Pages

  • RSS

Friday, November 5, 2010

Lemba..

Bismillah..

"Long.. nah.."
"Apa nie?"
"Cuba rasa..."
"Boleh makan ke?"
"Laaa.. pasai pa tak boleh makan pulaakk.."
*makan takut-takut*
"Rasa apa?"
"Manis yang pelik.."
"Hehe.. Cuba pi minum ayaq.."
"Kenapa?"
"Pi la minum...."
*pergi dapur ambil air dan minum sambil berkerut*

Tahu kenapa? Sebab pelik. Buah yang ayah saya beri untuk dirasa dah tak ada dalam mulut. Tapi.. rasa manis dia still ada di lidah. Malah makin manis. Makin rasa mahu minum air. Air kosong itu rasa seperti ditambah gula. Padahal air biasa.

"Nama apa buah nie, abah?"
"Buah lemba..."

Saya rasa buah lemba ini sangat menarik. It's sooo interesting.. Bak kata Dr. Ziyad Nasir dalam lectures Microb + Immune.

Kalau difikirkan, buah lemba ini tak ada lah popular mana. Bukan tak popular mana. Memang tak ramai orang kenal. Tapi sekali orang diperkenalkan dengan buah ini dan rasa kemanisan air yang disebabkan oleh buah itu, memang ensyaallah orang tak akan lupa kewujudan dia.

"Buah ni untuk orang yang ada high blood pressure.."
"Ohh.. "
*sambil cuba ingat-ingat apa ubat untuk orang yg sakit darah tinggi yang dah belajar dalam cardiovascular system.*


p/s 1: Jom maniskan orang sekeliling dengan apa yang kita mampu macam buah lemba. ^_^

p/s 2: Doakan ikhlas menjadi milik kita dalam setiap apa yang kita lakukan.

p/s 3: Moga Allah jauhkan kita drpd sifat dengki dan iri hati terhadap kawan-kawan di mana jika dengki dan iri itu diterjemah dalam bentuk perbuatan.. akan musnah satu ikatan. Biarlah jika iri itu wujud, kita saling mahu bersaing bersama dan saling melengkapi. Bukan saling memusnahkan. Ameen..

p/s 4: Doakan keselamatan Irbed yang makin meruncing. Oh rindukan Irbed yang dahulu. Aman. Moga Allah beri kesempatan merasai nikmat aman itu lagi.

5 comments:

glimmery0f_prideGuard said...

loong~
abah bace.. wakakakakaka..
abah kate, camtuh p0wn nk crite kat org~

hahahaha..
abah gelak saje.. ye laaa.. kan crite psl dy.. suke la tuh~

n_n

haha,

nima said...

haaaa???
abah baca???
hahahahaa..
xsgka abah bce blog.
nie msti ipah yg bg link kann..

msti abah bangga anak gadis die crite pasal beliau kan.. huahuahua..

ainshams said...

salam ziarah izzah,
jaga irbid lek lok eh =D
smg selamat semuanya insya Allah

Anonymous said...

uh..org bandar sungguh..
buah lemba pun x tahu..=)

nima said...

kak ain:-
wowow.. ex NYDP mencemar duli.. haha..
doakan kak ain.. ^^

anonymous:-
aah.. saya anak bandar. bnyk bnde kampg xtau..