Pages

  • RSS

Wednesday, August 6, 2014

Kenangan~


Bismillah..


Alhamdulillah 3x. Hari ini hari terakhir exam final kami student medic 4th year. Setelah berhempas pulas melawan rasa malas dan tensi untuk study sebab yang lain-lain dah habis exam. Tinggal kami yang terakhir menamatkan semester dengan hanya 6 hari cuti. Yang lain-lain 2 minggu kottttt... =_=" Tak pe lah. Mungkin ini rezeki kami untuk pergi majlis graduasi para seniors. 

Saya akui, ini adalah kali pertama saya pergi majlis graduasi di sini walaupun dah 4 tahun di sini. Tahu sebab apa? Sebab tiap kali cuti, mesti cuti panjang. Maka, saya keluar Jordan dan terlepaslah majlis grad sebelum-sebelum ini. Di Jordan, atau lebih spesifik JUST, majlis grad ini dibuat di stadium. Peliklah sikit sebenarnya. =P Tapi tak pa. Kita layan ja.

Mereka dah lepas satu tahap. Dan akan ke tahap seterusnya. Yang lagi up pastinya. Yang susahnya bertambah. Yang jerihnya perlu lebih. 
Lega, suka, bahagia akan terselit antara tahap-tahap itu. Terutama bila tahap itu tahap yang mana kita rasa amat payah dalam masa melaluinya.

p/s: Ini tulisan dalam draft masa saya 4th year. Dan di 'published' after my graduation setelah mengorek drafts yang ada. Tersenyum dan terasa mahu kongsi. =)

0 comments: