t know is harmless."

-Dr. Hashim Jadou3, ethics.

Actually, this is one of the counterarguments from physicians for not telling the truth.


"If this's applied during exams, it will be harmful then."

-Kami masing- masing tersenyum di bahagian belakang Science Hall 2, ethics.


Lihat pula dari sisi kehidupan. Andai manusia tahu semua perkara dalam hidupnya.. Alangkah!


Hope. Atau harapan. Hubungan antara dia dan 'tidak tahu' itu sangat terjalin. Selagi mana kita tidak tahu tentang satu-satu perkara, selagi itu harapan masih wujud walau hanya seperti puput angin yang mendatang dan menghilang. 'Tidak tahu' itulah yang memberi harapan kehidupan. Sebab itu Allah rahsiakan beberapa perkara sehingga tiba waktunya.


Cuma, terkadang, manusia itu sifatnya terburu-buru. Mahu tahu segera. Kerana baginya, 'tidak tahu' itu gelisah. 'Tahu' itu tenang. Tidak perlu untuk berhabis glukos bekalan kepada otak untuk memikir. Apa guna akal yang dipinjamkan jika begitu? Dan saya salah seorang dari manusia-manusia lemah itu. Astaghfirullah.


Moga DIA memberi ketenangan jiwa walau apa pun yang melanda. Walau kita tidak tahu apa yang sedang menunggu. Kerana DIA pemegang hati-hati kita.


Percaya. Yakin. DIA maha tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Juga pasti rahsia-rahsia DIA akan dihilangkan hijabnya bila sampai waktu ketikanya.


Ya Allah, hindar dan jauhkan kami dari lemah, malas juga putus asa dalam mencari redhaMU di atas hamparan bumiMU ini.


Moga sinar dariNYA terus bercahaya.

Puento Romano, Cordoba, Spain.


p/s 1: Ya Allah, terima kasih untuk awan yang bersama-sama menangis untuk kegelisahan ini. ^_^

p/s 2: Pertama kali kena 'spalsh' air hujan dari pemandu kereta Jordan semalam. Sungguh. Keluhan demi keluhan. Tapi itulah ujian untuk menganalisis tahap iman di dalam dada.

p/s 3: Doakan kami supaya terus diberi ke'istiqamah'an hati untuk thabat dan kuat melaksana amanah ini.

3 comments:

Anonymous said...

memang best an mandi free.

T.T

-sadis

tepianmuara said...

tengok gambar tu, lap2 laptop,
"eh, ada kabus ke??"
Rupanya memang dalam gambar.

hah.

Kita lihat apa yang kita nampak. Tapi tidak kita memilih semua untuk percaya. Dan, dalam menentukan itu, bukan tiap kali mudah kan.

Kadang saya menyerahkan 'tidak tahu' kepada esok. Bukan putus asa, tapi sedar saya belum layak untuk tahu dan faham. (?)

Entahlah.

nima said...

sadis:-

best. moga menjadi tarbiyah kesabaran dariNYA.

tepianmuara:-

em. igt xde org perasan. gmbar sebelum ni pun ada jugak cmtu cuma kecik. xde yg perasan.

Ya. Serahkan yg 'tidak tahu' itu kpd esk. Kepada yang menguasai hari2 kita. Itu namanya tawakkal kan.