Pages

  • RSS

Wednesday, November 25, 2009

Dahulukan DIA

Assalamu3leykum wbt.


comelkan poster mereka buat. Oh, tema ADHA Permai kali ini = 'Variasi Erti Berkorban'

Mesti semua dah sedia maklum yang lusa adalah eidil adha. Jadi, saya ucap awal-awallah untuk raya ni ye. "Kullu 3aam wa antum bikheir. Insyaallah."&"Salam aidil adha."
Macam biasalah, kat Jordan ni kalau raya, mesti akan buat program untuk raya tu. Jadi, kali ni PERMAI mewakili ahli-ahlinya melaksanakan qurban sebanyak :-
  • 13 ekor kambing
  • 4 ekor lembu
  • 1 ekor unta
Haa.. mantap tak? 2 hari diperlukan untuk menguruskan hal-ehwal qurban ni yakni untuk melapah dan memotong kepada bahagian2 kecil untuk diagihkan. Alhamdulillah. Moga2 qurban mereka yang berqurban untuk raya kali ini diterima Allah. Insyaallah.

Saya baru balik dari ceramah yang diberi tajuk 'Bercinta Biar Seribu, Matlamat Tetap Satu'. Program ni antara salah satu daripada banyak-banyak program yang bakal dilaksanakan. Oh, saya tak dapat pulak nak mengait tajuk ceramah dengan isinya. Tapi takpelah. Yang penting isi kan?


Allahuakbar=Allah maha besar. Ini yang kata kunci yang saya dapat daripada ceramah tu. Oh, lupa. Nama penceramah, Ustaz Yusrizal b. Wan Shafii.

Mesti semua tahu kisah di sebalik eidil adha ni. Tak kan tak tahu kot. Tiap ceramah berkait eidil adha, for sure akan sentuh bab ni. Yakni, kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.


Saya rasa tak payah kita sentuh secara detail kisah ni. Cumanya, cuba kita lihat bagaimana berserah dan percaya serta yakinnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kepada Allah, terhadap perintah penyembelihan Nabi Ismail. Kat sini, cuba bayangkan diri kita. Diuji sedikit pon dah nak mengeluh. Adeyhh. Tapi, kedua-dua nabi Allah ni terus berserah mengikut apa yang diperintah atas kepercayaan: ALLAHUAKBAR. Kita boleh nampak macamana mereka mendahulukan Allah daripada yang lain. Daripada keluarga sendiri yang amat dikasihi sekalipun.

Kalau kita lihat kehidupan seharian kita, adakah kita mengaplikasikan makna Allahuakbar tu dalam kehidupan kita? Kadang-kadang, solat pon boleh tangguh-tangguh tanpa sebab yang munasabah. Apa lagi ibadah-ibadah lain. (adeyhh.. kantoi. T__T) Kalau betul kita menghayati makna Allahuakbar tu, Insyaallah kita akan mendahulukan apa sahaja demi Allah. Sebab kita yakin tiada siapa yang lebih utama selain DIA.


Selain tu, Allah takkan sia-siakan pengorbanan hamba-hambaNYA. Jadi, mari kita sama-sama yakin dan percaya dengan penuh kesungguhan apa sahaja yang Allah perintah pasti ada kebaikan untuk diri kita. Lihat. Kebaikan kembali kepada diri kita. Bukan Allah. Allah tak ambil sdikit pun manfaat dari perintahNYA. Dia yang mencipta kita. Maka Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Itulah perkongsian yang saya dapat daripada ceramah tadi. (Ceramah punyala lama. Ini je yang dapat? Eh, ini point utama tau dalam ceramah tadi. Kalau faham dan hayati yang ini, Insyaallah yang lain orait je.)

Okeh, itu je. Moga2 apa yang disampaikan, yang menulis akan berusaha lakukan dahulu daripada yang membaca. Mari sama-sama kita muhasabah.


ps1: Jom puasa esok. (9 zulhijjah) -mahu tahu lebih lajut, sila tekan link
ini.

ps2: Seminggu lepas cuti, terus mula second exam. Doakan untuk semua.

ps3: Saya baru tukar layout blog ni sebab hari tu semua link hilang. Alang2, saya pon tuka layout sekali. Jadi, siapa2 yang linknya tiada dan nak ada, silalah tinggal jejak.

ps4: Blog ini tema pink. Tapi tetap tema tumbuhan. Jadi, masih sesuai dengan nama blog ok. (no offense. =P)

Wassalam.

2 comments:

Siti Umairah said...

salam izzah..
cis,link kat blog daku upenye!
wat segan je..
jom melapah2~

nima said...

Wsalam wbt.
haha.. yela, lengakap hadis ayat Qur'an segala. link saje le..
bangga r tu.. ngeh3..
jom memotong r.. mlapah bkn syabab ke?