Pages

  • RSS

Sunday, February 22, 2009

Pusing2 Jordan 2

30 jan 2009

Qasr Kharranah
-Qasr=istana & Kharranah=arnab padang pasir
-Suatu ketika dahulu kawasan tersebut dikatakan dipenuhi oleh arnab padang pasir
-Dibina pada zaman pemerintahan kerajaan Umawiyah. Buktinya: penemuan tulisan khat kufi pada salah satu bilik bahagian barat di tingkat 2.
-digunakan untuk pertemuan para pedagang

Qasr Kharranah

Antara binaan dalamannya.. Bkn mcm kota A Famosa eyh.. yg cume ada pintu kota.. huhu.. Bangunan ni masih boleh dikatakan lengkap dengan tangga2 dan bilik2 walaupun dah runtuh2 sikit.

Tulisan khat kufi yg menjadi bukti binaan ini dibina pada zaman Umawiyah

Quseir Amra
-dibina oleh Khalifah Walid I pada zaman Umawiyah
-berfungsi sebagai Hamaam (bilik mandi). Ni kirenye mcm SPA orang dulu2.. huhu..

Quseir Amra

Kubah Syurga di bilik hangat (caldarium) - lukisan memaparkan buruj..

Kincir air yg digunakan utk membekalkan air utk kegunaan SPA

Gua Ashabul Kahfi
-"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu..." (Al-Kahfi:17)

Lubang yg dimasuki cahaya di bahagian atas gua tersebut

-"...setelah itu maka mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui hal ehwal mereka." Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka." (Al-Kahfi:21)

Di atas gua ini ada peninggalan rumah ibadat. Pada mulanya ianya adalah rumah ibadat org Nasrani. Kemudian, pada zaman Umawiyah ianya berfungsi sebagai masjid.

Terdapat bintang segi 8 di bahagian tepi Nawawis (kubur org Nasrani) menandakan zaman Rum Byzantium.

Tulang yang terdapat di dalam Nawawis. Dikatakan ianya adalah tulang salah seorang pemuda2 tersebut.

Jabal Qal'ah (Philadelphia)
(pernah mkn makanan nama philadephia x?? haha.. ada kat mat'am Abu Mahmud.. Sandwich daging dan mushroom msk lada hitam rupenya.. ^_~)
-pernah diduduki dari zaman Rum Byzantium hingga zaman kerajaan Umawiyah.
-merupakan salah satu kota daripada Decapolis(rujuk post sebelumnya)
-Antara binaan yang masih kekal di sini:-
  • Kuil Hercules-dibina oleh Maharaja Marcus Aurelius

  • Great Audience Hall-kompleks istana dan kawasan rehat kota-dibina ketika zaman kerajaan Umawiyah

  • Reservoir-pusat takungan air utama untuk disalurkan ke seluruh kota

  • Menara Abbasiyah-dari sini pemandangan wasatul balad Amman dapat dilihat dgn jelas
Wasatul balad Amman.. (agaknyelaa haha.. x pasti sebenarnya. Sape tau ckp eh.. hehe..)
  • Perkuburan lama Islam

Muzium Jordan
-Antara yg menarik perhatian ialah:-

Tulang-belulang mayat bayi yg disimpan di dalam jar dan disimpan di bilik bawah ruang tamu utk menandakan yg bayi tu ada dlm kalangan mereka walaupun sudah mati. (tradisi Mesopotamia, Mesir dan Palestin - zaman dulu2)


Tears bottles. Digunakan pada zaman Rom

Muzium Kereta Diraja Jordan
-muzium pertama diwujudkan di negara Arab
-mempamerkan 80 buah kereta dan motosikal yg digunakan oleh raja2 yg pernah memerintah Jordan. Kebanyakannya adalah dari zaman Raja Hussein bin Talal bin Abdullah.

Kata2 Raja Al Hussuin bin Talal


Antara kereta2 yg ada di situ..


Antara motosikal2 yg ada di situ..

To be continued..

Tuesday, February 10, 2009

Pusing2 Jordan 1

Assalamualaikum w.b.t.

Berakhirnya exam kertas terakhir pada 27 Januari lalu menandakan berakhirnya semester pertama bagi tahun pertama dan bermulanya cuti selama lebih kurang 2 minggu. Yeayy!! "Cuti itu satu nikmat.." bak status salah seorang senior di sini. Kenapa ye? Yelaa.. inilah masanya untuk release tension lepas berhempas pulas dengan exam yg dilaksanakan hampir tiap minggu di Jordan nie. Tapi, kadang2 cuti itu juga boleh menyebabkan berlakunya pembaziran masa kalau x dimanfaatkan sebaiknya. Hurmm.. cuti nie, penulis pergi pusing2 Jordan melawat tempat2 bersejarah, merenung kembali kisah2 dalam al-Qur'an..

29 jan 2009
-perjalanan kami bermula pada hari ini di bawah kelolaan Ustaz Hazimin dan Ustaz Zaid. Maka, penerangan tempat2 yg dilawat adalah berasaskan rujukan buku Jelajah Jordan 2009-

Umm Qays
-dikenali sebagai Gadara
-merupakan salah satu bandar dalam Decapolis (himpunan 10 buah kota di bawah pemerintahan Rum yg terdapat di Timur Tengah)
-pernah dikuasai oleh Greek, Rum, Bizantiyum dan Islam
-binaan ketika Rum Greek= batuan hitam (Igneous)
-binaan ketika Turki Uthmaniyah= batuan putih (limestone)

Pemandangan di Umm Qays

Pemandangan Bukit Golan di mana di sebaliknya terdapat Tasik Tobari yg kini milik Israel

Kota Ar- Rabad, Ajlun
-dibina oleh Panglima Izzudin Usamah= anak saudara kepada Panglima Salehuddin al-Ayyubi
-tujuan pembinaan:-
1.mengintip pergerakan tentera salib
2.penguasa terhadap lombong2 besi
-tapak asal: rumah pendeta bernama Ajlun (pandangan ini ditolak setelah kajian mendapati bahawa tapak kota ini pada asalnya ialah kesan tinggalan kerajaan Rum.
-pada asalnya kota ini mempuanyai 4 menara dan di setiap bilik tentera terdapat 'slit' utk tujuan memanah.Kota Ar-Rabad, Ajlun


Pemandangan dari atas Kota Ar-Rabad, Ajlun

Kota Jerash
-pernah berada di bawah taklukan Alexander The Great
-Jeneral Pompei dari empayar Rum menukar nama Jerash kepada Gerasa=63 sblm Masihi
-Maharaja Trajan melancarkan serangan ke atas pusat Nabatean di Petra=106 Masihi
-Tugu Hadrian (tugu kejayaan) dibina sebagai meraikan kedatangan Maharaja Hadrian=130 Masihi
-Islam menguasai Jerash dan kegemilangannya pada zaman Umawi=636 Masihi. Terkenal sebagai lombong perak dan gangsa serta kawasan industri tembikar.
-dilanda gempa bumi=749 Masihi. Penduduknya jatuh merudum kepada 4000 org sahaja.
-juga merupakan salah satu bandar dalam Liga Decapolis

Tiang2 di belakang itu boleh bergerak..!! (utk tujuan mengesan gempa bumi)

Menikmati keindahan tiang2 di Kota Jerash

To be continued.. Insyaallah