Pages

  • RSS

Friday, July 3, 2009

Kaki Ini Menjejak ke Tanah Itu.. -Turkey 1-

Salamullahi 3alaykum..

Entri kali ini adalah khas untuk menceritakan pengalaman serba sedikit serta gambar-gambar (ni yang banyak kot..haha..) kami yang telah melencong.. eh, melancong ke Turki pada cuti semester kedua yang lalu.

Antakya

-Masjid Habibinnajar (orang Turki akan membunyikan huruf 'c' dgn 'j'. Makanya, mereka mengeja Habibinnajar seperti ini: 'Habibi neccar')

  • kisah habibinnajar ini diceritakan dalam surah Yaasin ayat 13-29. Yakni tukang kayu yang telah berusaha mengajak kaumnya mengikut ajaran yang dibawa oleh 3 orang nabi. Namun beliau telah dibunuh.

  • di sini terdapat makam habibnnajar dan syam'un iaitu salah seorang nabi yang telah diutus.
  • terdapat juga makam nabi Yahya + nabi Yunus A.S.
-Great Mosque (Ulucami)

  • masjid terbesar ketika zaman Turki Uthmani
Konya

-Dewan Kebudayaan Turki

  • menonton persembahan tarian Darvis (sebut 'v' dengan 'w') yang diasaskan oleh Mevlana (Maulana mereka) ketika zaman Raja Seljuk.
  • selepas persembahan tamat, kami dikerumuni oleh orang-orang Turki. Mereka sangat-sangat menghargai tetamu. Huhu.. terharu.. saya antara yang dipeluk cium. Tergamam dibuatnya. (blurr..orang nak ambil gambar senyum dengan blurr. haha. Walaupun tak berapa faham eyh.. tak paham langsung bahasa makcik2 Turki itu, mereka amat2 gembira dengan kedatangan kami. Mereka cuba juga untuk berinteraksi walaupun kami hanya angguk2 dan geleng2.. haha.. macam ayam bercakap dengan itik jek.)
-Masjid Alaeddin Keykubad



-Muzium Zaman Seljuk

  • pada zaman seljuk, ianya merupakan sebuah madrasah
-Masjid Iplikci (Iplikci cami)


-Masjid Sems-i Tebrizi

  • terdapat makam tok guru kepada Jalaluddin ar-Ruzi (Mevlana) dan makam Dervis Ahmad (terkenal dengan tarian Darvis)
-Masjid Sherafeddin

  • dibina pada zaman Turki Uthmani
-Masjid Selimiye (Selimiye Camii)


-M
uzium Mevlana
  • muzium yang jika tidak masuk maka tidak lengkap trip Turki -ustaz zaid n ustaz hazimin-

  • terdapat taman bunga ros di bahagian belakang. (ramai tak perasan..hehe..thanx to nuha and ijan yang mengajakku.
Perjalanan ke Bursa

-Ladang gandum

Bursa

-Great Mosque (ulucami)

-Pasar sutera

  • Bursa terkenal dengan pasar sutera. (tak beli apa2 pon kat sini..haha..kurang berminat kot sebab sutera mana boleh masuk mesin..) -depan pasar sutera sahaja ada gambarnya. huhu..-
to be continued.. Insyaallah..

6 comments:

Unknown said...

salam..
kaifa hal ukhti?

erm..bila ingat izzah ni, mesti kami ingat tukang buat poutry! hehee..

kenangan manis tu.. ;)

nima said...

Wsalam wbt..
Alhamdulillah, kuwayyis.

haha..
segan bile teringat peristiwa itu..
(blushing)

Anonymous said...

haa.. bkn iran~
turkey..

hehe ade mkn ayam turkey x??

nima said...

bnyk la ayam turkey..
haih..

Mawi said...

rugi2...asal tak tanggap picture awek2 turkey, diorang cun2 pe

nima said...

ada je.
tapi x letak kat sini.