Pages

  • RSS

Sunday, February 20, 2011

horizon kita berbeza~

Bismillah..

sweet kan? ^_^
[al-hambra, granada, spain.]

hawa-hawa kedinginan
deru bayu tiupan
tanda-tanda
curahan rahmat tuhan.

bila jingga sayup-sayup
perlahan menghangat dunia
pencarian warna mula melata.
juga
sukma mula berbicara.

ah, horizon kita
berbeza rupanya.
aku di sini.
kau di sana.
yang sama letak kaki kita.

antara dua
hubungan kita
itulah talian istimewa

istimewa?
ya. istimewa.
percaya yang sama.
percaya yang Esa.

terus
terus berlari
berlari dan mencari
halwa-halwa ruhi
bekalan alam nanti

jangan
jangan tinggalkan
tangan-tangan terkapai
kerna mungkin
itu milik teman juangmu
aku

mohon himmah
mohon tarbiyyah
untuk dakwah ummah

awan berarak
melabuh tirai
menutup hari ini
terselit teka-teki

si purnama hati
bakalkah mengintai diri?

irbed, 8.08 p.m.
patut menghadap CNS.

11 comments:

-hazen said...

saya rasa kakak patut terus menulis.

nima said...

ensyaallah..
moga diberi izin masa
bersama hadirnya hati
neway, thanx!

nima said...

errr..
tapi macam segan juga ragu.
kenapa?
entah. tertnya2 juga.

-iNtaN- said...

wah~!

cantik gambar tu..
sape yang amik tu ek?
*ehem*

err..izzah punya MHC n APC xberfungsi ngan baik ke?
huhuu~ ^^

-hazen said...

kak tanya saya ke?


er, saya pun tak tahu sebenarnya.
mungkin sebab tulisan dari hati?
takut orang terlalu memahami?

selalu saya ada rasa macam tu jugak.
tambah-tambah pada orang luar.

tah lerrr.

nima said...

intan:-

haha.. ye2.. cilok dr cmera u..
idea spe? haha.. nak jugaakk.. c(=

emm.. immune system dlmn lemah sikit. doakan. =)

hazen:-

means kne tulis bkn dgn hati?
baru x segan?
ke camne?

-hazen said...

er. puisi ni kan 'bahasa hati'?

mungkin rasa segan tu antara elemen yang perlu untuk sebuah puisi.

wallahualam.

nima said...

hazen:-

oh. ok.
got it.
thanx!

belas_kasihan16 said...

izzah, satu je nk tnye.
puisi ni dh best. kata2 pun best.
feeling dh dpt dh.
tapi nape ending dia...
"si purnama hati
bakalkah mengintai diri?"

itu je x phm. huhu.
p/s: klu x nk jwb sini, sembang blkg pun orite je. :D

nima said...

belas_kasihan16:-

meh2.. jwb sini lah.
jwb blkg2 org fikir lain pulak.
[eceh. mcm rmi sgt org. c(=]

tak kisah pun org nak tafsir cmne.
cume, bg penyusun bicara sendiri..

'si purnama hati
bakalkah mengintai diri?'
means..
pada malam yg gelap tu..
bakalkah diri ini mmberi cahaya pada hati
dgn bngun mlm sujud pdny.

=)

belas_kasihan16 said...

owh mcm tu ke?
igtkn tu dituju utk manusia sbb ayat2 atas ni mcm (?) utk mnusia.
hehe. seb bek tnye,, klu x dh salah phm dh. kui3

p/s: ogeh,, moge dberi kekuatan ^^