Pages

  • RSS

Friday, December 31, 2010

Suicide


Bismillah..

20 Jun 2010. Dalam train. On the way to Champ de Mars, Paris, France.


Eiffel Tower, Champs De Mars

Champs De Mars Garden

Train tiba-tiba berhenti. Yang musykilnya, tengah-tengah rail. Bukan dekat port-port berhenti. Kedengaran pak cik pemandu memberi keterangan dalam bahasa France. Tak faham. Blurr.. Pandang-pandang. Pusing-pusing. Cari-cari siapa yang boleh bagi translation.

"Excuse me sir. Could you translate it for us?"
"Oh sure. There is someone who wants to commit suicide. So, the train can't move."
"Oh. thank you sir!"

"Ceh. Nak bunuh diri tak payah la kat sini. Terus je lompat dalam sungai sebelah nie. Abis cerita. Menyusahkan betullah."
"Haha.. Dia saja nak attention kot. Bukan betul-betul nak bunuh diri."


Heh, selalu tengok orang nak bunuh diri ni dalam tv jek. kali ni kat depan mata. Err.. depan mata ke? Tak tak. Depan train. Tak dapat tengok pon muka orang nya. Cuma nampak lah orang dok pujuk-pujuk jangan bunuh diri. Polis, ambulans, bomba pon ada.

Hati saya: Al7amdulillah, aku diberi nikmat Iman dan Islam. Apa-apa yang berlaku, terus kembali kepada Allah. Tak kira baik atau buruk.' [muhasabah]

Abi Yahya Shuhaib bin Sinan ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada perkara baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadits riwayat Muslim)


Susunan Allah itu yg terbaik kerana tentunya jika Yang Mencipta yang merangka pelan untuk hasil ciptaanNya maka pastilah itu rangkaan yang tercantik.
Moga redha Pencipta menjadi milik yg dicipta juga moga yg dicipta redha dengan pelan yang telah dilukis untuknya.

p/s 1: doakan yang terbaik.
p/s 2: doakan yang terbaik.
p/s 3: doakan yang terbaik.
p/s 4: terima kasih.

Sunday, December 19, 2010

Summer Break 2010


Bismillah..

Muhammad Sulaiman (Man)


Nur Hikmah Solehah (Dik Ah)

"Man masuk pertandingan azan kat sekolah tadi."
"Iye ke? Man dapat nombor brape Dik Ah?"
"Dia menang. Dapat nombor ke satu..."
"Fuyyyooo... ye ke Mann??"
*angguk sambil buat muka macam dah biasa*
"Tak pernah pon Kak Long dengar Man azan. Cuba azan."
*geleng. sambil buat muka malas nak layan.* [ciss.. punye adik..]

Esoknya, azan asar berkumandang..
"Eh.. tu Man azan tuu.."
"Ye ke?? Aah laa.. tu suara dia tu.."


Waaa.. mantap gak ek adikku nih. Cuma nafas dia pendek. Kalau latih, boleh lagi mantap nie..

-Balik Msia Summer Sem 2010-

Makin jauh dari keluarga makin banyak perkembangan yg ketinggalan. Mungkin yg besar2 dan yg penting2 itu diberitahu. Cuma yg kecil2 seperti di atas lupa untuk diceritakan.

Moga kita sekeluarga sama2 berusaha untuk lakukan yang terbaik ensyaallah. Tak kisahlah ada kat mana2 dan buat apa pun. Janji bersungguh. Ingat. Ikatan antara kita adalah doa.

May Allah bless~