Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani..
Banyak benda nak taip sebenarnya. Tapi ada kerja lain yang lebih utama beratur menunggu. Maka, mengupdate blog ini diketepikan. Jom, terus kepada ceritalah.
Perancangan awal untuk cuti sem 2 nie sebenarnya nak ke France dan Spain. Yang utamanya adalah Spain. Tapi disebabkan beberapa masalah dengan flight dari France ke Spain, akhirnya keputusan yang kami (fad dan saya) buat hanyalah ke France sahaja atau France dan negara Europe sekitar yang boleh kami sampai menggunakan train.
Banyak masalah yang berlaku semasa dalam perancangan awal sehingga saya bertindak macam melarikan diri daripada berbincang mengenai percutian sehinggalah tamat final exam sem 2. Nak dijadikan cerita, pada mulanya kad ATM saya yang bakal digunakan untuk tempahan tempat penginapan dan beberapa transport serta tiket secara online. Tapi, tak tahulah sebab apa (rasanya sebab tak baca bismillah kot-senior kata.), saya telah melakukan kecuaian sebanyak dua kali melibatkan jumlah duit yang agak besar.
Pertama, saya silap menulis nombor akaun sendiri ketika mahu memasukkan duit fad dan intan ke dalam akaun saya. Namun, dengan tindakan segera lepas menyedari kesilapan, duit tersebut dapat diselamatkan. Al7amdulillah.
Kedua, saya kehilangan kad ATM saya. Saya tidak pasti sama ada kad tersebut tertinggal di mesin ATM atau jatuh di mana-mana. Dan, kebetulan waktu tu, hari Jumaat. Bank tak buka. Waaa.. naya gak masa tu. calling-calling seniors, semua tak sure nak buat camne sebab semua bank tutup. Akhirnya, saya balik, cari number telefon Jordan Islamic Bank kat internet. Al7amdulillah, jumpa dan saya minta kad saya yang hilang tu diblock. Masalah lain timbul, iaitu terpaksa guna kad orang lain. Intan punya kad jadi mangsa.
Bila dah dua kali buat silap, saya jadi cuak. Sebab agak jarang saya cuai kalau bab-bab duit. Especially duit orang. Saya tak mahu urus dah bahagian kewangan. Biarlah Fad dan Intan uruskan. Dan saya sedar. Waktu ni, saya banyak lari. Rasa tak sedap hati. Tapi, lepas final exam saya mula sangka baik. 'Insyaallah, tak ada apa-apa. Allah nak bagi aku pengalaman macamana nak urus kalau silap number akaun dan hilang kad waktu hari cuti.'
Perancangan awal juga, nak main redah tanpa muraqib. Tapi, seniors kata, kalau tak nak muraqib kena ramai at least 5-6 orang. Masa tu, hanya ada 3 orang. Saya, Fad dan Intan. Nak tak nak kenalah cari muraqib. Pencarian bermula dengan juniors. Tapi ramai yang pergi umrah. Tanya-tanya batch sendiri, Al7amdulillah ada yang nak join trip tu sekali.
Oh trip kali ini, saya ada meletakkan beberapa target. Dan target-target tersebut akan menyimpulkan sama ada trip kali ini lebih baik atau tidak daripada trip-trip sebelum ini.
Al7amdulillah, dalam trip kali ini saya dapat kenal diri saya dan sahabat-sahabat saya dengan lebih dekat. Musafir bukan sesuatu keadaan di mana kita berada dalam keadaan selesa. Dan bila kita bukan dalam keadaan selesa itu bermakna kita sedang diuji. Dan ketika kita diujilah kita dapat kenal bagaimana diri kita dan juga sahabat-sahabat kita sebenarnya. Bila kita dah kenal diri baru dapat perbaiki kelemahan pertingkat kekuatan. Kan?
Dan yang paling penting pengalaman. Pengalaman travel sendiri. Without agent. Serious menarik. Baca peta sendiri. Sesat menyat sendiri. Silap langkah sendiri. Semua sendiri. I mean dalam kumpulan lah. Cuma, bergantung dalam kumpulan tulah nak buat decision macamana. Kalau dah sesat camne. Kalau dah silap beli tiket camne. Kalau tetiba ada dalam ahli kumpulan buat cadangan last minute macamne. Semua-semualah. Sebab itu, sanggup je keluarkan duit untuk berjalan. Tapi still kena pandai berjimatlah kan. Sebab pengalaman itu yang mendidik. Ilmu tanpa pengalaman bak teori tanpa praktikal. Pengalaman itu merupakan ilmu. Tapi ilmu itu tak semestinya pengalaman. Betul tak? Betul3.
Haa.. pastu lagi satu, at least bila dah pergi satu-satu tempat tu, macam baru tahu keadaan sebenar masyarakat lain macamana. Oh paling terkezut kat Amsterdam. Seriously, tak pernah tahu pun yang amsterdam tu bandar yang menghalalkan segala-galanya. Huhu.. Oh, menunjukkan betapa malas nak membaca pasal facts. ^^' Pengajaran: Silalah rajin baca facts instead of fictions. =P
Oklah. macam dah panjang je. Insyaallah, akan ditulis pengalaman travel kali ini. Tapi tak mahu janji. Sebab pengalaman travel ke Mesir pun tak tertulis-tulis lagi. Mungkin cara tulis macam lain kot kalau tulis. Sebab travelmates ada yang tulis. Takut ulang benda sama je nanti. hehe..
p/s 1: minta maaf kalau-kalau tak sempat jugak nak taip untuk pengalaman kali ini. Tapi insyaallah akan diusahakan.
p/s2: tengah baca Denyut Cinta Medik by Dr. Farhan Hadi and Empress Orchid by Anchee Min. Pelik tak tetiba beli buku pasal cerita cina lama-lama? Haha.. suka je sebab dulu-dulu suka sangat tengok cerita cina lama-lama yang lelaki dia shave rambut separuh pastu ada tocang belakang. =P
p/s3: immune + public health + environmental protection or in short EP; subjects have to be completed during this summer sem. Pray for us!
p/s4: berlaku percampuran bahasa dalam entri kali ini. Kalau tak suke... ermm.. apa kesaaahh.. This is my blog. lalala~ ceh.