Pages

  • RSS

Friday, December 31, 2010

Suicide


Bismillah..

20 Jun 2010. Dalam train. On the way to Champ de Mars, Paris, France.


Eiffel Tower, Champs De Mars

Champs De Mars Garden

Train tiba-tiba berhenti. Yang musykilnya, tengah-tengah rail. Bukan dekat port-port berhenti. Kedengaran pak cik pemandu memberi keterangan dalam bahasa France. Tak faham. Blurr.. Pandang-pandang. Pusing-pusing. Cari-cari siapa yang boleh bagi translation.

"Excuse me sir. Could you translate it for us?"
"Oh sure. There is someone who wants to commit suicide. So, the train can't move."
"Oh. thank you sir!"

"Ceh. Nak bunuh diri tak payah la kat sini. Terus je lompat dalam sungai sebelah nie. Abis cerita. Menyusahkan betullah."
"Haha.. Dia saja nak attention kot. Bukan betul-betul nak bunuh diri."


Heh, selalu tengok orang nak bunuh diri ni dalam tv jek. kali ni kat depan mata. Err.. depan mata ke? Tak tak. Depan train. Tak dapat tengok pon muka orang nya. Cuma nampak lah orang dok pujuk-pujuk jangan bunuh diri. Polis, ambulans, bomba pon ada.

Hati saya: Al7amdulillah, aku diberi nikmat Iman dan Islam. Apa-apa yang berlaku, terus kembali kepada Allah. Tak kira baik atau buruk.' [muhasabah]

Abi Yahya Shuhaib bin Sinan ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada perkara baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadits riwayat Muslim)


Susunan Allah itu yg terbaik kerana tentunya jika Yang Mencipta yang merangka pelan untuk hasil ciptaanNya maka pastilah itu rangkaan yang tercantik.
Moga redha Pencipta menjadi milik yg dicipta juga moga yg dicipta redha dengan pelan yang telah dilukis untuknya.

p/s 1: doakan yang terbaik.
p/s 2: doakan yang terbaik.
p/s 3: doakan yang terbaik.
p/s 4: terima kasih.

Sunday, December 19, 2010

Summer Break 2010


Bismillah..

Muhammad Sulaiman (Man)


Nur Hikmah Solehah (Dik Ah)

"Man masuk pertandingan azan kat sekolah tadi."
"Iye ke? Man dapat nombor brape Dik Ah?"
"Dia menang. Dapat nombor ke satu..."
"Fuyyyooo... ye ke Mann??"
*angguk sambil buat muka macam dah biasa*
"Tak pernah pon Kak Long dengar Man azan. Cuba azan."
*geleng. sambil buat muka malas nak layan.* [ciss.. punye adik..]

Esoknya, azan asar berkumandang..
"Eh.. tu Man azan tuu.."
"Ye ke?? Aah laa.. tu suara dia tu.."


Waaa.. mantap gak ek adikku nih. Cuma nafas dia pendek. Kalau latih, boleh lagi mantap nie..

-Balik Msia Summer Sem 2010-

Makin jauh dari keluarga makin banyak perkembangan yg ketinggalan. Mungkin yg besar2 dan yg penting2 itu diberitahu. Cuma yg kecil2 seperti di atas lupa untuk diceritakan.

Moga kita sekeluarga sama2 berusaha untuk lakukan yang terbaik ensyaallah. Tak kisahlah ada kat mana2 dan buat apa pun. Janji bersungguh. Ingat. Ikatan antara kita adalah doa.

May Allah bless~

Tuesday, November 30, 2010

"Ya Sobaya.."

"Ya sobaya.."
*Erkk..Berhenti berjalan dan toleh ke depan*
"I'm sorry. But you're too late. See you tomorrow.."
*buat muka cool.. and then, keluar..*
'aaaaahhhhhh... apsal aku tak dapat tangkap signs yang syabab2 arab tu bagi. Adooii... Dengar je kot dehem2 tuu.. huuuu.. tak boleh masuk lecture langsung. huuu.. hmmm.. nak merayau mana nih....??'

Uhuh..!! Dah la sebelum tu kena halau dengan mak cik bersih tandas. Masa tu pukul 1.10. Kelas pukul 1.15. Mak cik tu nak bersih tandas masa tu juga.. Masuk2 kelas kena halau lagi. Memang hari kena halau la. Huhu..

Masa keluar, muka cool.. dalam hati.. T_T.. Malu kooottt.. Bergenang dah..

Oh, Dr. Rashid.. Terasa malas nak masuk kelas bila terbayang balik. But bila fikir2, siapa yang rugi? Baik masuk. Tak payah simpan lama2. Nak emo, emo masa tu je. Jangan emo lama2.. Nanti jadi chronic tumour. Huhu..

Tak pelah.. Lagipun, rupa-rupanya ramai lagi sebelum tu yang kena halau dengan lagi teruk. Relax2.. Ada something yang Allah susun tu..

Quote from Irfan Khairi:-

"Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang amat berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!"

Moga esok lebih baik. Ensyaallah~

p/s: sobaya = teenage girl -it's an Arabic word.

Friday, November 5, 2010

Lemba..

Bismillah..

"Long.. nah.."
"Apa nie?"
"Cuba rasa..."
"Boleh makan ke?"
"Laaa.. pasai pa tak boleh makan pulaakk.."
*makan takut-takut*
"Rasa apa?"
"Manis yang pelik.."
"Hehe.. Cuba pi minum ayaq.."
"Kenapa?"
"Pi la minum...."
*pergi dapur ambil air dan minum sambil berkerut*

Tahu kenapa? Sebab pelik. Buah yang ayah saya beri untuk dirasa dah tak ada dalam mulut. Tapi.. rasa manis dia still ada di lidah. Malah makin manis. Makin rasa mahu minum air. Air kosong itu rasa seperti ditambah gula. Padahal air biasa.

"Nama apa buah nie, abah?"
"Buah lemba..."

Saya rasa buah lemba ini sangat menarik. It's sooo interesting.. Bak kata Dr. Ziyad Nasir dalam lectures Microb + Immune.

Kalau difikirkan, buah lemba ini tak ada lah popular mana. Bukan tak popular mana. Memang tak ramai orang kenal. Tapi sekali orang diperkenalkan dengan buah ini dan rasa kemanisan air yang disebabkan oleh buah itu, memang ensyaallah orang tak akan lupa kewujudan dia.

"Buah ni untuk orang yang ada high blood pressure.."
"Ohh.. "
*sambil cuba ingat-ingat apa ubat untuk orang yg sakit darah tinggi yang dah belajar dalam cardiovascular system.*


p/s 1: Jom maniskan orang sekeliling dengan apa yang kita mampu macam buah lemba. ^_^

p/s 2: Doakan ikhlas menjadi milik kita dalam setiap apa yang kita lakukan.

p/s 3: Moga Allah jauhkan kita drpd sifat dengki dan iri hati terhadap kawan-kawan di mana jika dengki dan iri itu diterjemah dalam bentuk perbuatan.. akan musnah satu ikatan. Biarlah jika iri itu wujud, kita saling mahu bersaing bersama dan saling melengkapi. Bukan saling memusnahkan. Ameen..

p/s 4: Doakan keselamatan Irbed yang makin meruncing. Oh rindukan Irbed yang dahulu. Aman. Moga Allah beri kesempatan merasai nikmat aman itu lagi.

Thursday, October 28, 2010

Sinis~

sinis..

kadang ia perlu
tapi bukan selalu

gunakan ia pada tempat
bukan tiap saat

utamakan sikap hormat
pada tiap pendapat

kelak pendapat darimu
tak ditolak melulu

bukan mahu menuding jari
hanya sebagai muhasabah diri

PEACE!! ^_^Y

May Allah bless~

p/s 1: seronok jugak rupanya tulis pendek-pendek macam nie. c(=
p/s 2: sedang menyelusuri kisah Umar Abdul Aziz.
p/s 3: bakal menyelusuri kisah sistem pencernaan. =_="

Monday, October 25, 2010

Tipu~

Bismillah~

Tipu kalau cakap tak penat.

Tipu kalau cakap tak takut.

Tipu kalau cakap tak sakit.

Tipu kalau cakap tak gelabah.

Cuma..

Semua tu.. hilang bila kita letak harapan dan pergantungan kepada Allah setelah berusaha semampu mungkin.

so.. SMILE even though it's fake coz there is a quote says "Fake it fake it till you make it!!"

Remember, HE will always be with us. Juz have faith in HIM.

^_^

p/s: GIS + others. doakan.

p/s: sejak bila tah tiba-tiba tulis something yang motivated camnie. =_="

Tuesday, September 7, 2010

Versus_Romanticism: A Weapon of Satan

Assalamu3aleykum wbt.

Emm dah sebulan lebih tak mengupdate blog. sebelum nie alasan exams. skrg cuti, alasan tak tau nak update apa. aiseehh.. tapi ada ke yg menjenguk blog comel lagi tersorok nie? ehehhe.. [nak muntah pi bilik air keyh.]

Cuti.. only 20 days in Malaysia. Malaysia dah jadi rumah kedua nampaknya. Rumah pertama? For sure Jordan.. Uh Urdun Awwalan!!

Err.. tetiba macam takut entry kali ini tiada isi. Maka, kalau lah macam tu.. saya telah membazirkan masa orang yang membaca. At least, i have to make sure that my post has something they can benefit. Kalau tak, kena tulis amaran supaya tak baca. Aiseehh~ Hmmm..

apekah.. apekah.. main idea x mahu datang walaupun dah berfikir lebih kurang setengah jam..

baikk.. setelah lebih kurang 1 jam 8 minit berfikir..

jom mahu cerita pasal VERSUS written by Hlovate.

Ok.. tulisan Hlovate dalam VERSUS menarik. Still, it's kinda love story. But i guaranteed you'll get something from VERSUS.

__________________________________________________________

'...when looking at an unbelievable society's stereotypical ideas of woman, we notice immediately that they act according to their whims and instincts. The conditioning they receive from childhood onward about the ideal woman's character become almost their sole source of guidance. Given that the woman in their immediate environment act and speak in the same way, that woman portrayed in the films and novels display the same character, that people seem to agree on what's a woman's character should be, their character is a habitual one..'
-Versus: Hlovate, pg 327-

Quote above is copy pasted from VERSUS which has been summarized from Maryam: An Exemplary Muslim Woman by Harun Yahya. You can read the original one here.

Em. Bila baca perenggan ni... sangat terasa betulnya. Well, tak payah pergi jauh-jauh. Juz look at ourselves. Akan sangat mudah terkesan dengan suasana kalau tak de keluarga atau kawan-kawan yang memperingatkan..

Ok, contoh. Kita berada di tengah kawan-kawan yang semuanya ber'couple'. Kalaulah masa tu tak de siapa masa ingatkan.. emm.. alamatnya, akan terkesan jugalah walau sedikit.

Pastu.. tudung hanya dijadikan sebagai trend. Tudung pakai but still aurat yang lain nampak. Pergaulan tak dijaga.. nie kira benda normal dalam masyrakat. Uh!

And then, kalau media pulak.. contoh.. artis ni pakai macam ni macam ni.. maka akan adalah yang mengikut. Kalau yang elok fine, it's alright to be followed. But majority hmm... *grin*

______________________________________________________________

'There is a subtle danger that leads people away from religion,
prevents them from submitting to God as their Lord, and ultimately
brings numerous other forms of trouble and distress upon them.
The danger is romanticism which leads
people to live, not according to their reason, but according to their
emotions; that is, according to their desires, hatreds, their susceptibility to
temptation, and their stubbornness.'
-Romanticism: Harun Yahya, pg13-
-Versus: Hlovate, pg 298-

'Emotional people, who make their loved ones the 'sole subject of their lives', who will commit every kind of unreasonable acts to be with their lover -so much as to commit suicide- have all become victims of this pernicious weapon used by satan'
-Versus: Hlovate, pg 299 [summarized from Romanticism: Harun Yahya]-

'The most disturbing aspect of this danger is that an overwhelming
number of people do not see it as a danger at all, nor do they realise either
that it is actually a state of mind completely inimical to religion. In fact,
many view it, not as a dangerous error, but rather as a virtue to be
encouraged and widely propagated.'
-Romanticism: Harun Yahya, pg 13-
-Versus: Hlovate, pg 300-

Ok. Sekarang, semua quotes kat atas ni cakap pasal idolatrous love atau dalam bahasa mudahnya... cinta monyet.

Cuba kita lihat keliling... budaya couple.. makin lama, makin merebak. Seolah-olah ianya tak salah: oh syaitan tengah memainkan peranan kat sini. Menjadi satu yang biasa sehinggakan pernah saya dengar, kalau tak de pasangan tu.. it's something weird. Kat sini, kita akan akui quote yang mula-mula sekali pasal something yang sepatutnya pelik menjadi biasa dalam masyrakat.
_____________________________________________________________

'The source of wisdom, as we said before, is a deep-seated faith
and fear of God. Those who fear God, heed His commandments and
proscriptions, become naturally possessed of this superior insight as a
blessing from God. But, though this virtue is easily acquired, very few
are endowed of wisdom. This condition, that God makes known in the
Qu'ran, saying, "Most of them do not use their reason." ( Qur'an,
5:103), arises from the fact that most people do not have the proper
faith, having left no room for the Qu'ran in their lives.'
-Romanticism: Harun Yahya, pg 58-
-Versus: Hlovate, pg 300-

Penyelesaiannya, yakin, percaya dan takut kepada Allah. Or we call it as wisdom.
______________________________________________________

Domino's Effect
1. Solat + Ibadat
2. Hidup bersyariat
3. Aurat
4. Ikhtilat
-Versus: Hlovate, pg 323-

Kesan Domino: Kalau nombor 1 sempurna, maka yang nombor 2-4 akan mengikut. Macam Domino. Susun tegak-tegak semua. Tolak yang 1st, semua akan ikut jatuh.
_________________________________________________________

Uh, hampir semua quotes. Haha.. Em.. untuk penceritaan yang lebih menarik berbentuk cerita, boleh baca Versus.
Untuk yang more towards facts, boleh baca Romanticism: A Weapon of Satan. Yang ni boleh download kat website dia.

p/s1: hujan sekarang. sangat suka bau hujan.

p/s2: moga saya yang menulis akan berusaha praktik apa yang saya tulis. Doakan.


p/s3: saya mengaku saya lebih suka baca something yang berbentuk cerita daripada facts. Nak baca facts boleh. Tapi kebanyakan buku facts akan dilangkau-langkau mencari topic yang rasa nak baca. Uhuh.. Boleh pulak macam tu kan. Bila laa nak berubah. Salute lah orang yang boleh baca facts macam baca novel. Kalau ada yang macam tu yang baca post nie, boleh share sikit apa rahsia.
[macam ada je yang baca. haha..]


p/s4: baru tuka layout. So, macam biasa kehilangan link2 kamu. Maka, sangat-sangat dipersilakan untuk tinggal jejak untuk saya link kan balik.

Wassalam.

Tuesday, July 6, 2010

Learning from Experiences

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani..

Banyak benda nak taip sebenarnya. Tapi ada kerja lain yang lebih utama beratur menunggu. Maka, mengupdate blog ini diketepikan. Jom, terus kepada ceritalah.

Perancangan awal untuk cuti sem 2 nie sebenarnya nak ke France dan Spain. Yang utamanya adalah Spain. Tapi disebabkan beberapa masalah dengan flight dari France ke Spain, akhirnya keputusan yang kami (fad dan saya) buat hanyalah ke France sahaja atau France dan negara Europe sekitar yang boleh kami sampai menggunakan train.

Banyak masalah yang berlaku semasa dalam perancangan awal sehingga saya bertindak macam melarikan diri daripada berbincang mengenai percutian sehinggalah tamat final exam sem 2. Nak dijadikan cerita, pada mulanya kad ATM saya yang bakal digunakan untuk tempahan tempat penginapan dan beberapa transport serta tiket secara online. Tapi, tak tahulah sebab apa (rasanya sebab tak baca bismillah kot-senior kata.), saya telah melakukan kecuaian sebanyak dua kali melibatkan jumlah duit yang agak besar.

Pertama, saya silap menulis nombor akaun sendiri ketika mahu memasukkan duit fad dan intan ke dalam akaun saya. Namun, dengan tindakan segera lepas menyedari kesilapan, duit tersebut dapat diselamatkan. Al7amdulillah.

Kedua, saya kehilangan kad ATM saya. Saya tidak pasti sama ada kad tersebut tertinggal di mesin ATM atau jatuh di mana-mana. Dan, kebetulan waktu tu, hari Jumaat. Bank tak buka. Waaa.. naya gak masa tu. calling-calling seniors, semua tak sure nak buat camne sebab semua bank tutup. Akhirnya, saya balik, cari number telefon Jordan Islamic Bank kat internet. Al7amdulillah, jumpa dan saya minta kad saya yang hilang tu diblock. Masalah lain timbul, iaitu terpaksa guna kad orang lain. Intan punya kad jadi mangsa.

Bila dah dua kali buat silap, saya jadi cuak. Sebab agak jarang saya cuai kalau bab-bab duit. Especially duit orang. Saya tak mahu urus dah bahagian kewangan. Biarlah Fad dan Intan uruskan. Dan saya sedar. Waktu ni, saya banyak lari. Rasa tak sedap hati. Tapi, lepas final exam saya mula sangka baik. 'Insyaallah, tak ada apa-apa. Allah nak bagi aku pengalaman macamana nak urus kalau silap number akaun dan hilang kad waktu hari cuti.'

Perancangan awal juga, nak main redah tanpa muraqib. Tapi, seniors kata, kalau tak nak muraqib kena ramai at least 5-6 orang. Masa tu, hanya ada 3 orang. Saya, Fad dan Intan. Nak tak nak kenalah cari muraqib. Pencarian bermula dengan juniors. Tapi ramai yang pergi umrah. Tanya-tanya batch sendiri, Al7amdulillah ada yang nak join trip tu sekali.

Oh trip kali ini, saya ada meletakkan beberapa target. Dan target-target tersebut akan menyimpulkan sama ada trip kali ini lebih baik atau tidak daripada trip-trip sebelum ini.

Al7amdulillah, dalam trip kali ini saya dapat kenal diri saya dan sahabat-sahabat saya dengan lebih dekat. Musafir bukan sesuatu keadaan di mana kita berada dalam keadaan selesa. Dan bila kita bukan dalam keadaan selesa itu bermakna kita sedang diuji. Dan ketika kita diujilah kita dapat kenal bagaimana diri kita dan juga sahabat-sahabat kita sebenarnya. Bila kita dah kenal diri baru dapat perbaiki kelemahan pertingkat kekuatan. Kan?

Dan yang paling penting pengalaman. Pengalaman travel sendiri. Without agent. Serious menarik. Baca peta sendiri. Sesat menyat sendiri. Silap langkah sendiri. Semua sendiri. I mean dalam kumpulan lah. Cuma, bergantung dalam kumpulan tulah nak buat decision macamana. Kalau dah sesat camne. Kalau dah silap beli tiket camne. Kalau tetiba ada dalam ahli kumpulan buat cadangan last minute macamne. Semua-semualah. Sebab itu, sanggup je keluarkan duit untuk berjalan. Tapi still kena pandai berjimatlah kan. Sebab pengalaman itu yang mendidik. Ilmu tanpa pengalaman bak teori tanpa praktikal. Pengalaman itu merupakan ilmu. Tapi ilmu itu tak semestinya pengalaman. Betul tak? Betul3.

Haa.. pastu lagi satu, at least bila dah pergi satu-satu tempat tu, macam baru tahu keadaan sebenar masyarakat lain macamana. Oh paling terkezut kat Amsterdam. Seriously, tak pernah tahu pun yang amsterdam tu bandar yang menghalalkan segala-galanya. Huhu.. Oh, menunjukkan betapa malas nak membaca pasal facts. ^^' Pengajaran: Silalah rajin baca facts instead of fictions. =P

Oklah. macam dah panjang je. Insyaallah, akan ditulis pengalaman travel kali ini. Tapi tak mahu janji. Sebab pengalaman travel ke Mesir pun tak tertulis-tulis lagi. Mungkin cara tulis macam lain kot kalau tulis. Sebab travelmates ada yang tulis. Takut ulang benda sama je nanti. hehe..

p/s 1: minta maaf kalau-kalau tak sempat jugak nak taip untuk pengalaman kali ini. Tapi insyaallah akan diusahakan.

p/s2: tengah baca Denyut Cinta Medik by Dr. Farhan Hadi and Empress Orchid by Anchee Min. Pelik tak tetiba beli buku pasal cerita cina lama-lama? Haha.. suka je sebab dulu-dulu suka sangat tengok cerita cina lama-lama yang lelaki dia shave rambut separuh pastu ada tocang belakang. =P

p/s3: immune + public health + environmental protection or in short EP; subjects have to be completed during this summer sem. Pray for us!

p/s4: berlaku percampuran bahasa dalam entri kali ini. Kalau tak suke... ermm.. apa kesaaahh.. This is my blog. lalala~ ceh.

Monday, May 10, 2010

Hati: Akal, Aku Ikhlas Tak?

Assalamu3aleykum wbt.

Post kali ini, jom kita dengar baca dialog antara akal dan hati tentang ikhlas~

Hati: Akal, akal.. kau rasa aku ni ikhlas ke buat kerja-kerja semua ni?

Akal: Kerja apa yang kau dah buat?


Hati: Macam-macamlah. Contoh macam belajar.. kerja-kerja persatuan.. bagi tazkirah.. sedekah.. tolong atau belanja kawan.. kemas rumah.. muraqib akhawat haa.. macam-macam lah.


Akal: Eh, bukan aku pun ada sekali ke kalau kau buat kerja-kerja tu?


Hati: Yelaa.. for sure lah kan kau ada sekali. Kau dan aku kan selalu bersama. Itu yang aku tanya kau pasal aku ni buat kerja ikhlas tak..


Akal: Oh, mana lah aku nak tau. Kau rasa macam mana?


Hati: Entahlah. Aku risau juga kalau aku buat kerja-kerja ni tak ikhlas pun. paksa rela je. Tu yang aku tanya kau ni.


Akal: Hurmm.. Cuba kau cek balik. Masa kau buat kerja-kerja tu.. kau ada rasa kecewa tak kalau kerja kau tu tak dapat ucapan terima kasih? Ataupun, ada tak kau rasa down yg melampau kalau kerja-kerja kau tu tak berjalan macam kau nak?


Hati: Erk.. Kau ni.. Buat aku tersedaklah akal.


Akal: Eh, aku tanya je... Dah kau nak tau kau ikhlas ke tak kan..


Hati: Hurmm..


Akal: Lepas tu, ada tak masa kau buat kerja tu dalam masa yang sama, kau harapkan populariti? Memanglah populariti tu akan datang kalau kau buat banyak kerja-kerja baik. Tapi katalah populariti tu tak datang pun, kau rasa down tak?


Hati: *senyap* (Zupppp..!! tercalar ok..)


Akal: Lepas tu kan hati, kau pernah tak rasa bangga dengan amal-amal besar kau?


Hati: Amal-amal besar?


Akal: Yup. Contoh macam bagi sedekah JD50.. Baca Qur'an sebulan khatam..


Hati: Oh.. Ermm.. *sengih*


Akal: Kau mesti tahu kan even amal tu nampak kecil kat mata manusia, dia boleh jadi sangat besar kat pandangan Allah kalau IKHLAS. Dan amal yang kau nampak hebat, boleh jadi nothing pon kat pandangan Allah tanpa IKHLAS tu.


Hati: Huhu..


Akal: Kau ok ke ni aku macam berceramah lak kat kau.


Hati: Oh. Aku yang tanya kan. Teruskan akal. Aku nak muhasabah.


Akal: And then, bila kau buat kerja tu.. kau suka kecoh-kecoh kat orang tak? Contoh, bila kau tolong kawan kau.. pastu dia tak balas balik pun pertolongan kau tu.. ada tak kau ungkit-ungkit.. cerita kat orang lain yang kau dah tolong kawan kau tu macam-macam?


Hati: Huhu.. Macam... Ada...


Akal: Huhu.. Aku faham je. Susahkan nak jadi ikhlas ni...


Hati: Ada lagi ke soalan cepumas kau kat aku akal?


Akal: Hehe.. Ada. Last-last. Haa.. Ada tak masa.. bila kau pegang jawatan je kau akan buat kerja bersungguh. Kalau kau tak de jawatan apa-apa, kau tak mahu buat kerja tu?


Hati: Erk.. Akal.. Tu.. Bukan nama rasa tanggungjawab ke? Yelah, kalau pegang jawatan kan memang kena buat sungguh-sungguh. Amanah kan. Kalau tak pegang, kira tak pelah kan? Hehe.. Boleh ke macam tu?


Akal: Ermm.. Kalau masa tu.. kau tak pegang pun jawatan. Tapi ada orang minta tolong kau buat kerja sikit. Kau akan tolong dengan bersungguh tak?


Hati: Erk.. Maybe tak sesungguh masa aku pegang jawatan tu lah.


Akal: Haa.. Kau fikirlah sendiri yang sebenarnya, kau ikhlas ke tak.


Hati: Uh... (muhasabah)


Antara ciri-ciri ikhlas menurut ibnu athaillah ialah:-

1. tidak mudah berasa kecewa. (walaupun perencanaan tidak seperti yang dirancang atau tidak mendapat penghargaan)
2. tidak mengharapkan pujian atau populariti
3. tidak membezakan amal besar dan amal kecil
4. membuat amal kebaikan secara rahsia
5. melakukan sesuatu sama ada ketika diberi jawatan atau tidak

p/s1: Jom cek balik hati kita memenuhi tak ciri-ciri ikhlas.

p/s2: Peringatan ini semestinya untuk tangan yang menaip dulu baru kepada mata yang membaca.


p/s3: Moga kita semua tetap thabat dan ikhlas di jalannya. I.Allah~

Wassalam.

Saturday, April 3, 2010

Cheesecake~Cheesecake~Cheesecake

Assalamu3aleykum wbt.

Credits to Ikin@Fad (can't remember who) for taking this lovely pic..!!~

This post is for those who have been asking bout the cheesecake recipe that i made during Zullie's birthday and the last BKASJ's meeting. Fyi, actually i got this recipe from Fatin Adilah and her housemates who have tried out first before me. Credits to them..!!~

Ingredients:-

Crust:-
  1. Digestive biscuits -125g (1/2 packet)
  2. Butter - 50g (1/2 bar)
Filling:-
  1. Kiri creamy spreadable cheese - 3 boxes (1 box has 6 squares of cheese)
  2. Qishtoh @ Whip cream - 170g (1 tin)
  3. Egg - 2
  4. Sugar -8 tablespoons
Topping:-
  1. Blueberry filling or topping (depends on size of the cake)
Directions:-
  1. Mash the digestive biscuits finely
  2. Heat the butter in a pan till it melted
  3. Mix the finely mashed biscuits with the butter well
  4. Leave till it cool.
  5. While waiting, prepare the filling
  6. Mix all the filling ingredients in a blender and blend till it become smooth and creamy.
  7. Pat the biscuits in a pan
  8. Pour the blended filling on the biscuits in the same pan
  9. Bake it in oven with temperature bout 150-180 degree for 25-30 minutes depends on the size
  10. Remove from oven and let it cool to room temperature
  11. Top with blueberry topping
  12. Keep refrigerated overnight
  13. Then, it's ready to serve..!!~
Easy right? So, for those who are craving for this stuff, don't wait any longer. Juz buy the ingredients at zam zam market (all of the above things are provided there), make and taste this really high calorie cheesecake. =P

p/s 1: Also, you can change digestive biscuits to others like NEO (similar with OREO) without cream. And put some of NEO biscuits into filling.

p/s 2: Topping also can be changed depends on your creativity.

p/s 3: Don't stick to one recipe only. Try to modify, taste and enjoy..!!~

While eating, remember to give some to others at least to ur nearest neighbours. ^_^

Narrated Abu Shuraih Al-Adawi: My ears heard and my eyes saw the Prophet when he spoke,
"Anybody who believes in Allah and the Last Day, should serve his neighbour generously, and anybody who believes in Allah and the Last Day should serve his guest generously by giving him his reward."

It was asked. "What is his reward, O Allah's Apostle?"

He said, "(To be entertained generously) for a day and a night with high quality of food and the guest has the right to be entertained for three days (with ordinary food) and if he stays longer, what he will be provided with will be regarded as Sadaqa (a charitable gift). And anybody who believes in Allah and the Last Day should talk what is good or keep quite (i.e. abstain from all kinds of dirty and evil talks)."

Wassalam~

Friday, March 19, 2010

HLS~SUKSES'10~Genap 20

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Assalamu3leykum wbt.

Apa khabar pembaca-pembaca budiman sekalian? Huhu.. Lamaaa saya tak update kan? 2 bulan tuu.. Banyaaaakkkk sebenarnya nak cerita. Tapi masa berlari tersangatlah laju dan tugas yang membebani agak banyak. Alhamdulillah, setelah sekian lama tak update, hari ini Allah bagi kesempatan dan kerajinan untuk menaip dalam blog yg comel ini. hehe.. no offense~

Ok, sebelum teruskan bacaan, ada peringatan nih. Post kali ini maybe akan jadi panjang. Sebab 2 bulan tak update kan. Huhu..

I.Allah, akan ada 3 isi utama. Patut ada 4. Tapi post ke-4 i.Allah, akan diusahakan lain kali.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Mid-Term Exam Hematolymphatic System (HLS)

Alhamdulillah, hari ini semua batch medic JUST08 dah rasa pengalaman ambil exam system yang gabungkan semua subjek yang sebelum ni ambil seketul2 je. Dah tau kot kenapa seniors semua cuak kentang tensi segala time nak exam system ni.

Semalam, time lepas solat isyak, tiba-tiba macam terfikir: exam-exam segala ni, boleh kita kait dengan sukan balapan.

Physio, Anat, Microb, Patho, Pharma, Biochem = Lari pecut 100m

HLS dan semua system2 yang ada (subjek ini merupakan compilation subjek2 di atas ye) = Lari 1500m @ Marathon

Kenapa saya cakap eh taip camtu?

Sebab, subjek2 lari 100m tu, tak memerlukan persediaan yang sangat mantap. Kire boleh lagi kalau nak study last minute macam a week before. Kire boleh pecut la jugak. I.Allah, akan sampai ke penghujung. Kalau yang memang sedia awal, memang lagi mantoopp lah kan.

And kalau HLS-compilation of the 100m subjects, buat macam lari pecut 100m, sangat lah semput. Ada yang sampai penghujung. Dan ada yang kurang mampu. So, macam semua tahu, kalau nak menang lari-lari yang panjang ni, kita perlukan stamina. Dan untuk bina stamina, kita perlukan persediaan awal dan cara yang betul. Kalau cara tak kena, tak boleh jugak kan? Sama lah dengan subjek system nie. We need early preparation and smart ways of study to excel. Sebab, otak pon perlukan stamina. Kalau kita sumbat semua banyak2 sekali, bukan semua yang akan lekat. Dan boleh jadi tiada yang lekat. Dah membazir tenaga dan masa kat situ. Dengan semput, lelah, level adrenaline tinggi segala. Mana nak ingat kan. Jadi, kita perlu jadi lebih efficient.

Tapi, kalau memang dah terpaksa last minute ya3ni a week before, jangan putus asa. Masih ada harapan walau tak banyak. Usaha sampai ke titisan darah terakhir. Tepu segala pon, try untuk tumpu supaya masa yang ada tak buang camtu2. Insyaallah, walau tak brapa nak menang still dapat sampai penghujung dengan selamat. Maybe adalah cramp ke.. pitam jap ke.. But at least, we reach the end point. Tapi kalau boleh jangan last minute lagi ye. Pesanan ditaja khas oleh blog comel untuk diri sendiri.

Ok. habis pasal exam. Doakan kami untuk meneruskan perjuangan yang pastinya lebih mencabar. Seniors kata HLS plg senang nak score. Tapi.. tak taulah. Itu yang mereka kata mudah. Yang mereka kata payah?? Huhu.. Moga Allah permudah~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SUKSES'10

Sebelum

First time saya uruskan program secara langsung (selama ni balik tabir je. -ye ke? haha-). Ok, saya sangat akui, kalau memang tak pandai bahagi masa, memanglah akan berterabur semua kerja-kerja lain especially study. Time mesyuarat, orang lain study. Time nak study tiba-tiba ajk tanya dan lapor pasal kerja. Time tengah study tiba-tiba ada benda urgent pasal program nak kena settelkan. Kalau tak layan sebentar, study dah hilang focus pon. Maka, dengan ini, sangat banyak masa kat situ ye~ Memang kena plan and arrange urself betul2.


Semasa

Banyak cabaran dan dugaan program kali ni. Pagi2 tu masa nak ke stadium, hujan LEBAT ok. Tengok weather forcast. Ok, dalam pukul 8-10 i.Allah cuaca ok2. Tapi, sebab hujan pagi tu ramai yang dah mendaftar tarik diri. Ok, sangat rasa macam down time ni. Ajk2 lain pon nampak je macam tengah tensi. But then, Alhamdulillah cepat2 stabilkan diri-sendiri dengan kata2: 'Ada something yang Allah sembunyi dulu nie. Takpe2. Yang memang dah tak boleh nak usaha serah dekat Allah. Yang dah diusahakan tawakkal kat Allah. Allah tahu yang terbaik.' Then terasa ketenangan mengalir. Dalam keadaan macam ni, saya belajar dalam apa jua keadaan, pergantungan kat Allah sangat penting dan ketenangan itu milik orang2 yang bertawakkal. Boleh tersenyum~ Lagi2 bila tengok semua yang gigih datang, meredah hujan semua, happy dalam penat akhirnya. Alhamdulillah.


Selepas

Rasa lega. Terlepas satu beban yang ditanggung. Banyak benda2 yang sebelum ni tak tahu nak buat jadi tahu. Sangat berterima kasih kat yang menunjuk ajar, yang membantu, yang hadir, yang beri kerjasama semua sama ada secara langsung atau tak langsung. Orang kata, pengalaman tu satu benda yang sangat berharga. Alhamdulillah~ (Ada satu yang memang ramai kot yang perasan. Maaflah. Tapi rasa nak taip jugak. Ahli BKASJ tak ramai yang sanggup beri kerjasama. Nampak je ramai. Tapi yang sanggup turun sikit je. Maybe banyak sangat program kat irbed nie. Busy2.. Saya faham je kot kalau memang dia orang berjawatan. Tapi yang kalau yang tak de ape tu.. Huhu.. No comment~ Ada hal lain kot. Mari bersangka baik. Moga saya bukan terdiri dari orang yang hanya pandai berkata. Na3u6'billah~)

Lepas ni mesyuarat muhasabah. Nak nilai balik apa yang perlu buat dan yang tak perlu pada masa akan datang. I.Allah~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Genap 20

25 Februari 2010 -6ptg waktu Jordan
26 Februari 2010 -12mlm waktu Msia

Masa ni tengah nak buat mesyuarat penyelarasan untuk SUKSES'10.
Bunyi handset cikai lagu Maher Zain tanda ada orang call. Tapi tak sempat nak angkat. Tengok2, adeq saya. Haha.. Dah tau dah mesti nak wish. Saje SMS balik. Tanye kenapa.

"Tuk tuk tuk" SMS masuk

"Salam... Ila ukhti. Eid milad!! Hahah.. Smoga sentiasa dirahmati Allah. N sentiasa berjaya dunia akhirat.. =)"

Then, tak berapa lama lepas tu satu lagi SMS masuk.

"Kak Long, happy birthday n maulidurrasul!!! From: kitorg"
-Dari ummi, abah and adeq2 yang lain-

Pastu saya call diorang. Ummi cakap diorang sambut birthday saya dengan baca Yassin dan makan cookies. Haha.. Orang dia tak dapat makan pon cookies tuh. Anyway, thanx a lot atas doa kalian. =D

Kalau kawan2 yang first wish untuk birthday thru SMS ialah kak cemal. Ayat dia:

"Hepy besday izah..ho3..bleh ke kalo xdtg mlm ni.."

Tak datang untuk mesyuarat penyelarasan. Saya bagilah kebenaran atas sebab2 tertentu. Hehe..

Kawan2 yang lain rupenye nak buat surprise malam lepas SUKSES'10 habis. Hehe..

Maryam: Izzah, lepas program ni teman gi kedai kasut.
Saya : Ha?? Buat apa? Esok2 pon boleh.
Maryam: Alaaa.. ikut jelaaa.. Nak malam nie jugak.

Saya buat muka pelik. Macam dah syak something. Tapi takpe. Teman jelah. Dah kritikal sangat kot kasut. Tapi kasut yang dia pakai sekarang comel je lagi~ Apa-apa jelah yaamm..

Lepas program bersama kak syu dan maryam, bukan pergi kedai kasut. Pergi Chicken Way sebelah kedai kasut. Haha.. time nie macam dah syak sumthing. Tapi takpe. Buat2 tak tahu dulu. Tiba2, bell dan dayat datang naik teksi nak makan kat situ jugak. Dah la dah dapat makanan BKASJ bagi. Nak makan lagi kat Chicken Way. Lagi lah syak en. Haha.. Pastu, zul dan suha sampai bawa kek coklat. Maka tersurprise lah saya. Hahahaha..

Malam tu, memang sangatlah lapar. Dari pagi makan benda2 ringan jek. Maka, banyaklah saya makan malam tu. Heheh.. Neway, thanx a lot korang..!! Terharu2.. T_T

Housemates buat surprise esoknya. Yang ni memang surprise betul. Serious terkejut. Cume muka seposen. Lepas makan malam berempat, sembang2 sikit, kak faez bawa keluar donut berlilin nombor 20. Haha.. Comel sungguh. Lepas ambil wudhuk pulak, nampak kotak berbalut merah atas meja. Frame dari kak piya. Warna ungu dan pink. Comel2. Terima kasih teramat semua!!~

Terima kasih juga kat yang wish di mukubuka mukabuku. Dan tak lupe juga kat fad yang siap buat post kat blog khas untuk saya. Siyes rasa comel eh terharu. Haha..

Alhamdulillah, telah cukup 2 dekad saya menghirup udara. Sungguh. Banyak benda baru yang saya dapat tika menjangkau umur ini. Moga apa yang saya peroleh akan saya manfaatkan untuk Islam. Insyaallah. Doakan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Haaa.. habis sudah 3 ceritera saya. Panjangkan? Moga yang membaca dapat merasa iktibar dalam kesempoian penceritaan. Post ini juga bertujuan sebagai penghargaan kepada semua yang pernah terlibat dalam hidup saya.

Sekian~

Wssalam.

p/s 1: Post pasal travel ke Mesir sepatutnya dah ada. Tapi sampai sekarang takde2 pon. Maaf sangat. Akan diusahakan dalam masa terdekat. Inilah cerita ke-4 sebenarnya. Diasingkan sebab dikhuatiri akan bertambah berjela.

p/s 2: Post Mesir i.Allah akan diusahakan dalam English setelah mendapat permintaan ramai. Eh, x. X ramai. Sorang je. Haha..

p/s 3: Saya tak crite pasal kisah mengundi kat uni yang berlaku hari ni. Terasa gak tempias2 tragis. Tapi tak rasa tragis sepenuhnya sebab saya budak tajaan MARA. Dapat undi dangan mudah. Mahu tahu lebih lanjut, sila lihat blog2 di Jordanians' Garden. Rasanya ada budak tajaan JPA yang post pasal tu.

Saturday, January 2, 2010

Belasan=>>Puluhan (2010)

Assalamu3aleykum wbt.

Waahh... Cepatnya masa berlalu. Dah masuk tahun 2010 dan kalau mengikut kalender hijrah, dah masuk tahun 1431. Dan orang-orang yg lahir pada tahun 1990 bakal meninggal umur belasan masuk ke era puluhan. uhuh..!! Nak dekat 2 dekad dah menghirup udara di bumi Allah ni. Tapi, apa yang telah kita sumbangkan pada DeenNYA? mari sama-sama muhasabah~


Patutnya, entri kali ni dalam English. Tapi, rasa macam nak tulis Melayu. Tak pe ye.

Banyak perkara yang saya belajar dalam tahun 2009. Terlalu banyak.
Bak kata sahabat saya, Zulaikha: "Hanya sebulan kita ada kat Malaysia. 11 bulan yang lain, kita ada kat sini (Jordan)." Dan di sinilah saya belajar banyak perkara daripada hidup.

Jom senaraikan antara perkara penting yang saya belajar:-


1. Saya belajar mengekspreskan perasaan. Woo!! Bunyi lain macam. Haha.. Ekspres perasaan kat family daa.. haa.. fikir lain lah tuu.. Yup, saya akui sejujurnya, sebelum ini, saya sangat segan nak main-main perasaan ni. Nak ucap rindu, sayang, minta maaf segala. Kalau minta maaf sebelum ni pon mungkin juz time raya. Mungkin sebab saya duduk dekat dengan keluarga sebelum ni jadi tak pernah rasa nak cakap. Tapi, bila duduk berjauhan, tengok sahabat-sahabat lain mengekspres perasaan, rasa macam teringin pula nak buat. hehe.. Dan saya akui, tak rugi pon kita ekspres perasaan dengan sekali sekala kita ucap sayang. Malah, makin bertambah erat sesebuah hubungan itu. Insyaallah.

2. Erti berkorban. Sangat susahkan berkorban tu. Kecuali bila kita lakukan sesuatu tu, kita ikhlaskan hati kerana Allah, tanpa harap apa-apa balasan. Saya akui, sangat seronok berkorban tanpa mengharap balasan. Rasa tenang. Tak payah fikir 'ermm nanti dia balas apa ye? Kalau dia tak balas apa macam mana?' Tapi, still kena fikir juga untuk apa kita berkorban tu. Kalau demi DeenNYA, maka itu kita bagi thumbs up. Tapi, kalau pengorbanan tu, menyebabkan kita tersungkur dalam karat jahiliyyah perlu amat kita elak.

3. Mencari kelebihan diri dan memerhati kelebihan orang lain. Saya sangat yakin, Allah menciptakan sesuatu itu tanpa sia-sia. Ada fungsinya. Maknanya, setiap manusia itu ada kelebihan yang Allah jadikan dia mampu ketika mana orang lain kurang mampu. Jadi, mari sama-sama kita cari kelebihan kita dan orang lain untuk sama-sama kita gunakan supaya kelebihan yang dianugerah itu tidak sia-sia. Dalam masa yang sama, kita perbaiki kelemahan diri. Insyaallah.

4. Toleransi dalam bersahabat. Mungkin, kalau duduk di Malaysia, dekat dengan family segala, kita tak rasa betapa pentingnya sahabat itu. Tapi, kalau di Jordan ni atau tempat-tempat yang jauh dengan family atau tempat-tempat yang sewaktu dengannya, kita akan merasa kalau sahabat itulah keluarga paling dekat. Merekalah tempat mengadu dan bercerita segala. Boleh, nak ngadu kat mak ayah. Tapi, duduk jauh-jauh ni, takut buat mereka risau pula.

5. Analisa diri. Yup, saya akui belajar medic bukan macam SPM. Kalau time SPM dulu, saya boleh lagi study last minute, kat sini kalau study last minute abeslaa.. Especially, dah masuk second year ni. Dan saya akui, pengurusan masa dan study saya masih belum stabil.

Cuma, saya telah belajar beberapa perkara.
Kita perlu susun apa yang telah ada dalam memori. Jangan biar berterabur. Kalau berterabur, agak susah nak keluarkan kembali. Ini saya belajar time dapat markah first exam anatomy yang mngecewakan ketika first year.

Dan, saya juga belajar jangan terlalu yakin dengan usaha kita. Jangan terlalu yakin dengan usaha sehingga kita lupa mahu bertawakkal pada Allah. Ini saya belajar ketika second exam (lab) anatomy pula. (Asyik anatomy yg jadi mangsa belajar saya. Kan?) Tapi, Alhamdulillah setelah belajar 2 perkara ini saya dapat cover balik apa yang perlu dicover.

Sekarang, bak kata Kak Izz, kita perlu cari rentak belajar. Yup, saya akui rentak yang saya lakukan sekarang kurang sesuai dengan subjek-subjek yang berat terutama apabila mahu belajar mengenai sistem-sistem dalam badan (subjek ni gabung semua subjek yang dipelajari sebelum ini. Budak-budak JUST tahu lah kan. hehe..) semasa second semester nanti. Doakan saya dan rakan-rakan semedic dan dentist jumpa rentak belajar dgn cepat. Insyaallah.

6. Jangan mengangguh. Bak kata Kak Haninah, kalau kita tangguh untuk belajar sesuatu, kita mungkin tak sempat untuk melakukannya. Maka, lakukan bila ada peluang.

Saya bagi contoh. Dalam baca buku untuk exam, Pharmacology lah katakan. Untuk pengetahuan semua, material untuk subjek ini perlukan hafalan yang mantap. Jadi, perlukan cara yang mantap untuk ingat. Antara cara mengingat yang selalu digunakan adalah mnemonic. Jadi, masa baca table tu, terus buat mnemonic yang kita rasa perlu. Buat secara cepat dan unik. Mungkin, kalau kita bertangguh mahu buat mnemonic nanti, disebabkan material banyak, besar kemungkinan kita tak sempat. Tapi, jangan terlalu lama sehingga mengganggu masa untuk material yang lain. Pandai-pandai bajet masa.

Kita ambil contoh yang lebih luas. Kalau kita mahu meningkatkan diri dalam communication skill, cara bacaan Qur'an, tambah ilmu-ilmu agama sangat perlu untuk kita lakukan ketika ada peluang terutama ketika kita masih bergelar seorang pelajar. Sebab, besar kemungkinan pada masa hadapan, peluang itu tidak akan muncul semula.

7. Lastly, baru saya tahu betapa payah mahu susun satu program. Huhu.. Macam-macam mahu fikir supaya perjalanan program lancar. Sebelum ni, reti mengomen program je.

Jadi, saya nasihatkan kepada yang tak mahu pergi program yang dianjurkan tu, cuba-cuba jinakkan diri untuk buat program atau masuk dalam ajk program. Anda bakal merasa betapa payah nak buat.


Jadi, sila2 hargai mereka yang telah berpenat lelah
laksanakan program. Ngeee..

Apa-apa pun, bak kata Kak Haninah lagi, kalau tak susah, itu bukan hidup namanya. Betapa rugi mereka yang hidupnya sangat sikit berfikir. Tak mahu berfikir perkara lain selain bangun, makan, tidur, study, tanpa ada apa nilai tambah. Maka, mari sama-sama kita cari nilai tambah supaya otak yang Allah beri yang sepatutnya diguna sebaik-baiknya dapat dipergunakan semaksimanya. Insyaallah.


Itulah antara yang saya belajar pada tahun lepas. Moga saya dapat praktikkan pada tahun ini. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tak tersenarai pula. Ni pun dah panjang bebel. Cukup-cukuplah tu.

Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang telah melibatkan diri dalam hidup saya yang telah memberi banyak ilmu baru pada diri ini.

Moga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Ya Allah, jangan kau uji kami sesuatu yang kami tak sanggup menanggungnya.

Wassalam.

p/s 1: Credits to Kak Haninah, Kak Izz, dan Zul. Izzah pinjam ye kata-kata anda semua. Hehe.. Bertuah mereka ni saya ingat kata-kata mereka lalu masuk dalam blog. =P

p/s 2: Ada 2 subjek yang perlu saya tekankan untuk final exam dan mantapkan lagi subjek-subjek yang lain yang biasa-biasa sahaja. Huhu.. Doakan kami: semua pelajar amnya dan batch saya khasnya. Insyaallah, moga dapat buat yang terbaik..!!


p/s 3: Doakan kami dapat menyusun masa dengan sebaiknya terutama antara belajar dan tanggungjawab dalam batch, persatuan dan sebagainya.

~May Allah always hold us in HIS hand~

p/s 4: Cuti first sem ni Insyaallah, saya akan ke Mesir bersama Zul dan Suha. Moga perjalanan itu bukan sia-sia. Insyaallah.

p/s 5: Moga segala apa yang dilakukan mendapat MARDHOTILLAH.