Pages

  • RSS

Monday, March 7, 2011

Perempuan kan 'complicated'..


Bismillah..

Colosseum, Rome, Italy

Rerumput hijau menghampar diri
Bebunga malu-malu menghiasi
Mata yang melihat terus berlari
Menikmati bahagia di hati

Anak-anak Dandelion berterbangan.
Perlahan terawang-awangan.
Hasil satu hembusan
dia, si anak kecil.
Hatinya sungguh kegirangan
Nikmat kejayaan sekali tiupan

Namun
Tiba pada satu bayangan
Padangannya tunduk meredup
Matanya mengecil berfikir
Termangu..
kerna telah hadir sesuatu
dalam upaya mindanya

Apa 'complicated' benar menjadi muslimah
Yang benar-benar solehah?

Berulang kali pertanyaan itu
mengetuk fikiran
mengusik perasaan
Kerna dia antara yang ditakdir
Melihat dunia sebagai perempuan
Apatah lagi bila mendengar
Nabi pernah mengatakan

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar bahayanya
dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki
selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum perempuan”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Hah..
Lalu si kecil membandingkan
Bertanya kepada sang ibu
bermacam persoalan

Apa perlu perempuan itu
amat menjaga?

seluruh anggota
yang terkecuali
hanya dua
tapak tangan juga muka
lelaki pula hanya antara dua

imej dan suara juga
perlu cakna dalam membuka
perlukan tapisan
perlukan saringan

Tersenyum sang ibu mendengarkan
celoteh matang anak kesayangannya
ah!
dia sudah mula dewasa rupanya

Anakku..
yang diminta laksana itu
fitrah kita
sebagai muslimah
sebagai perempuan solehah
demi menjaga maruah diri
demi menjaga harga hati
dari menjadi fitnah
fitnah terbesar buat lelaki.

Anakku..
mungkin kau fikir
'complicated'nya menjadi solehah
serta 'simple'nya menjadi soleh.
Tapi satu perlu kau tahu
'simple' mereka itu
manarik tanggungjawab di bahu
yang besarnya
tak mungkin mampu
dipikul kita-kita.

Bersyukurlah
Ucapkan hamdalah
untuk perempuan nya dirimu
kerna DIA lebih tahu
apa yang kita mampu

Hati puas terisi
Dengan jawapan yang dinanti
Maka kaki kembali berlari
Pandangan asyik menikmati
Biasan segar sang bebunga
yang mati hidup semula

Sambil mata meliar mencari
Dandelion yang bertakhta di hati
Kepada angin bantuan diberi
Moga tak terkubur dalam sepi

9.54 pm
-Tasneem,Irbed-

Haaa... Tahu tak Bunga Dandelion rupa apa? Pergi search. Pergi search. Best main tiup2!!

Inilah maksud 'complicated' nya perempuan. The more complicated the more precious. =)

Ada juga 'complicated' tu dari sudut lain. But then, complicated is one of the arts right? [Seni ok.. Seni.. c(=]

p/s 1: Abah.. Happy Birthday!! And congratulation berjaya lps PHD. Jadi Dr. Md Akhir Hamid lah kan lepas nie. Hehe.. Giliran anak abah berbaki lagi 3 tahun ensyaallah. Doakan!

p/s 2: Huuuuu.... CNS 1.. perlu usaha yang lebih gigih dan smart untuk final. Yang penting.. langkah jangan terhenti. Doakan. Doakan.

p/s 3: Musim bunga dah mula nampak kat Jordan. Tertunggu-tunggu pokok sakura depan bab ra'is JUST berbunga. Cantik wohhh!!

p/s 4: Tak sabar tunggu tiramisu Intan! ^_^

4 comments:

Anonymous said...

anakku,
kenali dirimu
jadilah perempuan
yang tahu tentang
halusnya dirimu
menyesatkan
jua menyelamatkan.

anakku,
jangan kaujadi seperti dandelion
hilang dipuput tiupan
ketika rerumput kekal terpasak walau dipijak.


-kakak-kakak semua, terima kasih atas pelajaran dari kalian tentang mengenal wanita.

Anonymous said...

perempuan mukmin,
mekarnya tiap tika.

...


kerisauan, adakala,
adalah kemenangan,
hasil halus ukiran iman.

...

Apa-apa pun, moga 'aqrabu littaqwa'.
Harapnya bukan hanya kata yang dimainkan, tapi redha Tuhan yang dituju. Jiwa manusia itu halus kan?

dan ya, tentu, terima kasih untuk pengajaran. terima kasih untuk pengertian.

-iNtaN- said...

kerana duri itu bukan untuk melukai tetapi untuk melindungi...

dan haruman itu bukan untuk dinikmati tetapi untuk dihargai...



err..izzah.
sabar menanti ye~
(dan redha je la dengan rasanya nanti ek) (^_^")

nima said...

anon 1:-

jangan kaujadi seperti dandelion
yang hilang dipuput tiupan.
tapi jadilah seperti dandelion
yang dipuput tiupan
untuk menyebarkan
taqwa dan iman.

ensyaallah.. =)

-terima kasih atas lapang dada kalian.. =)

anon 2:-

moga mekarnya mereka
menjadi tamsilan buat semua

ensyaallah.. =)

terima kasih juga atas toleransi dan kesanggupan.

intan:-

moga haruman dan duri
bersama kita miliki
demi syurga ilahi
di sana bertemu nanti

ensyaallah.. =)

redha je..
sebab
diadun dgn kasih
digaul dgn sayang
kerana DIA

ensyaallah.. =)