Capadoccia=land of beautiful horse~merupakan mid of Anatolia. Anatolia=sunrise or motherland
-Church
gereja dulu2 dalam gua
-Imaginary village
macam2 bentuk batu yang boleh dibayangkan di sini. Contohnya, swan, unta, dan tour guide tu kata ada batu bentuk Marie (Maryam).
-Kilang Pottery
Macam-macam jenis pinggan mangkuk ada. Tears collector pon ada.
kuganti tempat pak cik itu.. cuba membuat pottery..
dapat pengalaman yang jarang orang lain dapat kat sini. saya dipilih buat pottery. owh, memang terniat di hati mahu menolak. tapi, kak Qisti kata hei..!! peluang ok.. huhu.. ok2.. buat jelaaa.. buat2 tak jadi. Tanah liat yang baru dibentuk itu berlubang. malu je.. tapi orang yang ajar cara buat kata memang susah nak buat pottery tu. hehe.. uh, dapat gelaran Izzah puteri eh.. pottery.. ^_~
-Uchisar Castle
Istana dalam batu.
-Panorama
terdapat batu yag diberi nama father, mother and son. daughter tiada. tak tahu kenapa.
uh, barang2 di capadoccia murah daripada Istanbul. So, beli belah banyak2 di capadoccia ye. hehe.. tapi jangan tak beli lagsung kat Istanbul. Cuba minta kurang harga. kadang2, kat Istanbul boleh je dapat harga okey.
-Kilang Onyx
Siapa pernah dengar perkataan onyx?? Saya selalu dengar eh, baca perkataan onyx ni sebab dulu suka main game Thief. Game itu, menghendaki pemainnya mencuri batu2 berharga seperti emerald, ruby, dan salah satunya ialah onyx.
onyx diperbuat daripada quartz (kak Qisti berjaya menjawab soalan cik lotfiah mengenai asal onyx dan memenangi onyx yang baru sahaja dibentuk dan dipolish menggunakan chromic oxide kot..)
melihat Ottoman Ring yang mempunyai empat warna onyx. Warna2 itu mempuanyai maksud tersendiri.
Green=fertility
Red=love
White=pure love
Black=fidelity
Kayseri~tempat kelahiran Presiden Turki sekarang
-Kayseri Qisr
-Medical Muzium
tak dapat masuk sebab under construction
kata ustaz, muzium mempamerkan alat2 perubatan zaman dahulu. uh, tak de rezeki..
Nigde~bandar persinggahan Ibnu Battuta
-Masjid Sungsur Bay (Sungsur Bay Cami)
-Masjid Aladdin (Aladdin Cami)
maaf, tiada gambar.
Tamat sudah kembara itu. Moga ia bukan sia-sia. Suatu hari nanti mungkin kaki ini menjejak lagi ke tanah itu.Insyaallah.. Wassalam
tapi tak dapat masuk sebab tutup. Kalau tak silap sebab under construction.
-Blue Mosque
dibina oleh arkitek terulung, Mimar Sinan.
dipanggil Blue Mosque atau Masjid Biru kerana dulu qubahnya berwarna biru.
-Makam Sultan Ahmed I
meninggal selepas setahun masjid biru siap dibina
meninggal bersama 12 orang anaknya kerana diracun
makam dibina oleh anaknya Sultan Osman
makam dibina selama 3 tahun
-Itte Midane
dibina pada zaman Byzantin
dipelihara ketika zaman Turki Uthmani
menjadi tempat perkumpulan
-Memet Arkif Park
-Grand Bazaar
Shopping sakan mereka eh kami di sini. Hehe. Kebanyakan peniaga amat peramah dan pandai berbahasa Inggeris atau Arab. Rasa seronok kalau yang berniaga itu tahu bahasa lain selain Turki yang selalunya English atau Arab. Kalau dia tak reti, alamatnya macam lembu dan kambing berbicara kot.. Tapi lama kelamaan kami makin boleh faham bahasa mereka. Alhamdulillah, dapat tambah bilangan bahasa. Kalau perhati, bahasa mereka kadang2 hampir sama dengan arab atau english dan kadang2 melayu.
-Topkapi Palace
bayaran masuk 20lerah turki=10dinar=RM50 (haha..kalau kat Msia mahu tak masuk. Tapi sebab kat Turki, alang2 masukla. Lagipun duit banyak en..heh..)
istana zaman kerajaan Turki Uthmani yang kini dijadikan muzium.
menggmbarkan keagungan dan kemewahan sultan2 zaman itu yang mungkin juga menjadi sebab-musabab kehancuran mereka.
dipamerkan juga barang-barang milik Rasulullah S.A.W. dan sahabat2nya seperti pedang.
kalau diperhati, nampak benar beza pedang2 mereka dengan pedang2 sultan2 zaman Turki Uthmani. Yang berbalut emas dan permata itu milik sultan2 dan besi tercalit bekas2 darah kering itu milik sahabat.
sangat besar. kalau nak pusing semua dengan memberi perhatian penuh, 1jam memang tak sempat.
-Aya Sophia (Hagia Sophia)
Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkannya daripada gereja kepada masjid.
Kini, ia hanya dijadikan muzium.
Tiket masuk juga adalah sebanyak 20 lerah Turki
Eminonue
-Masjid baru Eminonue (Eminonue Yeni Cami)
-Spice Bazaar
macam2 spices dijual di sini. Barang2 lebih murah dari di Istanbul.
-Selat Bosbhorus
kami menaiki feri merentasi laut melihat jambatan yang menghubungkan Asia dan Eropah. Jambatan diberi nama Ataturk Bridge.
terdapat juga jambatan lain yang menghubungkan Golden Horn (Eropah dengan Eropah). namanya tak ingat. Siapa ingat boleh tinggal komen ne..
-makan IKAN..!! (tepi laut)
haha.. sebab dah lama tak makan ikan fresh, rasa puas sangat. Lepas makan sandwich ikan satu, saya beli lagi satu makan dalam bas. heh..!!
Perjalanan ke Capadoccia
-Makam Sultan Muhammad al-Fatih + isteri + anak + pengasuh
first time naik. janganla gelak. biasala tu.. sebab Pulau Langkawi pon tak pernah sampai walaupun kampung abah kat Kedah.
-Perhentian Hendek
masuk tandas.. Wowww..!! Semuanya automatik. Memang hebatla. Dahla tak payah bayar. (sindrom tiap kali nak masuk tandas kat Turki mesti kena bayar even kat masjid. But it's worth..!! Berbaloi sebab tandas itu bersih. Rasa macam lagi rela membayar untuk dapatkan tandas yang selesa dan bersih. Tak nak kutuk tempat belajar sendiri. Faham2lah ye. Yang kurang faham, mehla datang sini. Hehe..)
Entri kali ini adalah khas untuk menceritakan pengalaman serba sedikit serta gambar-gambar (ni yang banyak kot..haha..) kami yang telah melencong.. eh, melancong ke Turki pada cuti semester kedua yang lalu.
Antakya
-Masjid Habibinnajar (orang Turki akan membunyikan huruf 'c' dgn 'j'. Makanya, mereka mengeja Habibinnajar seperti ini: 'Habibi neccar')
kisah habibinnajar ini diceritakan dalam surah Yaasin ayat 13-29. Yakni tukang kayu yang telah berusaha mengajak kaumnya mengikut ajaran yang dibawa oleh 3 orang nabi. Namun beliau telah dibunuh.
di sini terdapat makam habibnnajar dan syam'un iaitu salah seorang nabi yang telah diutus.
terdapat juga makam nabi Yahya + nabi Yunus A.S.
-Great Mosque (Ulucami)
masjid terbesar ketika zaman Turki Uthmani
Konya
-Dewan Kebudayaan Turki
menonton persembahan tarian Darvis (sebut 'v' dengan 'w') yang diasaskan oleh Mevlana (Maulana mereka) ketika zaman Raja Seljuk.
selepas persembahan tamat, kami dikerumuni oleh orang-orang Turki. Mereka sangat-sangat menghargai tetamu. Huhu.. terharu.. saya antara yang dipeluk cium. Tergamam dibuatnya. (blurr..orang nak ambil gambar senyum dengan blurr. haha. Walaupun tak berapa faham eyh.. tak paham langsung bahasa makcik2 Turki itu, mereka amat2 gembira dengan kedatangan kami. Mereka cuba juga untuk berinteraksi walaupun kami hanya angguk2 dan geleng2.. haha.. macam ayam bercakap dengan itik jek.)
-Masjid Alaeddin Keykubad
-Muzium Zaman Seljuk
pada zaman seljuk, ianya merupakan sebuah madrasah
-Masjid Iplikci (Iplikci cami)
-Masjid Sems-i Tebrizi
terdapat makam tok guru kepada Jalaluddin ar-Ruzi (Mevlana) dan makam Dervis Ahmad (terkenal dengan tarian Darvis)
-Masjid Sherafeddin
dibina pada zaman Turki Uthmani
-Masjid Selimiye (Selimiye Camii)
-Muzium Mevlana
muzium yang jika tidak masuk maka tidak lengkap trip Turki -ustaz zaid n ustaz hazimin-
terdapat taman bunga ros di bahagian belakang. (ramai tak perasan..hehe..thanx to nuha and ijan yang mengajakku.
Perjalanan ke Bursa
-Ladang gandum Bursa
-Great Mosque (ulucami) -Pasar sutera
Bursa terkenal dengan pasar sutera. (tak beli apa2 pon kat sini..haha..kurang berminat kot sebab sutera mana boleh masuk mesin..) -depan pasar sutera sahaja ada gambarnya. huhu..-
~...Nur Izzah binti Md Akhir...~
Taski ABIM Saidatina Fatimah 3 (1996)
SRI ABIM sg.ramal (1997-1998)
SRI Al-Amin Bangi (1999-2002)
SMK Seri Indah (2003-2005)
SMKA Maahad Hamidiah, Kajang (2006-2007)
PLKN MSHC (2008)
INTEC UiTM, Shah Alam (20 may - 18august 2008), JUST-Jordan University of Science and Technology (27 august 2008 - 27 may 2014) MBBS
Housemanship in Hosp Tuanku Jaafar, Seremban (2015-2017)
Currently Medical Officer in Hosp Kajang, Selangor~