Pages

  • RSS

Monday, November 17, 2008

Ber'mobile phone' Pun Ada Adab...?? ^_~


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..


Menarik bukan?? Pertama kali ana baca artikel atau lebih kepada surat seorang ayah kepada anaknya berkenaan syarat-syarat penggunaan 'mobile phone'. Disebabkan rasa ketertarikan tersebut, maka ana mengcopy paste untuk antum membacanya. Insyaallah, sama-sama kita ambil pengajaran.


Anak ayah yang disayangi,


Sudah tiba masanya anak ayah menggunakan telefon bimbit ini. Walau bagaimanapun ia bukan keperluan asas, tetapi adalah satu keistemewaan. Maknanya, kalau anak ayah melanggari perjanjian penggunaan ini, maka ayah berhak mengambilnya semula.

Ingat ya, telefon bimbit ini adalah sebahagian daripada anggota tubuh badan. Ia adalah otak kita yang kedua. Ia boleh menyimpan data dan maklumat dan boleh mengingatkan kita banyak perkara. Polis lebih mempercayai maklumat dalam telefon ini daripada otak kita sebab dia tidak menipu. Oleh itu, simpanlah di dalamya data-data yang baik-baik sahaja. Jangan masukkan di dalamnya bahan-bahan haram seperti gambar atau video lucah. Ia menggambarkan sikap dan akhlak kita juga.


Disebabkan ia adalah menggambarkan akhlak kita, pastikan anak ayah paparkan di “background”nya gambar yang soleh, bukan gambar orang yang tidak sopan. Telefon ini mengeluarkan suara, oleh itu pastikan “ringtone”nya tidak mengganggu orang lain sama ada tahap bising yang kuat atau iramanya tidak menyenangkan.


Setiap komunikasi hendaklah mulakan dengan salam yang sempurna. Sama ada menggunakan SMS atau suara. Dan setiap perbualan mesti (wajib) di tutup dengan doa sejahtera atau semoga bertemu lagi. Jangan biarkan tergantung menyebabkan pemanggil tertunggu-tunggu dariada kita.


Penggunaan di rumah


Adab bercakap dengan pemanggil di rumah sama seperti mana kita menerima kunjungan tetamu ke rumah ayah. Ayah hanya membenarkan anak ayah bercakap di ruang tamu sahaja (tidak di dalam bilik tidur anak ayah) melainkan pemanggil itu sejantina atau muhrim kita.


Waktu menggunakan telefon bimbit di rumah tetap sama seperti mana adab memasuki bilik tidur. Anak ayah tahukan, antara Isyak hingga subuh (setiap hari) dan antara zuhur dan asar (hari minggu dan cuti umum) waktu ini anak ayah tidak boleh masuk bilik ayah melainkan ketuk pintu minta kebenaran. Begitu juga telefon bimbit. Supaya pemanggil luar tidak merosakkan adab kita, antara waktu isyak hingga subuh, semua telefon bimbit di”senyap”kan atau matikan terus dan diletakkan di ruang tamu. Jika ada panggilan diwaktu-waktu “aurat” kita ini, kita jawab selepas waktunya. Ayah tak rela ada pemanggil lelaki yang bukan muhrim bercakap dengan anak ayah yang perempuan ini, di atas katil, pada waktu tengah malam, tanpa izin daripada ayah.


Jangan bawa telefon bimbit ini ke dalam tandas. Nanti susah untuk menjawab salam (sama ada sms atau suara) kalau ada orang memanggil kita.


Hukum membuat panggilan sama ada SMS atau suara


Anak ayah yang disayangi, walaupun belum ada hukum fiqah yang dikeluarkan, ayah menetapkan bahawa ada perkara-perkara yang HARAM anak men”dial” atau hantar sms kepada seseorang.


Pertama: Orang yang anak nampak dan tahu dia sedang sembahyang, sedang belajar dan sedang berkerja.

Kedua: Waktu aurat orang itu (antara isyak dan subuh) melainkan dia beri kebenaran.

Ketiga: Orang yang bukan muhrim yang tiada urusan dengan anak sama sekali.

Keempat: Dengan tujuan maksiat dan sewaktu dengannya.


Perkara yang MAKRUH pula ialah


Pertama: Waktu-waktu sembahyang fardhu jamaah orang itu.

Kedua: Sengaja membuat “miss call” melainkan diberi kebenaran.


Perkara yang SUNAT pula ialah


Pertama: Hubungi opah, atuk, mak cik-mak cik sebulan sekali. Tanyakan khabar mereka, ceritakan keadaan dan kesihatan keluarga kita dan doakan kesejahteraan untuk mereka.

Kedua: Menyebutkan nama atau memaparkan nama kita di hujung sms bagi orang yang tidak kerap kita hubunginya agar dia tidak tertanya-tanya siapa kita.

Ketiga: Minta kebenaran melalui sms dahulu untuk berkomunikasi dengannya.


Perkara yang WAJIB pula ialah


Pertama: Menjawab dengan kadar segera panggilan dan/atau sms. Jawapan yang paling lemah sekali ialah dengan memaklumkan kepada pemanggil melalui sms “OK”. Melainkan perkara itu maksiat dan keburukan.

Kedua: Menghubungi pihak berkuasa jika berlaku perkara yang menjejaskan keselamatan ummah.


Penggunaan di tempat awam


HARAM menghidupkan telefon bimbit.


Pertama: Tempat-tempat yang ada dipaparkan tanda tidak dibenar menggunakannya seperti di hospital kawasan tertentu, masjid, di sekolah dan sebagainya. Atau diumumkan seperti di dalam pesawat, dewan seminar atau kursus.


MAKRUH menggunakan telefon bimbit atau menaip sms,


Pertama: Sedang bersama rakan sama ada urusan formal atau tidak melain meminta izin mereka yang hadir dahulu. Malah di dalam teksi, sila anak minta kebenaran pemandu teksi sebelum menjawab atau membuat panggilan.

Kedua: Bercakap dan ketawa dengan pemanggil hingga mengganggu orang di sekeliling.

Ketiga: Menyebut keburukan orang lain dengan pemanggil hingga orang di sekeliling boleh mendengar dengan jelas (kekadang boleh naik tahap haram)


Cukuplah setakat ini dulu anak ayah . Jika timbul isu lain, nanti kita sama-sama buat “fatwa” yang lain pula.


Terimalah telefon bimbit Nokia N100 4G dari ayah untukmu.


Selamat mencuba..!!

Wednesday, November 5, 2008

If HE Wants Something to Happen...


Assalamualaikum w.b.t.

If HE wants something to happen, then it will happen..!!

Today, there was a Biology Lab class. I went to the university a little bit late as usual. About 15 minutes late. But it seems that i could arrive at the university on time. However, 'Gosh!!'. I forgot my lab coat.!! At that time, the bus had moved and i was in the bus!! Arghh!! i didn't know what i want to do. I became blurr for a while. If i didn't have the lab coat, meaning that i couldn't enter the class.. and it was something that i really hate..!! After had prepared for it, I couldn't enter the class only because of my carelessness. Then, after a few minutes, i remembered that i had met Maryam before i took the bus.

'Yeah.. Maybe i can call her..! Erk.., do i forget to bring my mobile phone along with me?? Haaaaaa...!!!' I didn't check whether there was my mobile phone in the bag or not. Blurr!! 'Wait, wait.. relax.. just check in ur beg. Hopefully it was there.. In the name of Allah, i opened my bag...and All praises for HIM!! It was there..!! With my shivering hand, i pressed the Maryam's number.

"Tuut.. Tuut.."
"Hello.."

"Ha, Maryam.." (Forgot to give salam.. still in confusion)
"Kenapa?"
"Dah naik bas ke?"

"Dah"
"Erk, dah jalan ke?"
"Belum.."

"Boleh tolong tak? Lab coat kita tertinggal.."
"Ha..!! ye ke? Okay2"

When i arrived at the university I gave Maryam a second call.

"Macam mana?"
"Dah2"


I forgot to ask her where was she at that time. When the lecturer had entered the lab, again for the third time, I called Maryam, asking where was she.

"Ha? ada dalam bas lagi?"
"Haah.. Tadi baru je jalan.."
"Erk.. ye ke?? Sorry..!!!!!!"
"Ermm tak pe tak pe.. Izzah masuk dulu.."
"Tak boleh pon.. Lab coat tak de.. Huhu.."


After calling Maryam, I decided to borrow a lab coat from any student that I met at that time.

"Miss, can I borrow your lab coat?"
'Blurr' "Sorry, I didn't understand."
"Err..this... Can I borrow it?" I pointed to the folded lab coat over her hand.
"Owh, can.."
"Can I have your number?"
"078*******"

"Okay, thank you. I'll call you.."


I entered the lab rushingly and did the quiz with my mind thinking of Maryam and Aida (friend who is always with Maryam). Fortunately, the quiz only has five objective questions and Alhamdulillah I managed to answer them. Thinking of Maryam and Aida, I decided to tell the lecturer that they were a little bit late. And the lecturer said "OK!!" Alhamdulillah..

After having the guilty feeling for quite a long minutes.. Really!! I felt a minute like an hour!! at last, the two of my friends entered the door of the lab. And at that time I really wanted to say Sorry..Sorry and Sorry...!!!!! And thank you..!! Really appreciate the two of you as my friends.. Insyaallah..

Moral: If Allah wants something to happen it will happen. You know what? The lab coat was actually on the place where i always put my things there if i want to bring it along with me. But, somehow I forgot it today..!! And i know there is HIS blessings behind all of this.

-I am more appreciative of my friends

-I made new friend which means I was building a new ukhuwwah
-I will become more responsible and careful next time.. Insyaallah..


Wassalam.

Saturday, November 1, 2008

Bebaskan Dirimu..!!

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama blog ini tidak diupdate kan?? Sebelum ini, penulis menghadapi imtihan pertamanya untuk semester pertama di Jordan. Insyaallah, penulis sudah berusaha yang terbaik dan Insyaallah, keputusannya juga Allah bagi yang terbaik..

Ok, kita pergi kepada tajuk utama kita pada kali ini. 'BEBAS' Apa yang muncul di fikiran anda apabila membaca perkataan ini?? Bebas dari apa?? Bebas dari peperiksaan?? Hurmm kehidupan sebagai seorang pelajar tidak akan lari dari perkataan peperiksaan. Mungkin bebas sebentar atau dalam kata lain, 'rehat sekejap'. Ya, itu lebih tepat mungkin. Habis, bebas dari apa?? Bebas dari penjajahan? Yup..!! Kebebasan dari aspek ini amatlah penting. Alhamdulillah, Malaysia sudah menikmati kebebasan dari penjajahan secara fizikal selama 51 tahun. Tapi, tidak dari segi penjajahan mental. Masih dan makin berleluasa. Tapi, bukan itu yang ingin kutulis hari ini. Hurmm bebas dari apa ya??

'Geramnyaaa...!!!'
'Apsal ko nak geram?? Dia bukan buat ape pon kat ko..'
'Yelaa.. Eisyh.. Hurrmm entahlaa..'
'Apa yang sebabkan ko geram kat dia? ha? Cuba cakap..'
'Erkk..'
'Hurrmm aku tau.. ko.. jealous kan??'
'Erkk.. aku jealous?? Ye ke?? Kalau tak jealous, sebab apa lagi? Hurmm.. '
'Dah laa.. tu kan rezeki dia. Rilexlaa.. Cool.. Jangan macam nie. Allah dah bagi yang terbaik untukmu. Lagipun, ko tak rasa ke yang kalau ko biar aku macam nie, aku lagi sakit dan rimas..Dah, bebaskan aku dari belenggu amarahmu. Biar tenang segala-galanya.. Insyaallah..'
-Gelodak hati seorang insan-

Ya Allah ampunkanlah kami dan saudara2 kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah kau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap org2 yang beriman. Sesungguhnya Engkau maha melimpahkan belas kasihan dan rahmat. Ameen..

Wassalam..