Pages

  • RSS

Sunday, June 26, 2011

I'm not Good in Words~


Jari telunjuk mengusap tepi keyboard.
Otak ligat befikir mencari kata.
Untuk menterjemah idea yang ada.
Namun yang terkeluar akhirnya:
i'm not good in words.
*sigh*

p/s 1: Kenapa bila berada di Irbed teringat Kajang. Tapi bila berada di Kajang teringat Irbed?
p/s 2: Tulisan Hlovate, Contengan Jalanan. Worth to read. Logik dan sederhana untuk diterjemah dalam kehidupan.
p/s 3: Kebanyakan drama Jepun unik. Ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam keunikannya.

Sunday, June 19, 2011

Tetamu Jemputan DIA 3~ [Jeddah]

Bismillah..

14 Jun 2011
Bertolak dari Madinah ke Jeddah dan singgah ke Masjid Terapung yang dikenali dalam kalangan orang-orang Melayu. Namun nama sebenarnya adalah Masjid Rahmah. Terbina di tepi pantai.
Terfikir, Malaysia yang tiru Jeddah atau Jeddah yang tiru Malaysia? c(= Turun dari bas, terus menghirup bau laut. Bukan sebarang laut. Kerana laut tersebut pernah terbelah dengan izin Allah dengan sebab belahan tongkat Nabi Musa a.s.

Masjid Terapung versi Jeddah


Pantai Laut Merah


Uuuu... Jernih kan?


Laut Merah keliling Masjid

Dan di tanah Jeddah ini diketahui asal usul nama Jeddah tersebut. Asalnya daripada perkataan Jaddatun yang bermaksud nenek. Kenapa? Kerana moyang kita Hawa tercampak di sini sebelum bertemu cinta hatinya di puncak Rahmah. Adam? Adam pula tercampak ke Serindik, India. Ni tak sabar nak ke India ni. c(=

15Jun 2011
Selamat sampai di KLIA. Dan sungguh baru perasan. Setiap negara ada baunya masing-masing. Dan sungguh saya melepas rindu dengan bau tersebut.

p/s1: Intan, Selain tanda di Jabal Rahmah, ada satu lagi tanda di Masjidil Haram Tingkat 1. Bukan bawah sekali. Atas satu tingkat bahagian bawah. Dekat tempat masuk tempat solat bahagian sa3i, tempat letak Qur'an tiang bulat ketiga. Dalam salah satu Qur'an terjemahan Melayu 7:151 cari tanda tu. Kalau tak ada orang ubah lah. [Intan, I have written here first before chatting with you. So, maybe it's kinda repeating. c(=]

p/s2: Moga ibadah2 dan doa2 yang kalian minta saya doakan diterima dan dimakbulkan ensyaallah.

p/s3: Ensyaallah, ada rezeki jemputan DIA akan kusahut lagi. =)

Saturday, June 18, 2011

Tetamu Jemputan DIA 2~ [Makkah]


Bismillah..

11 Jun 2011

Marwah


Tempat sa3i dari luar


Tempat sa3i bahagian dalam. [Tidak termasuk sebagai bahagian masjid]


Bahagian luar Masjid


Bab Ra2ees


Lori Bawa bekas zam-zam


Err.. Tapi ada juga orang merokok. Cuma tak ramai.


Istana Raja Sa3udi bersebelahan Masjid


Don't have to have caption i think. =)

Hari melawat keliling Makkah. At least dapat la juga bernafas dari terperuk dalam bilik hotel atau kadang-kadang lepak tempat sa3i cuba hafal 10 muka al-Baqarah tugasan Ustazah kelas ngaji,[memang payah nak mula ingat surah baru. Tapi nak jaga lagi payah. Hafal muka lain muka depan tunggang terbalik. Kena ulang balik. Fuh!] tunggu Ummi habis solat untuk teman pergi shopping.

1. Muzium

Nama muzium itu


Replika telaga zam-zam


Tempat hajarul aswad

Ada kelambu kaabah yang bahagian dalam berwarna hijau dan bahagian luar berwarna hitam.
Terdapat juga replika hijr aswad, telaga zam-zam dan hijr Ismail serta bermacam-macam lagi.

2. Ladang Unta

Unta-unta comel tapi busuk.


Pak Cik Badwi bersama susu untanya

Turun bas, bau semacam menusuk rongga hidung. Aii macam tak biasa pulak. Kata duduk Jordaaan.. =_=" Try rasa susu unta. Erk! Telan dengan terpaksa. Ermm.. macam tekak tak dapat terima.

3. Masjid Hudaibiyah


Mereka miqat ihram di sini untuk umrah kali ke berapa entah.
Terdapat dua perisitiwa penting di sini.
-Bai3aturridhwan.
-Perjanjian Hudaibiyah.
Ha. Ingat lagi tak silibus sekolah rendah dulu? Malas nak taip, Nak tau search. Hehe..

13 Jun 2011
Lawatan kawasan Mekkah lagi.

1. Jabal Thur aka Gua Thur.

Bajet nak pegang bukit tu. Tapi tangan menggigil-gigil. Tak dapat-dapat. =_="

Berkait dengan perisitiwa Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah bersama Abu Bakar r.a. Rujuk: At-
Taubah:40.
Memang tinggi habis lah jabal tu. Dan tak dapat bayang macamana Asma' bt. Abu Bakar r.a. yang diriwayatkan ketika itu mengandung 4 @ 7 bulan boleh panjat redah bukit itu untuk membekalkan makanan selama 3 hari berturut. Dan ketika itu Nabi s.a.w. berumur 53 tahun. Betapa kuat tenaga kudrat yang Allah beri kepada Nabi s.a.w. dan sahabat Hijrahnya. Sebab itu Allah turunkan ayat di atas yang bermaksud:-

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

2. Arafat dan Jabal Rahmah

Jabal Rahmah


Tiang putih di puncak Jabal Rahmah


Dataran bawah pandangan dari puncak

Jabal Rahmah. Tempat di mana Adam bertemu Hawanya. Tempat di mana Nabi s.a.w. memberi khutbah terakhir kepada para sahabatnya yang tercinta. Semua kisah cinta. Namun ramai tertumpu pada yang pertama. Entah apa tarikan magnet yang ada. Sehingga menconteng-conteng tiang di puncak dengan nama-nama. Hitam pekat tanda vandalisme.

Dan saya, mahu tinggalkan tanda cinta buat sahabat saya. Tapi tidak mahu melakukan perkara yang sama. Tidak unik orang kata. Cepat-cepat kertas dari buku nota dikoyak. Dilipat membentuk 'love' dan ditinggalkan dicelah puncak gunung. Entah ada lagi atau tidak. Entah bertemu atau tidak dengan sahabat saya. Tawakkal.


3. Muzdalifah


4. Mina


5. Masjid Ja3ranah
Sebagai miqat mereka yang mahu melaksanakan umrah. Dikatakan ini adalah miqat haji terbaik kerana Nabi s.a.w. berihram di sini.

6. Jabal Nuur aka Jabal Hira'

Ni je gambar yang sempat snap. =_="

Di sini Nabi s.a.w. berkhalwat menyendiri untuk diberi kekuatan menghadapi kekotoran jahiliyah di seklilingnya.

"Iqra." Wahyu pertama daripada surah al-3alaq yang diturunkan Allah melalui Jibril kepada Nabi s.a.w. menggeletarkan Nabi s.a.w. Berlari pulang meminta Khadijah menyelimutinya. Turun pula wahyu dari surah al-Muzammil dan kemudiannya Al-Mudathir meminta Nabi bangun menyampaikan dakwah.

__________________________________________________________________

Dan pada hari ini, Al7amdulillah 3x Allah beri peluang untuk melaksanakan umrah buat kali pertama dan terakhir untuk kali ini seterusnya bertahalul membebaskan diri daripada ihram. DIA mahu mengajar erti menghargai. Ya. Hargai peluang dan ruang ibadah yang diberi.

Moga diterima satu-satunya umrah yang sempat dilasanakan. Sempat bersolat di Hijr Ismail. Berasak juga macam di Raudhah. Cuma kali ini lelaki dan perempuan berasak bersama. Perlu tabah ye untuk memelihara wudhuk. Terutama lelaki yang memakai ihram. Dan dari situ saya akui umrah memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Apalagi haji kan?

bersambung..

p/s: Mengenai uzur syar3i ketika melaksanakan umrah atau haji perlu diketahui oleh semua sama ada lelaki atau perempuan. Kenapa? Perempuan memang wajib tahulah kan. Lelaki? Kerana anda mungkin bakal menjadi tempat rujuk adik, kakak, isteri, ibu dan sebagainya.

Menjadi syarat untuk masuk ke kota Makkah untuk berniat ihram walaupun dalam keadaan mamnu3. Tetapi tidak boleh melakukan tawaf selagi tidak suci. Maka, yg berkenaan akan berada dalam ihram dan wajib menjaga batas-batas ihram selagi tidak dapat menunaikan umrah. Jika sehingga pulang masih tidak suci, maka dam wajib dibayar.

Friday, June 17, 2011

Tetamu Jemputan DIA 1~ [Madinah]

Bismillah..

4 Jun 2011
Seawal 5.15 a.m. teksi bersama sang murakib bidang terjun sudah menunggu luar. Huh! Awal betul. [Padahal janji pukul 5 a.m. =_="] Tak sempat eden nak sarapan jap. Ah. Tak kira. Meh nak cilok sepotong puding jagung jap. Bersalaman peluk cium dengan Kak Piya, cilok puding jagung isi perut,terkocoh-kocoh keluar sambil tarik beg yang tayarnya dah menyapu negara-negara yang tuannya paksa dia pergi bersama.

Sampai hotel airport. Salam peluk cium rindu ummi abah. Lepak-lepak hotel. Hmm.. boleh tahan juga hotel airport jordan nih. Boleh lah nak bagi 5 bintang kot.

Lawat Ashabul Kahfi. Snap-snap gambar sikit. Patah balik Irbed. [Ok. Perjalanan yang sungguh lawak. Tapi tak pelah. Demi menghantar dua peneman sejati kembali dengan selamat.] Ummi
abah lalu depan syuqqah anak dia. Lalu je. Sebab tak sempat nak masuk. Kata mereka, cantik. Mungkin sebab melihat rumah-rumah lain yang berkotak-kotak lain macam tanpa cat. =_="

5.30 petang, flight ke Jeddah. Err.. Ada yang tiket bermasalah.

5 Jun 2011
Dari Jeddah ke Madinah. Sampai Madinah, muka sememeh blurr penat ngantuk. Subuh. Ummi abah berkejar ke Masjid Nabi atau Masjid Nabawi. Anak mereka, subuh dalam hotel. Malas nak bersiap tambah dengan kepenatan masih menjalar ke seluruh tubuh.

Lepak dan rehat. Kemudian dipanggil turun untuk melawat Masjid Nabawi. "Ambil wudhuk siap-siap," pesan ummi.

Masjid Nabawi dari tingkap hotel.


Payung2 terbuka


Menjadi teduhan buat jemaah


Pembersihan payung dilakukan.


Salah satu pintu masuk masjid


Tempat air zam-zam. Memang merata-rata. Puas minum!


Dalam Masjid Nabawi. Design macam kat Masjid Cordoba kan? Beza warna je.

Celoteh Ustaz, antara dengar atau tidak kerana sibuk snap pics. Setelah itu, Ummi plan nak ke Raudhah. Oh Terus teringat Intan. Pesannya, tanda kami biar tinggal di situ. Namun, setelah Ummi membawa ke tempat tersebut. Anaknya hanya menelan liur.

Peh! Inikah Raudhah??? Ramai yang amat! Berasak-asak. Tolak menolak. Gaya macam main ragbi. Yang sedang sujud bersolat hampir tertindih oleh tubuh yang lain.

Dalam hati: 'Errr.. macamana boleh khusyuk solat dalam keadaan macam ni? Nak letak tanda kita ke Intan? I don't think I can do it.' And there, my tears's rolling down. Bukan sebab khusyuk. Tak. Tapi memikirkan aksi-aksi tersebut depan maqam Nabi dan para sahabat. Ya. Esak yang tak boleh tahan. Cuba sembunyikan air mata kesedihan daripada Ummi dengan mengatakan mengantuk. Keluar dari Raudhah, lepak di satu sudut masjid. Ambil keputusan untuk tidur dan melupakan.

Untuk makluman, kawasan Raudhah untuk perempuan sangatlah sedikit berbanding lelaki.
Sebab itu kot berasak habis.

6 Jun 2011
Hari ini lawatan mengelilingi kota Madinah.

1. Masjid Quba'.

Masjid Quba'. [Malas nak edit kepala orang tu. c(=]


Kelebihan solat di Masjid Quba'

Masjid pertama yang dibina Nabi s.a.w. yang dahulunya hanya pelepah-pelepah pohon kurma. Namun tetap teguh kerana dibina atas dasar taqwa. Rujuk At-Taubah: 107-108

2. Ladang Kurma.

Banyak terjual kurma di sini. Ummi borong kurma lagi. Haha. Minum-minum syai dan tegur orang arab bakar roti sebab Ummi mahu merasa roti tersebut. Abah pula khusyuk memerhati sistem pengairan. Memang agriculture ni passion abah lah! Mana-mana pergi, perhati tanah
perhati pokok.

3. Jabal Uhud.
Jabal Uhud. Pandangan dari puncak Jabal Rumah.


Jabal Rumah. Tempat 10 pemanah tersebut. [Habis orang pandang pelik masa berusaha ambil gambar ni. Sampai ada pak cik tanya: "Ambik gambaq apa??" =_="]


Perkuburan Syuhada' Perang Uhud.

Kisah Perang Uhud mengimbas sekali lalu sambil diceritakan oleh Ustaz bertanggungjawab. Semua belajar kisah perang ini rasanya. Hampir menang tapi kalah kerana 10 pemanah yang ditempatkan di Jabal Rumah [Ustaz tu kata. Atau salah dengar? Entah.] turun kerana terpesona dengan ghanimah. Berdiri di punjak Jabal tempat 10 pemanah, sempat memikirkan kalau aku yang ditugaskan di atas ini dengan pandangan meluas ke bawah dan ternampak kelibat yang lain sedang mengumpul ghanimah, mungkin aku juga akan melakukan perkara yang sama. Turun. Hmm..

4. Kilang Qur'an.
Cis betul. Perempuan dilarang masuk. Tak faham kenapa. Berdebat dengan Ustaz bertugas pun dia tidak dapat memberi jawapan. Serius jeles! Dapat Qur'an free seorang satu pulak tu. Hailaaa.. Tak faham kenapa. Sirius tak faham. Siapa tahu boleh jelaskan ok. [Aura tak puas hati memancar berapi-api.]

5. Masjid Qiblatain.


Tapak di mana qiblat ditukarkan dari Baitul Maqdis ke Baitullahilharam. Di sini Nabi s.a.w. solat dengan dua qiblat. Sebab itu dinamakan qiblatain aka 2 qiblat. Tapi kini kita hanya solat dengan mengarah ke satu qiblat. "Jangan dua qiblat ya", pesan Ustaz yang menerangkan. Rujuk Al-Baqarah: 142-147.

6. Jabal Khandaq dan Masjid Tujuh.

Err.. yang ini tak sempat snap gambar sebab tak turun. Lalu je.

Di sini berlaku perang pertama dalam sejarah Islam. Perang yang diberi ilham oleh Salman Al-Farisi untuk mengorek lubang membina parit besar sebagai strategi. Ketika kerja-kerja perparitan dilakukan, terdapat satu batu besar yang tidak dapat dipecahkan oleh sahabat-sahabat. Maka mereka mendapatkan Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah memukul batu tersebut dengan 3 pukulan.

Riwayat Ahmad dan An-Nasa`i, dari Abu Sukainah radhiyallahu ‘anhu:-

“Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan penggalian khandaq, ternyata ada sebongkah batu sangat besar menghalangi penggalian itu. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit mengambil kapak tanah dan meletakkan mantelnya di ujung parit, dan berkata: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Terpecahlah sepertiga batu tersebut. Salman Al-Farisi ketika itu sedang berdiri memandang, dia melihat kilat yang memancar seiring pukulan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian beliau memukul lagi kedua kalinya, dan membaca: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Pecah pula sepertiga batu itu, dan Salman melihat lagi kilat yang memancar ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memukul batu tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memukul sekali lagi dan membaca: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dan untuk ketiga kalinya, batu itupun pecah berantakan. Kemudian beliau mengambil mantelnya dan duduk. Salman berkata: “Wahai Rasulullah, ketika anda memukul batu itu, saya melihat kilat memancar.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya: “Wahai Salman, engkau melihatnya?” Kata Salman: “Demi Dzat Yang mengutus anda membawa kebenaran. Betul, wahai Rasulullah.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ketika saya memukul itu, ditampakkan kepada saya kota-kota Kisra Persia dan sekitarnya serta sejumlah kota besarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat yang hadir ketika itu berkata: “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumahrumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdoa. “Kemudian saya memukul lagi kedua kalinya, dan ditampakkan kepada saya kota-kota Kaisar Romawi dan sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdoa. “Kemudian pada pukulan ketiga, ditampakkan kepada saya negeri Ethiopia dan desa-desa sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Lalu beliau berkata ketika itu: “Biarkanlah Ethiopia (Habasyah) selama mereka membiarkan kalian, dan tinggalkanlah Turki selama mereka meninggalkan kalian.”

Masjid Tujuh pula dibina sebagai kubu pada asalnya. Namun kini didirikan sebagai masjid di atas tapak peperangan khandaq tersebut.

7 Jun 2011
Ke Raudhah lagi. Kali ini, dengan azam tidak mahu air mata hadir. Namun, setelah usai solat sunat 2 rakaat dengan mengecilkan tubuh ketika sujud, niat mahu keluar segera mencari Ummi yang telah selesai awal juga mahu memberi peluang kepada orang lain. Namun, kerana asakan dan aksi tolak dan halang berlaku memberi peluang untuk berdoa sambil berdiri di situ. Dan gerimis tumpah lagi memikirkan sifat pentingkan diri dan bangsa sendiri dalam jiwa-jiwa Ummah. Ya Allah, satukan hati-hati kami tanpa berkira bangsa dan warna kulit.

Selepas zohor, bertolak ke Makkah. Ya. bakal merindui kota kesayangan Nabi s.a.w. itu. Setiap waktu solat, pasti. Pasti jemaah berjalan menuju ke masjid. Kedai dan gerai ditutup ala kadar. Walau subuh sekali pun. Memang suasana kepada Ibadah.

Sampai di Birr Ali. Tempat miqat untuk ihram pertama. Niat ihram dilakukan. Orang lain boleh bebas dari ihram pada malam itu juga setelah tawaf sa3i dan bertahalul. Namun ada seorang yang tertahan ihramnya kerana err.. uzur syar3i. Memang peh habislah nak menjaga.

Bersambung..