Pages

  • RSS

Tuesday, November 30, 2010

"Ya Sobaya.."

"Ya sobaya.."
*Erkk..Berhenti berjalan dan toleh ke depan*
"I'm sorry. But you're too late. See you tomorrow.."
*buat muka cool.. and then, keluar..*
'aaaaahhhhhh... apsal aku tak dapat tangkap signs yang syabab2 arab tu bagi. Adooii... Dengar je kot dehem2 tuu.. huuuu.. tak boleh masuk lecture langsung. huuu.. hmmm.. nak merayau mana nih....??'

Uhuh..!! Dah la sebelum tu kena halau dengan mak cik bersih tandas. Masa tu pukul 1.10. Kelas pukul 1.15. Mak cik tu nak bersih tandas masa tu juga.. Masuk2 kelas kena halau lagi. Memang hari kena halau la. Huhu..

Masa keluar, muka cool.. dalam hati.. T_T.. Malu kooottt.. Bergenang dah..

Oh, Dr. Rashid.. Terasa malas nak masuk kelas bila terbayang balik. But bila fikir2, siapa yang rugi? Baik masuk. Tak payah simpan lama2. Nak emo, emo masa tu je. Jangan emo lama2.. Nanti jadi chronic tumour. Huhu..

Tak pelah.. Lagipun, rupa-rupanya ramai lagi sebelum tu yang kena halau dengan lagi teruk. Relax2.. Ada something yang Allah susun tu..

Quote from Irfan Khairi:-

"Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang amat berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!"

Moga esok lebih baik. Ensyaallah~

p/s: sobaya = teenage girl -it's an Arabic word.

Friday, November 5, 2010

Lemba..

Bismillah..

"Long.. nah.."
"Apa nie?"
"Cuba rasa..."
"Boleh makan ke?"
"Laaa.. pasai pa tak boleh makan pulaakk.."
*makan takut-takut*
"Rasa apa?"
"Manis yang pelik.."
"Hehe.. Cuba pi minum ayaq.."
"Kenapa?"
"Pi la minum...."
*pergi dapur ambil air dan minum sambil berkerut*

Tahu kenapa? Sebab pelik. Buah yang ayah saya beri untuk dirasa dah tak ada dalam mulut. Tapi.. rasa manis dia still ada di lidah. Malah makin manis. Makin rasa mahu minum air. Air kosong itu rasa seperti ditambah gula. Padahal air biasa.

"Nama apa buah nie, abah?"
"Buah lemba..."

Saya rasa buah lemba ini sangat menarik. It's sooo interesting.. Bak kata Dr. Ziyad Nasir dalam lectures Microb + Immune.

Kalau difikirkan, buah lemba ini tak ada lah popular mana. Bukan tak popular mana. Memang tak ramai orang kenal. Tapi sekali orang diperkenalkan dengan buah ini dan rasa kemanisan air yang disebabkan oleh buah itu, memang ensyaallah orang tak akan lupa kewujudan dia.

"Buah ni untuk orang yang ada high blood pressure.."
"Ohh.. "
*sambil cuba ingat-ingat apa ubat untuk orang yg sakit darah tinggi yang dah belajar dalam cardiovascular system.*


p/s 1: Jom maniskan orang sekeliling dengan apa yang kita mampu macam buah lemba. ^_^

p/s 2: Doakan ikhlas menjadi milik kita dalam setiap apa yang kita lakukan.

p/s 3: Moga Allah jauhkan kita drpd sifat dengki dan iri hati terhadap kawan-kawan di mana jika dengki dan iri itu diterjemah dalam bentuk perbuatan.. akan musnah satu ikatan. Biarlah jika iri itu wujud, kita saling mahu bersaing bersama dan saling melengkapi. Bukan saling memusnahkan. Ameen..

p/s 4: Doakan keselamatan Irbed yang makin meruncing. Oh rindukan Irbed yang dahulu. Aman. Moga Allah beri kesempatan merasai nikmat aman itu lagi.