Bismillah..
20 Jun 2010. Dalam train. On the way to Champ de Mars, Paris, France.
Eiffel Tower, Champs De Mars
Champs De Mars Garden
"Excuse me sir. Could you translate it for us?"
"Oh sure. There is someone who wants to commit suicide. So, the train can't move."
"Oh. thank you sir!"
"Ceh. Nak bunuh diri tak payah la kat sini. Terus je lompat dalam sungai sebelah nie. Abis cerita. Menyusahkan betullah."
"Haha.. Dia saja nak attention kot. Bukan betul-betul nak bunuh diri."
Heh, selalu tengok orang nak bunuh diri ni dalam tv jek. kali ni kat depan mata. Err.. depan mata ke? Tak tak. Depan train. Tak dapat tengok pon muka orang nya. Cuma nampak lah orang dok pujuk-pujuk jangan bunuh diri. Polis, ambulans, bomba pon ada.
Hati saya: Al7amdulillah, aku diberi nikmat Iman dan Islam. Apa-apa yang berlaku, terus kembali kepada Allah. Tak kira baik atau buruk.' [muhasabah]
Abi Yahya Shuhaib bin Sinan ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada perkara baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadits riwayat Muslim)
Susunan Allah itu yg terbaik kerana tentunya jika Yang Mencipta yang merangka pelan untuk hasil ciptaanNya maka pastilah itu rangkaan yang tercantik.
Moga redha Pencipta menjadi milik yg dicipta juga moga yg dicipta redha dengan pelan yang telah dilukis untuknya.
p/s 1: doakan yang terbaik.
p/s 2: doakan yang terbaik.
p/s 3: doakan yang terbaik.
p/s 4: terima kasih.
0 comments:
Post a Comment