Pages

  • RSS

Sunday, January 4, 2009

Penjuru Aku..??

Assalamu'alaikum w.b.t.

Maaf, sudah lama tidak meng'update' blog ini. Kalau mengikut apa yang tertera di 'archieve', hanya sekali sahaja aku menulis 'post' bagi bulan Disember. Kenapa? Sebab masa tidak mencukupi.. Benarkah? Atau mungkin diri ini tidak pandai menyusun masa? Erm, mungkin ya. Tapi, punca utama masa tidak cukup.. aku terlalu suka bermalas-malasan. Terlalu memanjakan diri!! Ingatlah wahai diri, jangan begini! Tegaslah terhadap nafsu malasmu! Kalau tidak, kau akan ketinggalan..!! Ayuh diri.. Bangkit!! -(penggunaan aku menunjukkan baris-baris tulisan di atas adalah untuk diri penulis)

"Kita adalah duta-duta kecil Islam. Maka peliharalah penjuru milik kita supaya Islam tidak diserang dari sudut itu.." -Kak Ahiyasah, Universiti Yarmouk, tahun akhir

Serangan fizikal atau luaran
Serangan Israel di Gaza yang berlangsung hingga ke hari ini betul-betul menjadi kejutan buat orang ramai. Sungguh tidak disangka. Namun begitu, dari sini kita dapat lihat apakah umat Islam masih bersatu atau tidak? Cuba kita lihat pemimpin-pemimpin Islam di negara Arab sendiri. Apakah yang mereka lakukan? Dengar-dengar ada yang menhalang bekalan ubat dan makanan. Erm, apakah yang telah terjadi kepada mereka ini sebenarnya? Kenapa tidak mahu turun membantu? Takut? Entah.. Biarkan.. Berbalik kepada diri.. Apa yang mampu dilakukan? Insyaallah, berdoa, cuba bersatu dan membantu mengikut kemampuan.

Serangan pemikiran atau dalaman
Sementara itu, di Malaysia+Jordan+negara-negara Islam yang sewaktu dengannya juga sedang mengalami serangan. Serangan apa? Serangan apa lagi kalau bukan pemikiran. Kalau serangan di Gaza baru sahaja berlaku, serangan di negara-negara ini lebih parah kerana telah berlaku lama dahulu dan semakin lama bertambah parah!

Tak payah lihat jauh-jauh, lihat pada diri sebab hanya diri sendiri yang dapat mengubah diri. Mari kita kembali bermuhasabah. -solat bagaimanakah? Masa dimanfaatkankah? Pakaian, caranya? Hubungan sosial mengikut syara'? Fikirkan wahai diri yang sedang menulis.. Fikirkan wahai hati yang sedang membaca.. -Jangan hanya berfikir..Bertindaklah!!

Adakah kita mempertahankan Islam dari penjuru masing-masing? Atau kita sendiri yang membuka pintu penjuru itu untuk diserang? -Ingat, setiap Muslim itu memegang penjuru untuk dipertahankan..!!

Wassalam..

3 comments:

Anonymous said...

Gaza is our grave concern now. The issue widespread throughout the blogosphere. Think for what should we do instead demonstrate expressing our invalidation and disagreement. Salam..

Uqbah Azam said...

saya rasa tidak mengupdate blog itu bukan petanda kepada kemalasan dan tidak pandai menyusun masa.

kadang kadang,
orang yang selalu update blog pada realitinya lebih malas daripada orang yang tidak update blog.

boleh jadi kerana tidak tahu susun prioriti hidup. sampai menjadikan blog lebih aula daripada belajar. dan dakwah.

dan,
blog juga boleh jadi serangan pemikiran kalau ketagih...

semuanya bergantung pada niat.bukan?

satu entri sebulan yang mengajak orang ramai beramal soleh,

pastinya lebih baik dari satu entri sehari yang cakap entah apa apa...

----------------
~teruskan menulis~
writing is thinking... penulisan yang bagus.

nima said...

To senikehidupan:-

Insyaallah..

To nik uqbah:-

Thanx for ur opinion..