Pages

  • RSS

Friday, June 17, 2011

Tetamu Jemputan DIA 1~ [Madinah]

Bismillah..

4 Jun 2011
Seawal 5.15 a.m. teksi bersama sang murakib bidang terjun sudah menunggu luar. Huh! Awal betul. [Padahal janji pukul 5 a.m. =_="] Tak sempat eden nak sarapan jap. Ah. Tak kira. Meh nak cilok sepotong puding jagung jap. Bersalaman peluk cium dengan Kak Piya, cilok puding jagung isi perut,terkocoh-kocoh keluar sambil tarik beg yang tayarnya dah menyapu negara-negara yang tuannya paksa dia pergi bersama.

Sampai hotel airport. Salam peluk cium rindu ummi abah. Lepak-lepak hotel. Hmm.. boleh tahan juga hotel airport jordan nih. Boleh lah nak bagi 5 bintang kot.

Lawat Ashabul Kahfi. Snap-snap gambar sikit. Patah balik Irbed. [Ok. Perjalanan yang sungguh lawak. Tapi tak pelah. Demi menghantar dua peneman sejati kembali dengan selamat.] Ummi
abah lalu depan syuqqah anak dia. Lalu je. Sebab tak sempat nak masuk. Kata mereka, cantik. Mungkin sebab melihat rumah-rumah lain yang berkotak-kotak lain macam tanpa cat. =_="

5.30 petang, flight ke Jeddah. Err.. Ada yang tiket bermasalah.

5 Jun 2011
Dari Jeddah ke Madinah. Sampai Madinah, muka sememeh blurr penat ngantuk. Subuh. Ummi abah berkejar ke Masjid Nabi atau Masjid Nabawi. Anak mereka, subuh dalam hotel. Malas nak bersiap tambah dengan kepenatan masih menjalar ke seluruh tubuh.

Lepak dan rehat. Kemudian dipanggil turun untuk melawat Masjid Nabawi. "Ambil wudhuk siap-siap," pesan ummi.

Masjid Nabawi dari tingkap hotel.


Payung2 terbuka


Menjadi teduhan buat jemaah


Pembersihan payung dilakukan.


Salah satu pintu masuk masjid


Tempat air zam-zam. Memang merata-rata. Puas minum!


Dalam Masjid Nabawi. Design macam kat Masjid Cordoba kan? Beza warna je.

Celoteh Ustaz, antara dengar atau tidak kerana sibuk snap pics. Setelah itu, Ummi plan nak ke Raudhah. Oh Terus teringat Intan. Pesannya, tanda kami biar tinggal di situ. Namun, setelah Ummi membawa ke tempat tersebut. Anaknya hanya menelan liur.

Peh! Inikah Raudhah??? Ramai yang amat! Berasak-asak. Tolak menolak. Gaya macam main ragbi. Yang sedang sujud bersolat hampir tertindih oleh tubuh yang lain.

Dalam hati: 'Errr.. macamana boleh khusyuk solat dalam keadaan macam ni? Nak letak tanda kita ke Intan? I don't think I can do it.' And there, my tears's rolling down. Bukan sebab khusyuk. Tak. Tapi memikirkan aksi-aksi tersebut depan maqam Nabi dan para sahabat. Ya. Esak yang tak boleh tahan. Cuba sembunyikan air mata kesedihan daripada Ummi dengan mengatakan mengantuk. Keluar dari Raudhah, lepak di satu sudut masjid. Ambil keputusan untuk tidur dan melupakan.

Untuk makluman, kawasan Raudhah untuk perempuan sangatlah sedikit berbanding lelaki.
Sebab itu kot berasak habis.

6 Jun 2011
Hari ini lawatan mengelilingi kota Madinah.

1. Masjid Quba'.

Masjid Quba'. [Malas nak edit kepala orang tu. c(=]


Kelebihan solat di Masjid Quba'

Masjid pertama yang dibina Nabi s.a.w. yang dahulunya hanya pelepah-pelepah pohon kurma. Namun tetap teguh kerana dibina atas dasar taqwa. Rujuk At-Taubah: 107-108

2. Ladang Kurma.

Banyak terjual kurma di sini. Ummi borong kurma lagi. Haha. Minum-minum syai dan tegur orang arab bakar roti sebab Ummi mahu merasa roti tersebut. Abah pula khusyuk memerhati sistem pengairan. Memang agriculture ni passion abah lah! Mana-mana pergi, perhati tanah
perhati pokok.

3. Jabal Uhud.
Jabal Uhud. Pandangan dari puncak Jabal Rumah.


Jabal Rumah. Tempat 10 pemanah tersebut. [Habis orang pandang pelik masa berusaha ambil gambar ni. Sampai ada pak cik tanya: "Ambik gambaq apa??" =_="]


Perkuburan Syuhada' Perang Uhud.

Kisah Perang Uhud mengimbas sekali lalu sambil diceritakan oleh Ustaz bertanggungjawab. Semua belajar kisah perang ini rasanya. Hampir menang tapi kalah kerana 10 pemanah yang ditempatkan di Jabal Rumah [Ustaz tu kata. Atau salah dengar? Entah.] turun kerana terpesona dengan ghanimah. Berdiri di punjak Jabal tempat 10 pemanah, sempat memikirkan kalau aku yang ditugaskan di atas ini dengan pandangan meluas ke bawah dan ternampak kelibat yang lain sedang mengumpul ghanimah, mungkin aku juga akan melakukan perkara yang sama. Turun. Hmm..

4. Kilang Qur'an.
Cis betul. Perempuan dilarang masuk. Tak faham kenapa. Berdebat dengan Ustaz bertugas pun dia tidak dapat memberi jawapan. Serius jeles! Dapat Qur'an free seorang satu pulak tu. Hailaaa.. Tak faham kenapa. Sirius tak faham. Siapa tahu boleh jelaskan ok. [Aura tak puas hati memancar berapi-api.]

5. Masjid Qiblatain.


Tapak di mana qiblat ditukarkan dari Baitul Maqdis ke Baitullahilharam. Di sini Nabi s.a.w. solat dengan dua qiblat. Sebab itu dinamakan qiblatain aka 2 qiblat. Tapi kini kita hanya solat dengan mengarah ke satu qiblat. "Jangan dua qiblat ya", pesan Ustaz yang menerangkan. Rujuk Al-Baqarah: 142-147.

6. Jabal Khandaq dan Masjid Tujuh.

Err.. yang ini tak sempat snap gambar sebab tak turun. Lalu je.

Di sini berlaku perang pertama dalam sejarah Islam. Perang yang diberi ilham oleh Salman Al-Farisi untuk mengorek lubang membina parit besar sebagai strategi. Ketika kerja-kerja perparitan dilakukan, terdapat satu batu besar yang tidak dapat dipecahkan oleh sahabat-sahabat. Maka mereka mendapatkan Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah memukul batu tersebut dengan 3 pukulan.

Riwayat Ahmad dan An-Nasa`i, dari Abu Sukainah radhiyallahu ‘anhu:-

“Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan penggalian khandaq, ternyata ada sebongkah batu sangat besar menghalangi penggalian itu. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit mengambil kapak tanah dan meletakkan mantelnya di ujung parit, dan berkata: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Terpecahlah sepertiga batu tersebut. Salman Al-Farisi ketika itu sedang berdiri memandang, dia melihat kilat yang memancar seiring pukulan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian beliau memukul lagi kedua kalinya, dan membaca: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Pecah pula sepertiga batu itu, dan Salman melihat lagi kilat yang memancar ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memukul batu tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memukul sekali lagi dan membaca: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dan untuk ketiga kalinya, batu itupun pecah berantakan. Kemudian beliau mengambil mantelnya dan duduk. Salman berkata: “Wahai Rasulullah, ketika anda memukul batu itu, saya melihat kilat memancar.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya: “Wahai Salman, engkau melihatnya?” Kata Salman: “Demi Dzat Yang mengutus anda membawa kebenaran. Betul, wahai Rasulullah.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ketika saya memukul itu, ditampakkan kepada saya kota-kota Kisra Persia dan sekitarnya serta sejumlah kota besarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat yang hadir ketika itu berkata: “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumahrumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdoa. “Kemudian saya memukul lagi kedua kalinya, dan ditampakkan kepada saya kota-kota Kaisar Romawi dan sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdoa. “Kemudian pada pukulan ketiga, ditampakkan kepada saya negeri Ethiopia dan desa-desa sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Lalu beliau berkata ketika itu: “Biarkanlah Ethiopia (Habasyah) selama mereka membiarkan kalian, dan tinggalkanlah Turki selama mereka meninggalkan kalian.”

Masjid Tujuh pula dibina sebagai kubu pada asalnya. Namun kini didirikan sebagai masjid di atas tapak peperangan khandaq tersebut.

7 Jun 2011
Ke Raudhah lagi. Kali ini, dengan azam tidak mahu air mata hadir. Namun, setelah usai solat sunat 2 rakaat dengan mengecilkan tubuh ketika sujud, niat mahu keluar segera mencari Ummi yang telah selesai awal juga mahu memberi peluang kepada orang lain. Namun, kerana asakan dan aksi tolak dan halang berlaku memberi peluang untuk berdoa sambil berdiri di situ. Dan gerimis tumpah lagi memikirkan sifat pentingkan diri dan bangsa sendiri dalam jiwa-jiwa Ummah. Ya Allah, satukan hati-hati kami tanpa berkira bangsa dan warna kulit.

Selepas zohor, bertolak ke Makkah. Ya. bakal merindui kota kesayangan Nabi s.a.w. itu. Setiap waktu solat, pasti. Pasti jemaah berjalan menuju ke masjid. Kedai dan gerai ditutup ala kadar. Walau subuh sekali pun. Memang suasana kepada Ibadah.

Sampai di Birr Ali. Tempat miqat untuk ihram pertama. Niat ihram dilakukan. Orang lain boleh bebas dari ihram pada malam itu juga setelah tawaf sa3i dan bertahalul. Namun ada seorang yang tertahan ihramnya kerana err.. uzur syar3i. Memang peh habislah nak menjaga.

Bersambung..

9 comments:

Unknown said...

ok saya komen dulu baru bace.

Unknown said...

teringin nak komen fasal raudhah.

saya pun same kak. Tapi alhamdulillah, masa duduk kat raudhah, tak ada sangat yang bersesak2.

tapi bila dah start brsesak, saya terus blah. Sedih kan? ape hukumnye eh?

sebab benda yang sama, di mekah. nak cium hajarul aswad, saya nampak seorang makcik tua, menangis, melambai2 hajarul aswad.

menahan rindu yang sangat. pada masa yang sama, 'pemuda-pemuda' ni macam bergaduh je nak cium.

nampak dua suasana tu, saya memilih tak langsung menyentuh hajarul aswad.

umrah yang kali pertama dan kali yang ini.

sampai sekarang saya tak tahu apa hukumnya, rasa macam 'tak suka' nak menyentuh hajarul aswad.

nak meyedapkan hati, saya kata;

saya memilih untuk terus merindu.

-RO- said...

izzah ke madinah dulu ke..

ma ada cerita juga pasal raudhah tu. memang sesak habis. sampai ma cite kena jaga menjaga. heh~

ouh! memang sejibik kot ngan masjid cordoba design masjid nabawi tu~! ^^

ok, intan tunggu. sila sambang dan habiskan sebelum intan pergi ya. sies ni~

err..bab tertahan ihram tu. worldwide blog kot ni izzah~ =.=!

nima said...

hazen:-
panjang sgt ye hazen? Entah. Sebab kali ini akk tau tidak ada yg akan menulis selengkapnya. Maka akk berusaha mencoret utk tatapan akk juga nanti. =)

Fasal raudhah,

akk pun tak tahu. Tapi ada tertulis kat situ, amaran untuk tidak tolak menolak. Tapi orang kan?

Dan akk rasa malu kot kalau non-muslim tengok. Agaknya, sebab tu diorg tak bagi bwa camera masuk. Entah.

Yang hajarul Aswad tu lagilah. Akk nak nampak pun payah. Nak pegang nak cium apatah lagi. Tapi tak pelah. Sunat pun hanya bagi lelaki kan.

Akk nak rindu bau pun akk xtau.

Intan:-

That's y i'hv said u've to be mentally and physically prepared.
sabar sangaaattt penting.
And jaga menjaga itu kalau boleh jangan hanya sesama bangsa. Sesama saudara pertalian darah.
Tapi dengan semua!
kerana kita terikat kerana syahadah.
Dan ikatan syahadah itu lebih kuat dari pertalian darah.

Kan sama kan? mmg teringat cordoba abeslah masa tu!~

Yang akhir tu, i hv my reason intan. Nanti kita jelaskan dlm episod seterusnya.

Ensyaallah sebelum intan bertolak. Typing's done. Cuma tinggal ltak n susun gambar.

tepianmuara said...

Salam.

nak komen pasal hajarulaswad. betullah. kadang kita merebut yang sunat, lupa yang wajib. menjaga hak saudara, tidak mengasarinya.

tapi, kalau nak kucup gak, biasanya sebelum asar, polis akan arahkan jemaah beratur, tapi, lelakilah. peliknya, kenapa tak buat macam tu je setiap masa.

masa kat masjid cordoba tu, saya dah terfikir, " eh, macam masjidilharam la." =)

nima said...

like ur sentence:-
"kadang kita merebut yang sunat, lupa yang wajib. menjaga hak saudara, tidak mengasarinya."
Dan dgn ayat ini, terjwb soalan hazen~

Akk terfikir,
mungkin boleh diperbaiki sistem tersebut. but then, we r not in their place. nak susun sistem2 dan apply kat orang bkn krja mudah. mybe mereka tgh dlm proses mengusahakan. kan?

Err.. bkn masjidilharam. masjid nabawi. =)

tepianmuara said...

betul2. masjid nabi.

arghh. saya rasa kebelakangan ni saya mabuk dengan tempat la. sebut apa2 pun asek salah. hah.

emirhasnan said...

saya nak komen sedikit tentang 3 perkara :

i) Raudhah
Alhamdulillah,saya dapat beberapa kali tanpa berebut dan tolak menolak..Cumanya,kena tunggu saat-saat orang tak ramai kat masjid dan mgkin bagi perempuan saat2 last dia nak tutup..doalah pada Allah,enshaAllah dipermudahkan.

ii) Kilang Quran
Seorang ustaz pernah bagi tahu,salah satu sebab utk menjaga kesucian Al-Quran tuh sendiri..sebab perempuan ad waktu dia tak suci..jadi utk menjaga kesucian tmpat buat quran tuh,dia hnya benarkan lelaki je..

iii) hajarul aswad
sebenarnya utk dpt ke tempat hajarul aswad tuh,tak perlu utk kita menolak org dan menyakiti org..biar kita yg ditolak,lama2 kita yg akan ter kehadapan..tapi,saya rasa benda nih praktikal utk lelaki je..

lagi untung kalau badan2 kecik macam org malaysia,senang celah2..

pandangan saya laa~

nima said...

cidak:-
1. emm.. lagi akhir lagi ramai masa akk pergi tu. kena g awal pg. tak seramai masa nak tutup. apa2 pun, mmg rezki Allah semua tu. sbb tu apa2 pun kena tawakkal. cuma, terkadang manusia ini lupa, niat tak menghalalkan cara. kan?

2.Oh. Emm. Ada terfikir. Tapi juz rasa err.. emm.. tak pelah. neway, thanx. =)

3.Emm.. hukum pun sunat utk lelaki kan?

Thanx for dropping by~