Pages

  • RSS

Saturday, May 9, 2009

Tika dalam Fatrah Imtihan Ukhuwwah..

Assalamu'alaikum wbt..

Macam selalu.. Maaf lama tak mengupdate blog sebab exam memanjang.. haha.. Itulah kehidupan sebagai salah seorang pelajar di Jordan University of Scince and Technology.. Ok2.. kita terus kepada tajuk utama kita.. "Tika dalam Fatrah Imtihan Ukhuwwah"..

'Apsal aku cepat sangat terasa hati eyh? Rasa macam nak marah pon ada. Eisy.. Padahal dia tak buat apa pon.. Uh...!! Apsal nie..?? Alhamdulillah, masih lagi dapat bertahan. Kalau terluah tadi.. Eisy..'

"Izzah, apsal ana rasa sejak kebelakangan ni ana makin sensitif eyh? Macam nak cepat marah je.. Eisyhh.. Nape ek? Ana ada masalah apa eyh?"

Siapa pernah berperasaan macam dua watak atas ni? Angkat kaki..!! Sorry, tak nampak.. Heheh..

Andai anda belum pernah merasai, tak mengapa. Namun bagi yg pernah merasai, mesti tertanya-tanya kenapa perlu rasa begitu? Huhu.. Kalau mahu tahu, saya (guna saya lah pulak. Nak gune penulis panjang..haha) pernah rasa. Dan pertama kali saya rasa perasaan ini adalah di Jordan ketika saya hidup bersama sahabat-sahabat. Bukan lagi bersama keluarga tercinta..(oh..haha..homesick jap). Pertama kali merasai perasaan ini, saya kira, saya ada masalah dengan hati. Maka saya tahan setiap kali perasaan itu datang. Apabila saya tahan, saya akan jadi pendiam. (tapi selalunya orang tak tahu sebab muka relax..heh..)

Tidak lama selepas perasaan aneh itu timbul tenggelam, baru saya tahu bukan saya seorang yang merasainya. Ada orang lain rupanya. Bagus2.. Itu tandanya, saya bukanlah seorang yg abnormal utk dapat merasai perasaan sebegitu. Namun, timbul tanda tanya. Kenapa ye? Hurmm..

Setelah lama bermuhasabah, berfikir, mendalami lautan hati dan jantung, maka tersimpul satu jawapan. Mahu tahu? Teruskan bacaan anda. Terima kasih kerana mahu meneruskannya.. (poyos)


'Kenapa ye? Hati mudah terasa mahu marah. Syaitankah? Uh.. tak habis2 syaitan ni. Dari datuk aku yg bernama Nabi Adam lagi kerjanya mahu menggelincirkan manusia.. Tapi, pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Apa ye? Hurmmm.. Kalau Allah bagi sesuatu yang kurang baik itu, ada 2 petanda. Satu sebagai kafarah dosa. Dan satu lagi sebagai ujian. Haa.. Ujian..! Allah mahu uji ukhuwwah antara kami. Apakah sebenarnya kukuh atau dalam kata yang lain ikhlas kerana Allah atau tidak. Ye! Rasanya, aku dah dapat jawapannya. Hurmm..kiranya, kalau aku dah tahu tika itu Allah sedang menguji, maka aku perlu bertahan. Yup..! Bersabar.'


Jadi, jika anda ada mengalami symptom2 yang tersebut, ketahuilah bahawa anda sedang diuji. Atau yang lebih tepat, hubungan anda sedang diuji.


Apabila salah seorang sahabat menyedari, mereka berada dalam 'Imtihan Ukhuwwah'(ukhuwwah pon ada imtihan kan? heheh.. Bukan OC,Physio,Anat,Histo and Eng je en..heh,sorry merepek jap..), maka sepatutnya yang menyedari itu, bersabar dan memaafkan jika ada dari bahagian hatinya yang terluka atau tercalar. Jangan biar kesan parutnya merosakkan hubungan sesama anda.


Mungkin, kalau kita selalu bersama dan semakin intim.. (ahaks..sejantina okeyh..) maka ujian itu akan datang mahu menduga, apakah hubungan itu benar-benar erat atau hanya palsu-palsu sahaja. Fikirkan..


Sebaiknya, kalaulah kita sebagai manusia biasa yang kadang-kadang hilang kesabaran atas banyak faktor (x yah cakap la faktornya. Semua tau kot.. Hehe.. bergantung kpd orang tu sebenanrnya..) dan telah 'ter'tinggi suara, 'ter'kasar bahasa, atau apa-apa sahaja yang 'ter' mari sama-sama tundukkan ego meminta maaf. Dan jika kita adalah orang yang terluka antara kita, cuba kita berlapang dada memaafkan mereka. Jangan simpan dendam, jangan simpan benci. Sebab semua itu hanya menyesakkan. Percayalah, jika kita ambil mudah dengan memaafkan sahabat, hati akan jadi lebih tenang dan ceria.. (x caya sudeyh..)

Seperkara lagi, kadang2 cemburu pon merupakan ujian juga. Terutama sebagai seorang student, selalunya cemburu apabila ada antara temannya mendapat markah lebih tinggi. Saya akui saya baru sahaja alaminya.. Namun masih dalam kawalan. (kantoi.. haha). Kadang-kadang, cemburu itu perlu untuk menimbulkan semangat persaingan. Namun, jika melebihi hadnya, ia bakal menjadi bahana.

Dengan ini, saya mulakan dengan diri saya dahulu.. kepada ahli rumah Tasneem (nama rumahku di Jordan ini..Siap ada nama..heheh..) =kak piya,kak faez dan zul.. terutama Zul@Siti Zulaikha bt. Hairuddin saya meminta maaf kalau ada terkasar bahasa sehingga mengguris hatimu. (Kadang-kadang kite mmg keras kepala..Huhu..Kat umah Msia pon camtuh..) Dan tidak lupa juga kepada Ikin @ Nur Shamilah Ashikin, jiran rumah atas dan Fad@fatin Adilah Khairudin, serta Fana@Farhanah Tajuruddin, sebagai tetamu study group time nak exam..hakhak.. Juga kepada semua sahabat-sahabat lain.. huhu.. (Cam nak raya lak minta maaf.. Tula, patutnya minta maaf bukan waktu raya je.. Ermm adat Melayu..huhu..)


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemesraan hati2 ini dan tunjukkan jalanMu. Penuhkan hati2 ini dgn cahaya rabbaniMu yg tak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat tentangMu dan matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.. Ameen.."

p/s: Jangan lupa doakan sahabat2 kita dengan perkara yang baik2 kerana malaikat akan mendoakan kita dengan apa yang didoakan untuk sahabat kita itu.. ^_~


Wassalam..

Tuesday, April 14, 2009

Medical Students' Paths

Salamullahi'alaikum..

It had been quite a long time i didn't update my blog. I was quite busy with the exams lately. And now all the first exams have finished. And starting from now, I have to prepare for the next second exam. Huhu.. Pray for us.. ^_~

I bet it is not too late for me to congratulate all the SPMians 2008 including my sister who got 10 1As n 2 2As. Hehe.. Congrat!! Even though someone said that u couldn't challange me with ur result but actually u've already challenged me before you got ur SPM result. Why? Coz when i know u were the one who have been accepted into Darul Qur'an, frankly i said i was very jealous. Huhu.. But i know.. Allah has arranged something better for me and you.. Insyaallah.. Anyway, all the best for ur MARA interview.. ^_~

26th February 2009.. I have lived in this world nearly for 2 decades. I'm 19 now. Huhu.. "Hope that i become more matured.." (my friends' wish for me..) Anyway, thank you for the surprise.. Really appreciate it.. Special thanks for my family. Especially for my parents.. Without both of you i wish i don't know who i am right now. Miss to be at home so much..!! (homesick uh..??)
____________________________________________________________________________________

MEDICAL STUDENTS' PATHS


Smart right?? Heheh.. i got it from my cousin. But yet, before we can go deeper in our future careers we have to excel in our studies first.. Yeah..!! 5 more years to go!! Don't give up coz when Allah has given us a chance to study medicine, that means we have the ability to go through this medical students' path.. Insyaallah.. (Same with all courses actually.. ^_~) Keyh, have to go back to bookss.. huhu..

p/s: Anyway, the post about Jelajah Jordan 4 n 5, maybe i'll only upload the photos with little discription about the photos.. Insyaallah..

Wsalam..

Monday, March 9, 2009

Pusing2 Jordan 3

31 Jan 2009

Makam Nabi Yusha' b. Nun a.s.

mendgr dgn khusyuk di makam Nabi Yusha' a.s.


telaga yg terdapat di kawasan luar makam..


bahagian luar makam..

"Berkata Musa kpd anak muridnya.." (Al-Kahfi:60)
-menurut ahli tafsir, anak murid Nabi Musa yg disebut dlm firmannya di atas ialah Nabi Yusha' b. Nun.
-nama sebenar: Yusha' b. Nun b. Afraim b. Yusuf b. Yaaqub b. Ishaq b. Ibrahim.
-menurut ahli kitab baginda merupakan sepupu kpd Nabi Hud
-namanya jelas tercatat dlm kitab Taurat
-makam tersebut dikatakan sebagai tapak rumah baginda

Makam Nabi Syu'ib
makam Nabi Syu'ib a.s.

-diutuskan kpd kaum madyan
-Madyan=nama salah seorang putera Nabi Ibrahim. Kemudian menjadi satu kabilah
-mereka menyembah Aikah=kawasan padang pasir yg ditumbuhi beberapa pohon dan tanaman
-nama sebenar: Syu'ib b. Mikyal b. Yasjar b. Madyan b. Ibrahim Al-Kholil

-digelar sebagai khatib para rasul oleh ahli tafsir kerana mahir berpidato
"dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dan jgnlah kamu kurangkan bagi manusia brg2 takaran dan timbangannya dan jgn kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yg demikian itu lebih baik jika betul2 kamu org2 yg beriman. dan jgnlah kamu duduk di tiap2 jln dgn menakut2kan dan menghalangi org2 yg beriman dgn jalan Allah.." (Al-A'raf:85-86)
"kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat2 yg bergelimpangan di dlm rumah2 mereka.." (Al-A'raf:91)
-bala kpd kaum Madyan: Udara menjadi panas dan terik matahari pada hari itu amat membakar kulit dan mnegeringkan kerongkong sehingga mereka amat2 dahaga. Seterusnya disusuli dgn percikan api drpd awan dan dentuman guruh petir dgn ledakan yg dahsyat, sementara bumi bergoncang dgn kerasnya.
-berlaku di Wadi Syu'ib. Namun ada pendapat lain mengatakan ianya berlaku di persisisran Laut Merah di negeri Madyan sendiri.
"Hai kaumku , jgnlah hendaknya pertentangan antara aku (dgn kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat sehingga kamu ditimpa azab seperti yg menimpa kaum Nuh/kaum Hud/kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu.." (Hud:11)

Tugu Peperangan Karamah, Shounah Janubiah

tugu karamah

-1968-berlaku peperangan di antara rakyat Palestin dan Israel
-tentera Jordan campurtangan
-tentera Israel berundur di bawah arahan dan kuasa tentera Jordan
-rakyat Palestin mengenangkan peristiwa tersebut sebagai tanda kemenangan dari penguduran Israel
-tentera Israel menganggap kemenangan di pihak mereka dgn alasan jumlah tentera Palestin yg terkorban lebih banyak drpd tentera Israel.

Laut Mati - kawasan terendah dunia
laut mati

-telah berlaku kekalahan bangsa Rum di utara Laut Mati (kawasan Scythopolis hingga ke Pella)
-ditewaskan oleh kaum Majusi yg menyembah api dan berhala

-kaum Musyrikin menyambutnya dgn penuh kegembiraan manakala Muslimin berdukacita.

-telah berlakunya kejadian bala kpd kaum Nabi Luth a.s.

-Nabi Luth=anak saudara Nabi Ibrahim
-kaum tersebut dibinasakan oleh Allah disebabkan melakukan perbuatan terkutuk iaitu homoseks ~uh! sekarang ramai yg jadi pengikut kaum Nabi Luth.. Ya Allah, lindungilah kami dari perbuatan terkutuk itu..~
"dan (kami juga mengutuskan) Luth (kpd kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kpd kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu? yg belum pernah dilakukan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki utk melepaskan nafsumu (kpd mereka), bukan kpd wanita, malah kamu ini kaum yg melampaui batas.."" (Al-A'raf:80-81)
-setelah dakwah baginda x berhasil, maka berdoalah baginda supaya ditimpakan bencana
terhadap kaumnya yg sudah melampaui batas.
"maka tatkala datang azab kami, kami jadikan negeri kaum Luth itu di atas ke bawah, dan kami hujani mereka dgn batu dari tanah yg membakar dgn bertubi-tubi.." (Hud:82)

-antara bahan Laut Mati: al-Khor-diguna utk mengawet mayat2 fir'aun Mesir


first time naik unta uh..!! hakhak.. ^_~

Jabal Siyagha, tempat persinggahan Nabi Musa a.s. (Mount Nebo)

mount nebo yg kini menjadi tempat suci org2 Kristian.. ciss..

-merupakan persinggahan Nabi Musa a.s. di dlm perjalanan ke tanah Palestin
-kini menjadi tempat suci bagi agama Kristian.

antara yg menarik perhatianku.. hehe..

siapa kenal lambang nih?? angkat tangan..!!

to be continued.. (bile nak abis entah.. haha.. neway ada 2 hari lagi.. Insyaallah akan disiapkan.. sorry tangguh2.. coz sekarang makin busy dgn exams + subjek2 yg lbey tough dari first sem.. doakan..!!)

Sunday, February 22, 2009

Pusing2 Jordan 2

30 jan 2009

Qasr Kharranah
-Qasr=istana & Kharranah=arnab padang pasir
-Suatu ketika dahulu kawasan tersebut dikatakan dipenuhi oleh arnab padang pasir
-Dibina pada zaman pemerintahan kerajaan Umawiyah. Buktinya: penemuan tulisan khat kufi pada salah satu bilik bahagian barat di tingkat 2.
-digunakan untuk pertemuan para pedagang

Qasr Kharranah

Antara binaan dalamannya.. Bkn mcm kota A Famosa eyh.. yg cume ada pintu kota.. huhu.. Bangunan ni masih boleh dikatakan lengkap dengan tangga2 dan bilik2 walaupun dah runtuh2 sikit.

Tulisan khat kufi yg menjadi bukti binaan ini dibina pada zaman Umawiyah

Quseir Amra
-dibina oleh Khalifah Walid I pada zaman Umawiyah
-berfungsi sebagai Hamaam (bilik mandi). Ni kirenye mcm SPA orang dulu2.. huhu..

Quseir Amra

Kubah Syurga di bilik hangat (caldarium) - lukisan memaparkan buruj..

Kincir air yg digunakan utk membekalkan air utk kegunaan SPA

Gua Ashabul Kahfi
-"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu..." (Al-Kahfi:17)

Lubang yg dimasuki cahaya di bahagian atas gua tersebut

-"...setelah itu maka mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui hal ehwal mereka." Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka." (Al-Kahfi:21)

Di atas gua ini ada peninggalan rumah ibadat. Pada mulanya ianya adalah rumah ibadat org Nasrani. Kemudian, pada zaman Umawiyah ianya berfungsi sebagai masjid.

Terdapat bintang segi 8 di bahagian tepi Nawawis (kubur org Nasrani) menandakan zaman Rum Byzantium.

Tulang yang terdapat di dalam Nawawis. Dikatakan ianya adalah tulang salah seorang pemuda2 tersebut.

Jabal Qal'ah (Philadelphia)
(pernah mkn makanan nama philadephia x?? haha.. ada kat mat'am Abu Mahmud.. Sandwich daging dan mushroom msk lada hitam rupenya.. ^_~)
-pernah diduduki dari zaman Rum Byzantium hingga zaman kerajaan Umawiyah.
-merupakan salah satu kota daripada Decapolis(rujuk post sebelumnya)
-Antara binaan yang masih kekal di sini:-
  • Kuil Hercules-dibina oleh Maharaja Marcus Aurelius

  • Great Audience Hall-kompleks istana dan kawasan rehat kota-dibina ketika zaman kerajaan Umawiyah

  • Reservoir-pusat takungan air utama untuk disalurkan ke seluruh kota

  • Menara Abbasiyah-dari sini pemandangan wasatul balad Amman dapat dilihat dgn jelas
Wasatul balad Amman.. (agaknyelaa haha.. x pasti sebenarnya. Sape tau ckp eh.. hehe..)
  • Perkuburan lama Islam

Muzium Jordan
-Antara yg menarik perhatian ialah:-

Tulang-belulang mayat bayi yg disimpan di dalam jar dan disimpan di bilik bawah ruang tamu utk menandakan yg bayi tu ada dlm kalangan mereka walaupun sudah mati. (tradisi Mesopotamia, Mesir dan Palestin - zaman dulu2)


Tears bottles. Digunakan pada zaman Rom

Muzium Kereta Diraja Jordan
-muzium pertama diwujudkan di negara Arab
-mempamerkan 80 buah kereta dan motosikal yg digunakan oleh raja2 yg pernah memerintah Jordan. Kebanyakannya adalah dari zaman Raja Hussein bin Talal bin Abdullah.

Kata2 Raja Al Hussuin bin Talal


Antara kereta2 yg ada di situ..


Antara motosikal2 yg ada di situ..

To be continued..

Tuesday, February 10, 2009

Pusing2 Jordan 1

Assalamualaikum w.b.t.

Berakhirnya exam kertas terakhir pada 27 Januari lalu menandakan berakhirnya semester pertama bagi tahun pertama dan bermulanya cuti selama lebih kurang 2 minggu. Yeayy!! "Cuti itu satu nikmat.." bak status salah seorang senior di sini. Kenapa ye? Yelaa.. inilah masanya untuk release tension lepas berhempas pulas dengan exam yg dilaksanakan hampir tiap minggu di Jordan nie. Tapi, kadang2 cuti itu juga boleh menyebabkan berlakunya pembaziran masa kalau x dimanfaatkan sebaiknya. Hurmm.. cuti nie, penulis pergi pusing2 Jordan melawat tempat2 bersejarah, merenung kembali kisah2 dalam al-Qur'an..

29 jan 2009
-perjalanan kami bermula pada hari ini di bawah kelolaan Ustaz Hazimin dan Ustaz Zaid. Maka, penerangan tempat2 yg dilawat adalah berasaskan rujukan buku Jelajah Jordan 2009-

Umm Qays
-dikenali sebagai Gadara
-merupakan salah satu bandar dalam Decapolis (himpunan 10 buah kota di bawah pemerintahan Rum yg terdapat di Timur Tengah)
-pernah dikuasai oleh Greek, Rum, Bizantiyum dan Islam
-binaan ketika Rum Greek= batuan hitam (Igneous)
-binaan ketika Turki Uthmaniyah= batuan putih (limestone)

Pemandangan di Umm Qays

Pemandangan Bukit Golan di mana di sebaliknya terdapat Tasik Tobari yg kini milik Israel

Kota Ar- Rabad, Ajlun
-dibina oleh Panglima Izzudin Usamah= anak saudara kepada Panglima Salehuddin al-Ayyubi
-tujuan pembinaan:-
1.mengintip pergerakan tentera salib
2.penguasa terhadap lombong2 besi
-tapak asal: rumah pendeta bernama Ajlun (pandangan ini ditolak setelah kajian mendapati bahawa tapak kota ini pada asalnya ialah kesan tinggalan kerajaan Rum.
-pada asalnya kota ini mempuanyai 4 menara dan di setiap bilik tentera terdapat 'slit' utk tujuan memanah.Kota Ar-Rabad, Ajlun


Pemandangan dari atas Kota Ar-Rabad, Ajlun

Kota Jerash
-pernah berada di bawah taklukan Alexander The Great
-Jeneral Pompei dari empayar Rum menukar nama Jerash kepada Gerasa=63 sblm Masihi
-Maharaja Trajan melancarkan serangan ke atas pusat Nabatean di Petra=106 Masihi
-Tugu Hadrian (tugu kejayaan) dibina sebagai meraikan kedatangan Maharaja Hadrian=130 Masihi
-Islam menguasai Jerash dan kegemilangannya pada zaman Umawi=636 Masihi. Terkenal sebagai lombong perak dan gangsa serta kawasan industri tembikar.
-dilanda gempa bumi=749 Masihi. Penduduknya jatuh merudum kepada 4000 org sahaja.
-juga merupakan salah satu bandar dalam Liga Decapolis

Tiang2 di belakang itu boleh bergerak..!! (utk tujuan mengesan gempa bumi)

Menikmati keindahan tiang2 di Kota Jerash

To be continued.. Insyaallah

Tuesday, January 27, 2009

It's for Zulaikha+Kak Arina

Salamullahi'alaikum..

Before you read my post this time, I would like to tell you that this post is just to answer the tags from Zulaikha and Kak Arina. So, If you hope to read something that will bring benefits, please go to another blog.. Thanx..!!
______________________________________________________________________________
  1. hanisah
  2. iman
  3. kausar
  4. mardhiah
  5. naya
  6. nuha
  7. sarah
  8. solehah
  9. tnoe
  10. kak arina
Who is no.2 having relationship with?
I don't know..

If no.7 and no.10 be together, would it be a good thing?
Same answer with you Zul.. Totally not.. HARAM..

How about no.5 and 8?
Same answer with the above question

Where is number 1 studying?

Erk.. Ermmm.. Matriks.. Where?? Sorry, I forgot..

When was the last time you have chat with no.9?
Ermm Don't really remember.. But I think it's about 2-3months ago I chatted with her on the cbox at her blog.. =P

Is number 4 a single?
Maybe..

-Tagged by Zulaikha-
_______________________________________________________________________________

1. My friends are my family here.

2. I'm listening to sound of 'Sahab' (something that is used to pump water)

3. Maybe I should go to 'Taklimat Jeladah Jordan' now. I'll continue after this.

4. I love to sleep if i'm tired.

5. My plan this holiday is to travel around Jordan and then going to Syria.. Hehe..

6. I don't understand why do you still read this post.

7. I lost.. I don't know what i lost. Maybe nothing till this time.

8. People say 'Time is money'. No. I don't agree with this coz we cannot get back the time that we have wasted.

9. I'm missing someone..

10. Love means caring. Caring means sharing. Sharing means everything. Haha..

11. Somewhere on the earth, there is me typing this post.

12. I'm always searching for my soul.

13. Forever seems.. no idea.

14. I do not want to repeat year in my study!! Insyaallah.. Pray for me. Also for all my friends. I want to graduate together with them without repeating any year.

15. My mobile phone is black.

16. When i wake up in the morning, i take a glance at my phone watch.

17. I get annoyed if it is difficult for me to understand something.

18. Parties are... depends on my mood and the party's surroundings.

19. Today I've finished my last exam for the first semester, first year in JUST.

20. Tomorrow I'll watch movie or maybe go shopping. Depends on my mood.

21. I really want to fill my stomach.

22. I miss my family

23. What is your phone brand?
~Nokia

24. The last three digits of my number are 178

25. What does the second message in your inbox say?
~(Arabic language) -Orange-

26. Who was the last person you rang?
~Zulaikha

27. Who was your last missed call from?
~Um

28. What does the oldest message in your inbox say?
~"Sorry kacau.. Rinduler sbb tu bg msg nie.. Malunye.." -Ngah-

29. Who comes after J?
~H

30. Go to your messages, see what the 10th message say?
~"We have added the free monthly 3 JOD to your Messaging balance; you will get the next free monthly messaging balance on 24-02-2009 if your line remains active" -Orange-

31. Who is your network provider?
~Umniah

32. How many messages are there in your inbox?
~152

33. Who do you have on speed dial 3?
~Nobody

34. If you are using prepaid card, how much credits do they have?
~5 JOD

35. Who is the first person who comes after C?
~D

36. What do you have as your main ringtone?
~Look into My Eyes by Outlandish

37. Pass this quiz to 10 people.
~Anyone who want to do it, just do it.

-Tagged by Kak Arina-
___________________________________________________________________________

Finished with the tags. Hoping for no more tag after this.. Huhu..

Wassalam..

Sunday, January 4, 2009

Penjuru Aku..??

Assalamu'alaikum w.b.t.

Maaf, sudah lama tidak meng'update' blog ini. Kalau mengikut apa yang tertera di 'archieve', hanya sekali sahaja aku menulis 'post' bagi bulan Disember. Kenapa? Sebab masa tidak mencukupi.. Benarkah? Atau mungkin diri ini tidak pandai menyusun masa? Erm, mungkin ya. Tapi, punca utama masa tidak cukup.. aku terlalu suka bermalas-malasan. Terlalu memanjakan diri!! Ingatlah wahai diri, jangan begini! Tegaslah terhadap nafsu malasmu! Kalau tidak, kau akan ketinggalan..!! Ayuh diri.. Bangkit!! -(penggunaan aku menunjukkan baris-baris tulisan di atas adalah untuk diri penulis)

"Kita adalah duta-duta kecil Islam. Maka peliharalah penjuru milik kita supaya Islam tidak diserang dari sudut itu.." -Kak Ahiyasah, Universiti Yarmouk, tahun akhir

Serangan fizikal atau luaran
Serangan Israel di Gaza yang berlangsung hingga ke hari ini betul-betul menjadi kejutan buat orang ramai. Sungguh tidak disangka. Namun begitu, dari sini kita dapat lihat apakah umat Islam masih bersatu atau tidak? Cuba kita lihat pemimpin-pemimpin Islam di negara Arab sendiri. Apakah yang mereka lakukan? Dengar-dengar ada yang menhalang bekalan ubat dan makanan. Erm, apakah yang telah terjadi kepada mereka ini sebenarnya? Kenapa tidak mahu turun membantu? Takut? Entah.. Biarkan.. Berbalik kepada diri.. Apa yang mampu dilakukan? Insyaallah, berdoa, cuba bersatu dan membantu mengikut kemampuan.

Serangan pemikiran atau dalaman
Sementara itu, di Malaysia+Jordan+negara-negara Islam yang sewaktu dengannya juga sedang mengalami serangan. Serangan apa? Serangan apa lagi kalau bukan pemikiran. Kalau serangan di Gaza baru sahaja berlaku, serangan di negara-negara ini lebih parah kerana telah berlaku lama dahulu dan semakin lama bertambah parah!

Tak payah lihat jauh-jauh, lihat pada diri sebab hanya diri sendiri yang dapat mengubah diri. Mari kita kembali bermuhasabah. -solat bagaimanakah? Masa dimanfaatkankah? Pakaian, caranya? Hubungan sosial mengikut syara'? Fikirkan wahai diri yang sedang menulis.. Fikirkan wahai hati yang sedang membaca.. -Jangan hanya berfikir..Bertindaklah!!

Adakah kita mempertahankan Islam dari penjuru masing-masing? Atau kita sendiri yang membuka pintu penjuru itu untuk diserang? -Ingat, setiap Muslim itu memegang penjuru untuk dipertahankan..!!

Wassalam..