Pages

  • RSS

Sunday, September 6, 2009

Khabar Malaysia..

Salamullahi3aleykum.

Dengan nama Allah kumulakan penaipan ini.

Perhatian: Ini adalah post pertama di Malaysia.

Lebih kurang seminggu sudah aku berada di bumi tanah air terchenta. Tak dapat dinafikan banyak perubahan yang berlaku setelah setahun peninggalanku. Atau pandanganku yang berubah? Entah. Yang pasti, aku terasa ada kelainan.

Jejaknya kaki ke tanah Malaysia, tidak terasa apa-apa. oh tak. Rasa takut mungkin. Sebab apa? Entah.

Ahli keluarga.
Yang aku perasan perubahan paling ketara, adik bongsuku. Dia semakin membesar dari yang dahulu sehingga aku tidak mengenalinya ketika pandangan pertama jatuh ke wajahnya. Yang lain seperti biasa-biasa sahaja.


Rumah.
Ruang bilikku ada sedikit perubahan. Sulaiman, satu-satunya adik lelakiku menggunakan ia sebagai ruang belajar. Juga, ia menjadi tempat letak desktop ayahku yang dahulunya berada di loteng.


Jiran.
Ah, ada yang kata aku makin besar. Ada yang kata aku makin kecil. Mana benar, aku tidak tahu. Oh, iye. Semakin ramai yang tak kukenali.


Rakan taulan.
Semalam mereka adakan iftor bersama. Sedikit sahaja yang hadir. Masing-masing sibuk mungkin. Apa-apa pun, Alhamdulillah dapat juga bersua muka dengan kalian.
Putera-perubahan paling ketara. Ah! mungkin mereka tidak berubah. Aku sahaja yang tidak tahu mereka sememangnya begitu. Namun, ada satu, yang aku yakin sekali ada segelintir daripada mereka yang sebelum ini tidak merokok, mula berjinak dengan makhluk pembunuh itu. Terkadang, aku terfikir. Ini baru ex-Hamidianz. Belum lagi rakan taulan daripada sekolah harian biasa. Em, tugas para da'i makin memberat nampaknya.
Puteri-Tiada perubahan yang ketara kurasa. Hehe.. Kalau ada pun, tak perlu kunyatakan di sini. Memang tak ada apa kot. Atau mungkin sebab yang datang terlalu sedikit semalam. Entah.


Itu sahaja minggu ini.

Sekian, perkhabaran dari Malaysia.


Wassalam.

p/s: oh skemanya tulisan kali ini. haha.. maaf. terkadang tak salahkan menjadi skema sekali sekala.
Juga selamat menempuh fasa ke-2 Ramadhan..!!

4 comments:

ikram_zidane said...

aku rase puteri yg banyak berubah... tudung makin singkat, bajuk makin ketat, perangai makin gedik.. generalization gle.. Ah! mungkin mereka tidak berubah. Aku sahaja yang tidak tahu mereka sememangnya begitu... huhu..

laki memang camtu la..

aku malas nak dtg.. bukan busy.. huhu..

nima said...

em..bab puteri tuh, no comment. banyak je aku nmpak. tapi bkn cara kot kalau aku tulis kat sini.

ko mmg. patutla maryam kata die nmpk ko dtg. tp bkn dtg mkn. dtg solat. bgus2. len kali ajak2la skali kwn2 tu.

aku igt blik Msia, leyh la bebas dr asap rokok. Rupenye, sama je. haih~

ikram_zidane said...

aku dtg sebab nak semayang.. takde kaitan pun ngan korang nye bukak puase tu..

sape lagi yang dtg ? pompuan ibs sape yg dtg ?

nima said...

sape kata ada kaitan? x kata pon. aku juz kata ajak skali kwn2 tu solat.

puteri ibs yg dtg.. em, sk8 je. aku, biha, mimi, syifa', fiza, maryam. x tau kalo ada yg ttinggal. tp tu je kot.