Pages

  • RSS

Friday, February 11, 2011

Langkah-langkah Espana (Granada)

Bismillah..

Setelah lama berfikir untuk gaya penulisan penceritaan trip.. (padahal hampir nak skip malas nak berblogging + memikirkan banyak tnggungjawab lain.) Saya ambil keputusan untuk menulis hanya sebagai pelengkap cerita. Mungkin lebih kepada yang saya ingat dan yang saya rasa menarik serta tak tertulis (kalau ada yang sama, faham-faham lah. Trip sama kot.) oleh antara members of the trip yang punya blog: intan, tepianmuara, dan tidakbest.

18 Jan 2011

Dalam perjalanan mencari Mezquita Mayor, Al-Baicin, Granada.

"Pardon, senyor.. Donde mezquita?" (Excuse me, sir. Where's mezquita?)
"Todo recto.. bla.. bla.. bla.. [in spanish]" (Straight..)
*err... hah. itulah. Tanya lagi dalam spanish.*

Pak cik tersebut bersungguh menerangkan arah jalan kepada kami. Tapi kami tak faham-faham. Tak dapat tangkap.

"Ingles? Ingles?" tanya pak cik tersebut kepada senyora yang sedang berjogging bersama suami.
"Yes.."
Setelah memberi penerangan lengkap tentang arah jalan ke mezquita, dia dengan ramah bertanya:
"Muslim2?"
"Yeah." *angguk sambil senyum*
"I'm muslim too. I have just converted." Dengan penuh 3izzah dia memberitahu.

Namun suaminya masih belum convert ketika itu. masih memikirkan katanya. Doakan. Mana tahu di saat ini dia sudah mengambil keputusan untuk menambah kuantiti tak lupa juga kualiti Muslim itu sendiri. Moga2.


Tadaaa.. inilah mezquita mayor.


Dalam masjid
________________________________________________________________

Selesai solat jama3 maghrib isya' di mezquita mayor.

Jalan2 di Al-baicin bersama pak cik Abdullah Naseh yang dijumpai di masjid.

Ketika ini, saya tersenyum teringat pesanan kak piya..

"Apa-apa pun, cuba cari masjid berdekatan. Selalunya, orang-orang yang datang masjid ni willing je nak tolong kita.."

Ketika berjalan-jalan Abdullah Naseh bercerita..

"Al-Baicin was actually from word Al-Bayyazin. Do you know what's the meaning of bayyazin? it's an arabic word."

*Kerut-kerut. Masing-masing cuba mengorek memori. Kalau-kalau ada terbelajar.*

"Al-Bayyazin actually came from the word al-baaz. It means a bird. An eagle. [Kalau cek kamus, kamus kata falcon or hawk. Species lebih kurang lah kan..] It's because the former people used to use eagles for 'risalat' (surat2)."

"Oooo.." *sambil angguk2*

"And this river was named Dar. Dar means speaking or talking. Why? Because.. Shhhh... Try to listen. *senyap* Can you hear anything?"

*Err.. bunyi sungai lah.* Oh rupanya maksud dia, bunyi sungai tu seperti sungai tu sedang berkata-kata. =_="

Tapi, kalau cek kamus, Dar means dinding atau pusingan. Lebih kurang macam Duwar. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Abdullah Naseh adalah lebih kepada pusingan dalam perbualan. Entah. Tapi, dulu-dulu masa sekolah rasa macam pernah terdengar yang hiwar itu sama maksud dengan dar.

"This river separates the Al-Hambra where the royal family and high class people lived and Al-Baicin which was the ordinary people residence area."

Kalau rujuk peta, sungai tu diletakkan nama Darro. Bagi saya, boleh je kalau kita ambil Dar itu maksudnya sebagai dinding. Dinding yang memisahkan Al-Hambra dan Al-Baicin.

"Where did the word Granada come from?"

"Granada actually was from Ghar Nata which means Nata Cave. Why? Because the people who found Granada, met there."

"Where's the ghar?"

"Look. That is Seirra Nevada. And the ghar is at another mountain behind Seirra Nevada."

*sambil tunjuk ke arah gunung seirra nevada yang bersalji*

Nama gunung tu kalau tak silap mulhasan; nama ayah King Boabdil atau raja Abu Abdullah.

Mount Seirra Nevada.
Yang putih2 bersalji tu..
_______________________________________________________________

19 Jan 2011

Al-Hambra, Granada

"I don't even feel sad. I just feel pain. Geram. Yelah. Bergaduh sesama sendiri. Pastu jatuh."
luah salah seorang daripada kami. (lebih kurang lah)

*senyum. sambil mengiyakan.*

That feeling. Saya rasa macam pernah rasa sebelum ini. Hah. Sama macam ketika melawat Topkapi Palace, Turki. Perasaan sayu bercampur sakit mengenang sejarah keruntuhan mereka. Menjadi iktibar buat kita.

Wa La ghaliba Illa Allah
(There's no victory except Allah)
terukir hampir di semua tempat.

Istana Al-Hambra dimulakan pembinaannya pada zaman kerajaan Nasrid, ya3ni kerajaan Islam terakhir yang memerintah Sepanyol yang mana sebelum itu diperintah oleh kerajaan Al-Mohad atau Al-Muwahhidun.

It's architecture is only based on square. Untuk pengetahuan lebih lanjut, klik sini.


The Alhambra is the triumph of mathematics as much of it's static.

Mathematical ingenuity is the rule of it's beauty.


Muqarnas (stalactite ceiling decorations)


General Life

Tiket masuk: 13 euro per person. Tempah online or by phone. Boleh beli on the spot. Tapi dinasihatkan agar beli awal. Takut kalau-kalau tak dapat tiket sebab penuh.
_______________________________________________________________

Al-Caiceira, Granada.

Dulu, ia merupakan tempat menjual sutera. Kini, hanya sebagai tempat jual souvenirs.

Antara souvenirs yang ada: T-shirt yang tertulis sye3er arab.

Sesiapa yg berjaya membaca dan men'translate' maksudnya, ada hadiah dari Spain menanti. Hehe.. Oh orang Jordan je ye. =D
(Tak ramai kot yang baca blog comel [errkk] nie. Selamat souvenir.. c(= Tambah2, tulisan di atas agak sukar dibaca.. ye x?)

p/s 1: Baru Granada nie. Maaf, kalau post kali ini pun tiada sambungan. Jika tiada, boleh la pergi ke link2 yang telah diberikan di atas.

p/s 2: Kebanyakan perbualan di atas telah diedit. Tapi mafhum nya sampai ensyaallah.

p/s 3: Sem nie.. otak berusaha memahami dirinya. Moga Allah mudahkan perjalanan otak.

p/s 4: Cheesecake intan. Moga siap malam ni. c(=

7 comments:

-iNtaN- said...

bace 1st part sal mezquita mayor:
*senyum* =)

bace 2nd part sal sierra nevada yang bersalji:
*bergenang dah ni* T_T

bace 3rd part sal al ceicera:
*intan boleh baca dy tulis "granada", so hadiah esok, k~!*

bace p/s 4:
*waaaa~~! cizkek besday yang dijanjikan~~! moga siap malam ni~!* ^_^

nima said...

aikkk.. org pi spain pun nk adiah dr spain ke? setakat tulisan Granada bawah tu.. kite pun boleh baca intan. heheh..

intan.. cm x sempat je cizkek nie esk lps kelas. huhu.. tdi blik smpi umah dlm kul 10.30. tgklah either esk ptg or luse. ensyaallah. jgn risau.. brg2 dah bli. for sure kne buat kn. =)

-iNtaN- said...

xpe2..tak kisah pun bila2..

kalau sabar skit mesti dpat yang lebih baik (dalam erti kata lain yang lebih sedap)..
hohoo~ =pp

Anonymous said...

nak try

تكن سيفا فتكسر و لا تكن طريا فتعصر

x pasti betul ke tidak.
maksudnye lebih kurang "jangan keras sgt,jgn lembut sgt"

nima said...

em mcm tertinggal la kat dpn yg written in arabic tu. mybe typo. sbb mmg btullah mknany.

klu amik word by word,

don't be like sword it harms others,
and don't be too soft coz u'll be oppressed.

hmm.. spe eh? leyh2 tuntut hadiah.
tahniah..

(x sgka ad yg nk mncuba)

Anonymous said...

huh ingatkan salah.

sbb klu nk terjemah word by word xtau nak sambung antara perkataan cmne.

xpe hadiah tu boleh simpan atau buat soalan laen.:-)
segan nak bgtau ni sape.

nima said...

jwapan tu btul.

sirius ni tolak hadiah? dr spain kot..

musykil jap.