Pages

  • RSS

Friday, March 25, 2011

Aroma Alam~

Bismillah..

Aqaba, Jordan


aliimran190.jpg

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
[3:190-191]

addzariyat211.jpg
“Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?”
[51: 21]

Lab Physio, Selasa, 22 Mac

"Mana...?? Tak nampak pun.. Nampak putih je. Bentuk dia macam mana sebenarnya?"
"Err.. kena tengok kat mana? Bahagian sclera yang putih tu ke atau kat pupil?"
"Kat pupil kan.. Yang bila dari jauh kita nampak warna merah."
"Laaa.. ye ke.. Ok.. Ok.. Nak buat balik."

*khusyuk belajar menggunakan fundoscope sambil memerhatikan pembuluh darah yang berselirat dalam mata*

"Hah! Nampak!"
"Do you see anything?" tanya Dr. Mukhallad, yang setia melayani budak-budak Melayu yang selalu keluar lab paling lambat.
"Yeah!! Optic disc. I have found it!"

*dengan muka sangat suka dan bersemangat sebab memang sangat susah nak jumpa. Dr. kata, kena cuba 5-10 kali baru boleh nampak optic disc.*

Orang kata, dari mata turun ke hati.
Kalau kita ambil makna pada permukaan, sepatutnya dari mata turun ke jantung. Sebab dari mata, kita dapat tahu seseorang itu ada masalah cardiovascular system, dalam bahasa ibundanya sistem peredaran jantung dan darah atau tidak.

Ok. Apa kaitan mata dengan gambar di atas? Hmm..
Tanpa nikmat mata, tak dapatlah kita menikmati indahnya gambar.

Bayangkan hanya satu jenis sahaja photoreceptor yang bernama red type cones tiada, kita tak dapat tahu pun warna merah itu bagaimana. Sub7anallah. Halus sungguh. Red type cones itu hanya mempunyai peranan yang orang nampak kecil. Tapi sebenarnya membawa impak yang sangat besar.
__________________________________________________________________

Tiap saat
Tiap tika
Rembesan cinta DIA
meresapi tunjang
sebuah kehidupan.

Mata, perhatikan..
Telinga, dengarkan..
Hati, rasakan..
CintaNYA..
CintaNYA..

Benarkan
dari segenap penjuru
untuk menghirup kasih
untuk meneguk cinta
dari aroma alam
ciptaan sang Pencipta.

p/s 1: Tahniah, pipah for the SPM result. Apa-apa pun juz set in mind, setiap yang Allah tentukan itulah yang terbaik.
p/s 2: Exam CNS II = 5 April. Doakan.
p/s 3: Mahu share satu kata-kata yang didapati dari senior,

Untuk mengetahui darjat kita di sisi Allah,
perhatikan di mana Allah kita letakkan dalam kehidupan seharian.

Wallahu a3lam.

Thursday, March 10, 2011

Tiramisu Buat Diriku~

Bismillah

Mari! Saya hidangkan mata anda dengan 1st trial Tiramisu made by Intan..!!~
[Mata jelaa.. Perut kena hidang sendiri lah kan.. c(=]





Tiramisu
Susu keperangan warnamu
Manis berlemak rasamu
Mencair lazat dalam mulutku

Ah! Kau!
Sungguh menjentik kalbu
Supaya mencilok bertalu-talu

Namun akanku pertahankan
Tak mahu kalah dengan nafsu makan
Kerana kau ber'cholestrol' sakan
Akan jadi padah buat pembuluh badan

Setiap hari..
Mungkinkah satu potongan?
Seperti tidak boleh diberi kepercayaan.
Membayang lazatmu terus-terusan.

Di sudut yang satu
Aku tahu
Pasti ada yang tersipu malu
Membaca bait-bait bicara atmaku

8.46 p.m.
-selepas mencilok tiramisu bersama ahli bayt tasneem-

p/s 1: gambar 2nd-4th, credits to pentex pinjaman. =)
p/s 2: intan, ehem.. lulus dah nie.. keh3.. c(=
p/s 3: 2 post berturut pasal hadiah bday. padahal bday dah lama lepas. =_="
p/s 4: jom tadabbur ayat 79:40-41

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).
(79:40-41)

Moga dapat tahan diri dari nafsu makan, nafsu tidur, nafsu bermalas-malas, nafsu putus asa, dan bagai-bagai lagi.

Tahan nafsu tu payah sebab syurgaNYA bukan murah.
Maka, doakan sama-sama kita mujahadah demi tempat yang bakal ditempah.
Ensyaallah..

Tuesday, March 8, 2011

Ok, sweet..!!~

Bismillah..

Tersenyum-senyum sendirian sepanjang perjalanan pulang dari jami3ah sambil memegang sampul surat yang memang orang akan toleh dua kali. Isinya..


Setiap kad-kad kecil berisi tulisan tangan.
Tak lupa juga tulisan bukan tangan bahasa hindi. =_="


Ok.. yang nie no comment.. =_="


"Walakin hai mush min Malizi. Min Hind. (Tapi ini bukan dari orang Malaysia. Dari India.)"

Saat ini, kak long dah senyum-senyum.

Memang surprise habislah!!
Ngah berjaya. Tahniah!!
Hehe..

Terima kasih daun keladi..
Lain kali hantar lagi..
^_^

Penghargaan juga dituju kepada yang berkomplot sekali
untuk menjayakan misi ini.
Itu dia.. Cik Zulieee.. =D

Walaupun hari ini terlepas merasa melihat pelangi,
bahagia tetap hadir mengisi hati. [eceh.. c(=]

p/s 1: Cik Shimah kirim salam kepada Cik Zuliee, Cik Nana, Cik Yam, dan ahli bayt Tasneem.

p/s 2: Tambahan.. Credits to Nadhirah Sahri, Rahmah Nasir, Farah Atikah and 3ammu Muhammad sebab terlibat dalam perjalanan kad sampai kepada pemiliknya. c(=

Monday, March 7, 2011

Perempuan kan 'complicated'..


Bismillah..

Colosseum, Rome, Italy

Rerumput hijau menghampar diri
Bebunga malu-malu menghiasi
Mata yang melihat terus berlari
Menikmati bahagia di hati

Anak-anak Dandelion berterbangan.
Perlahan terawang-awangan.
Hasil satu hembusan
dia, si anak kecil.
Hatinya sungguh kegirangan
Nikmat kejayaan sekali tiupan

Namun
Tiba pada satu bayangan
Padangannya tunduk meredup
Matanya mengecil berfikir
Termangu..
kerna telah hadir sesuatu
dalam upaya mindanya

Apa 'complicated' benar menjadi muslimah
Yang benar-benar solehah?

Berulang kali pertanyaan itu
mengetuk fikiran
mengusik perasaan
Kerna dia antara yang ditakdir
Melihat dunia sebagai perempuan
Apatah lagi bila mendengar
Nabi pernah mengatakan

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar bahayanya
dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki
selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum perempuan”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Hah..
Lalu si kecil membandingkan
Bertanya kepada sang ibu
bermacam persoalan

Apa perlu perempuan itu
amat menjaga?

seluruh anggota
yang terkecuali
hanya dua
tapak tangan juga muka
lelaki pula hanya antara dua

imej dan suara juga
perlu cakna dalam membuka
perlukan tapisan
perlukan saringan

Tersenyum sang ibu mendengarkan
celoteh matang anak kesayangannya
ah!
dia sudah mula dewasa rupanya

Anakku..
yang diminta laksana itu
fitrah kita
sebagai muslimah
sebagai perempuan solehah
demi menjaga maruah diri
demi menjaga harga hati
dari menjadi fitnah
fitnah terbesar buat lelaki.

Anakku..
mungkin kau fikir
'complicated'nya menjadi solehah
serta 'simple'nya menjadi soleh.
Tapi satu perlu kau tahu
'simple' mereka itu
manarik tanggungjawab di bahu
yang besarnya
tak mungkin mampu
dipikul kita-kita.

Bersyukurlah
Ucapkan hamdalah
untuk perempuan nya dirimu
kerna DIA lebih tahu
apa yang kita mampu

Hati puas terisi
Dengan jawapan yang dinanti
Maka kaki kembali berlari
Pandangan asyik menikmati
Biasan segar sang bebunga
yang mati hidup semula

Sambil mata meliar mencari
Dandelion yang bertakhta di hati
Kepada angin bantuan diberi
Moga tak terkubur dalam sepi

9.54 pm
-Tasneem,Irbed-

Haaa... Tahu tak Bunga Dandelion rupa apa? Pergi search. Pergi search. Best main tiup2!!

Inilah maksud 'complicated' nya perempuan. The more complicated the more precious. =)

Ada juga 'complicated' tu dari sudut lain. But then, complicated is one of the arts right? [Seni ok.. Seni.. c(=]

p/s 1: Abah.. Happy Birthday!! And congratulation berjaya lps PHD. Jadi Dr. Md Akhir Hamid lah kan lepas nie. Hehe.. Giliran anak abah berbaki lagi 3 tahun ensyaallah. Doakan!

p/s 2: Huuuuu.... CNS 1.. perlu usaha yang lebih gigih dan smart untuk final. Yang penting.. langkah jangan terhenti. Doakan. Doakan.

p/s 3: Musim bunga dah mula nampak kat Jordan. Tertunggu-tunggu pokok sakura depan bab ra'is JUST berbunga. Cantik wohhh!!

p/s 4: Tak sabar tunggu tiramisu Intan! ^_^

Tuesday, March 1, 2011

teruskan mengalir~

Bismillah..

Roman Bridge, Cordoba, Spain.

aliran itu..
kembali mengalir..
laju..
membasahi alur-alur..
tenang dan asyik..

Harapan: Terus mengalir dan mengalir tanpa henti
serta memberi manfaat kepada hidupan sekeliling.

p/s 1: 26 feb: Thanx a lot for all the warm wishes!

Call ummi.. Ummi tanya, anak ummi nie sekarang dah umur berapa?
Err.. tak nak mengaku dah lebih 20. Huhu..

Update untuk PERTAMA, minta tangguh. Atau, boleh rujuk blog ini.
Kagum dengan mereka yang Islam kerana pilihan bukan warisan.
Ke arah mengkadirdakwahkan diri. Doakan.

Hah. Dapat hadiah Qur'an terjemahan baru warna hijau! TQ! TQ!
Moga pahalanya berterusan. Ensyaallah.

Terima kasih juga untuk kek, hadiah-hadiah dan doa-doa. ^_^

p/s 2: bila orang jarang sakit, sakit.. teruk juga ekk. Huuu..

p/s 3: doakan exam CNS 1, 6 mac 2011, 10 a.m. ,10H3, PC:69