Pages

  • RSS

Sunday, May 29, 2011

Sama Makna Lain Rasa [?]

Bismillah.

"Nanti aku bagitahu bila dah confirm."

"Nanti saya bagitahu bila dah confirm."

"Nanti ana bagitahu bila dah confirm."

Hmm.. apa beza tiga dialog di atas?
Sama makna tapi lain rasa kan bila orang bercakap dengan kita menggunakan tiga ganti nama diri di atas.

Aku

Jika seseorang menggunakan aku, ia akan menjadikan perbualan itu lebih tidak formal dan mungkin juga digunakan sebab terasa rapat.

Tapi, ada juga yang memilih untuk tidak menggunakan sebab terasa sedikit kasar. Ikut latarbelakang sebenarnya.

Apa-apa pun, untuk berbicara dengan diri sendiri (monolog), pasti orang akan menggunakannya. Dalam doa pun, jika doanya hanya untuk diri sendiri, atau dia mahu merintih merayu mengadu kepada Al-A6'eem, kata ganti ini akan digunakan.

Saya

Terasa lebih formal kan? Dalam mana-mana majlis (majlis orang melayu) sekali pun, tak akan ada yang conduct menggunakan 'aku'. Sebab itu saya kata ianya lebih formal. [Haaa. Nampak dah saya guna yang mana.]

Bagi yang terasa menggunakan aku itu kasar, kebanyakannya akan menggunakan saya atau menggunakan namanya sendiri atau kadang-kadang ada juga menggunakan 'kita' [Ok. termasuk saya sendiri. Not always. Sometimes. The girls with the same age or batch especially.]

Ada juga yang rasa guna saya awak ini, macam 'couple'. Err.. 'couple' yang belum nikah tu. Ikut nada sebenarnya. Kalau nada formal, akan jadi formal. Kalau nada dan gaya bahasa lain macam, akan jadi lain macam.

Ana

Em.. Ramai yang bila dengar ada yang guna kata ganti diri ini, akan membuat konklusi: 'oh, thiqah lah dia ni'. Padahal, kalau bercakap dengan orang arab, dia pun guna ana juga. c(=

Ramai yang akan mengelak bahkan ada yang alergik menggunakan 'ana' bila bercakap dengan Melayu. Terasa baik. Eceh.

Ada juga yang menggunakan 'ana' di majlis-majlis formal terutama di Middle East ini. Yup! Memang akan rasa lebih formal dan menjaga jika menggunakan kata ini.

Simpulan Kata

Benda ini jika dalam kalangan sesama jantina, ianya tidak menjadi masalah pun. Gunalah apa-apa kata, asalkan bahagia. Tapi, jika lain jantina akan ada yang rasa lain. Tipulah kalau ada yang kata tak ada rasa apa kalau orang guna lain-lain ganti nama dengan dia kan? Especially yang sama umur dan satu batch.

Kalau junior, terus guna 'akak'.
Kalau senior, lebih kurang dengan satu batch atau sama umur.

Bagi saya, dengan lelaki atau syabab saya lebih prefer menggunakan saya atau ana. Bukan aku. Dulu, saya mengikut. Jika dia guna aku, maka saya akan guna aku. Jika dia guna saya, maka saya guna saya. Jika dia guna ana, maka saya guna ana. Jika dia guna I? Haha.. Kalau dia guna I, and he's speaking, then saya ok je. Tapi kalau dia guna I and he's not speaking, rasa lain macam juga lah. Kenapa sekarang saya tidak prefer 'aku'? Sebab saya rasa lain. Rasa kurang formal. Entah. Itu saya lah. Lain orang lain rasa. Kan?

Bagaimana saya boleh rasa selesa menggunakan 'ana'? Sebab saya pernah guna ketika sekolah rendah dulu, dengan dua orang sahabat se bas sekolah. Kalau tak, saya rasa saya pun akan terasa janggal menggunakan ana. Sebab itu saya faham kenapa certain people kalau boleh tak nak guna 'ana'. Untuk meraikan, saya bagi dia pilihan. 'Saya' atau 'ana'. Dan kebanyakannya akan memilih 'saya'. *senyum* Sebab itu, kadang-kadang saya tidak memberi pilihan pun. Terus saya guna 'saya' melihatkan keadaan seseorang itu.

Kenapa saya menulis tentang hal ini?
[Suka hati saya lah. Nama pun blog saya. c(=]

Setiap pemilihan kata dalam berkomunikasi sangat penting. Walaupun terkadang kita tahu makna kata itu sama, tapi ingat rasanya lain.
Macam coklat. Semua pun nama coklat walaupun brand lain-lain. Tapi kenapa orang (especially penggila coklat macam saya) sangat memilih brand? Sebab rasanya lain-lain.

Wallahua3lam.

p/s 1: Semalam exam final CNS 2. Exam system yang paling 'huh' saya rasa setakat ini. Harapnya, CNS 1 tidak se 'huh' CNS 2. Doakan.
p/s 2: Release tension 2hours semalam dengan Valley of The Wolves Palestine. Sangat menarik! Lepas ni, siapa-siapa yang lepas exam rasa nak tengok movie, cerita ini adalah cerita yang 'must be watched'. Saya ada download. Ehee..
p/s 3: Err.. Saya tak pernah jadi follower blog orang. Kalau jadi follower, apa yang jadi? Adakah email akan berlambak? =_="
p/s 4: Nak upload gambar. Tapi tak dapat-dapat. Tak dok rezki orang ganu kate..
p/s 5: Haramain! Doakan!
p/s 6: Ok. Dah. Bai. Nak pi study pasal otak.

8 comments:

INTAN said...

waaa~! excited izzah update blog~! ^^


=_=!
fikir2 balik, kalau berkomunikasi ngan orang, intan xguna la 'saya'.

dengan semua kawan [akhawat], intan bahasakan nama. cuma beza guna nama intan atau a**k je.

kalau ngan syabab, sah2 la a*a. xde panggilan lain kot.

tapi yang jadi spesyel kes ni, aci ke kalau ngan junior, terus guna akak? hah~ c(=

nima said...

intan.. nape excited sgt nie..?? rindu eh? ah ah ah.. =_="

kan intan dah cakap pasal 'akak' dgn juniors kat blog?

and as for me, batch is more prominent than age. so, kalau rasa mereka juniors, juz use 'akak' then.

p/s: seni sungguh bahasa melayu kan? kalau arab ana je. kalau english I je. Cina wo je (kot) Spain me je (kot juga).

INTAN said...
This comment has been removed by the author.
nima said...

emm.. bila dah gitu..
do like what you have done before.
Give them choices.
^^"

Siti Umairah said...

izzaaaaaaaaaahhhh!
sempat lagi tulis pasal mende ni..mesti lepas kite borak2 tu kan? haha

anyway, saye tetap ngn pendirian utk menganggap bebudak junior(syabab) ni sbg orang yang same batch je..

sbbnya, ada certain junior syabab ni bile kita dah bahasakan diri kita akak, komunikasi tu jadi kurang terbatas. macam seorang adik lelaki dan seorang kakak, manje2 gitu (???) wekkk :PPP

tapi panggilan akak ni menjadikan kita lebih dihormati/ada authoriti..

so, terpulanglah :)))

nima said...

ummmm!!!..
Kita dah tulis dulu lah baru bincang, keh3..
^^"

Anonymous said...

yang penting bukan nama, tapi apa yang dinamakan.. =)

btw, pos yg menarik.. bila bace, boleh tau mesti ada org x selesa kalau kita panggil nama.. nak2 satu batch..ada org pulak biasa2 saja..unik manusia sebenarnya =)

nima said...

yup. ciptaan DIA yg bernama manusia mmg unik. Tinggal kita hendak memikirkan dan memahami atau tidak~