Thursday, April 28, 2011
Api atau Air?
Tuesday, April 26, 2011
Kabur~
Wednesday, April 6, 2011
What you don’t know is harmless [?]
"Truthfulness can do harm. What you don’t know is harmless."
-Dr. Hashim Jadou3, ethics.
Actually, this is one of the counterarguments from physicians for not telling the truth.
"If this's applied during exams, it will be harmful then."
-Kami masing- masing tersenyum di bahagian belakang Science Hall 2, ethics.
Lihat pula dari sisi kehidupan. Andai manusia tahu semua perkara dalam hidupnya.. Alangkah!
Hope. Atau harapan. Hubungan antara dia dan 'tidak tahu' itu sangat terjalin. Selagi mana kita tidak tahu tentang satu-satu perkara, selagi itu harapan masih wujud walau hanya seperti puput angin yang mendatang dan menghilang. 'Tidak tahu' itulah yang memberi harapan kehidupan. Sebab itu Allah rahsiakan beberapa perkara sehingga tiba waktunya.
Cuma, terkadang, manusia itu sifatnya terburu-buru. Mahu tahu segera. Kerana baginya, 'tidak tahu' itu gelisah. 'Tahu' itu tenang. Tidak perlu untuk berhabis glukos bekalan kepada otak untuk memikir. Apa guna akal yang dipinjamkan jika begitu? Dan saya salah seorang dari manusia-manusia lemah itu. Astaghfirullah.
Moga DIA memberi ketenangan jiwa walau apa pun yang melanda. Walau kita tidak tahu apa yang sedang menunggu. Kerana DIA pemegang hati-hati kita.
Percaya. Yakin. DIA maha tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Juga pasti rahsia-rahsia DIA akan dihilangkan hijabnya bila sampai waktu ketikanya.
Ya Allah, hindar dan jauhkan kami dari lemah, malas juga putus asa dalam mencari redhaMU di atas hamparan bumiMU ini.
Moga sinar dariNYA terus bercahaya.
Puento Romano, Cordoba, Spain.
p/s 1: Ya Allah, terima kasih untuk awan yang bersama-sama menangis untuk kegelisahan ini. ^_^
p/s 2: Pertama kali kena 'spalsh' air hujan dari pemandu kereta Jordan semalam. Sungguh. Keluhan demi keluhan. Tapi itulah ujian untuk menganalisis tahap iman di dalam dada.
p/s 3: Doakan kami supaya terus diberi ke'istiqamah'an hati untuk thabat dan kuat melaksana amanah ini.