Pages

  • RSS

Wednesday, August 29, 2012

Appetizer~

Bismillah..







Bajet laa appetizer. Padahal still x tau nak present post gaya cmna. =_="
Oh, btw semua gambar atas ni adalah gambar kat Taj mahal. ^_^

Wednesday, July 11, 2012

hacked~

*tutup mulut sambil tahan ketawa*


haih. nak hack facebook, tersalah sign out awal sangat. hack blog pun jadi la, yedak?

hikhik.

untunglaaaa jadi jiran. boleh hack kawan.

hikhik.

ada baiknya saya sembunyi dulu. sebelum izzah jerit bergegar satu zamzam.


l*ve you, izzah.

psst: tak sangka umur camni pun saya nakal lagi. peer pressure la ni. haha >.<

Sunday, July 1, 2012

Lukisan Pahit 2~

Bismillah..

Setelah tamat tempoh untuk melukis, pelukis terakhir bersiap sedia untuk mempersembahkan lukisannya kepada raja yang beberapa hari lepas telah menamatkan riwayat teman-teman sekerjanya.


'Berserah. Aku sudah lakukan yang terbaik. Moga raja terima lukisanku ini.'


Lalu lukisan pelukis ketiga dipersembahkan kepada raja.


Sang raja mengangguk-angguk sambil tersenyum puas tatkala perhatiannya diberi kepada lukisan tersebut. Dirinya dilukis sedang menaiki kuda dalam keadaan sedang memanah. Lalu, tempang baginda serta sebelah matanya yang buta dapat disembunyikan. Tiada munafiq. Tiada penghinaan.

Maka, kerana berpuas hati baginda raja melantik pelukis terakhir sebagai pelukis diraja dan dianugerahkan berbagai set cat dan berus lukisan yang mahal-mahal serta diberi rumah mewah berdekatan istana raja.

TAMMAT
_______________________________________________________________________

Lukisan yang pahit menjadi manis bilamana pelukisnya hebat menambah rasa.
Seperti juga kebenaran. Kebenaran itu seperti ubat yang pahit. 


Andai penyampainya tidak cuba untuk memaniskannya, maka pendengarnya akan menjadi seperti raja. Lalu, sang pendengar tak akan dapat merasa manisnya ubat yang asalnya pahit.

16:125

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [An-Nahl: 125]

 Jom, latih otak jadi kreatif dan inovatif untuk melazatkan ubat yang pahit! ^_^

p/s 1: Alhamdulillah, banyak saya belajar dari mereka hari ini. =)
p/s 2: I think i'm the person who have to be busy to be arranged in my daily life.
Kalau tak, memang suka bertangguh sebab rasa macam masa banyak. @_@
p/s 3: Oh, Hanady's~ =p
p/s 4: Banyaknyaaa dapat jemputan kahwin!

Tuesday, June 26, 2012

Lukisan Pahit 1~

Bismillah..


Ini kisah zaman dahulu kala di sebuah negara. Tersebutlah kisah seorang raja yang kurang sempurna anggotanya. Buta sebelah matanya dan pendek sebelah kakinya. Tidak diketahui sama ada kecacatan tersebut sedari kecil atau sebab lainnya.

Suatu hari yang permai, raja itu teringin sekali jika ada yang sudi melukis diri baginda. Lalu panggillah baginda tiga pelukis terhandal dalam negara. Kebetulan zaman itu mesin yang bernama kamera masih belum tercipta. Kalau sudah tercipta, tak perlu bersusah payah berjam-jam melukis baginda, kan?

"Beta mahu diri beta nampak hebat, kacak dan bergaya dalam lukisan tersebut", titah baginda kepada ketiga-tiga pelukis.

Bermulalah pelukis pertama dahulu melukis baginda. Lukisannya, menggambarkan betapa hebat, kacak dan bergayanya baginda. Tanpa cacat cela. Siap dengan mata yang berwarna biru dan tidak buta serta kaki yang tegak berdiri tanpa tempang. Setelah berpuas hati dengan lukisannya, pelukis pertama mempersembahkan lukisan tersebut kepada baginda.

"Hmmm.. Beta kah ini?"
"Iya tuanku. Begitulah rupa tuanku yang hebat kacak lagi bergaya."
"Munafiq kamu! Ini bukan beta! Hukum dia! Pancung!"

Maka menggigil ketakutan pelukis pertama hingga terkencing-kencing tanda betapa takutnya ia. Lalu diseretlah ke tempat hukuman untuk ditamatkan riwayat hanya kerana lukisan yang tidak jujur. Melihatkan itu, maka menggigil jualah kedua-dua pelukis yang lainnya.

"Baik, sekarang giliran kamu pula pelukis kedua. Lukiskan diri beta yang sebenar! Jangan kamu munafiq seperti pelukis pertama. Nanti kamu juga beta akan pancung!"

Bermulalah pelukis kedua melukis baginda. Setelah diberi tempoh dua hari, siaplah lukisan tersebut. Lalu dipersembahkan kepada baginda.

"Ini.. beta kah?? Beginikah rupa beta?"
"Ia tuanku. Beginilah rupanya. Secara jujur tanpa munafiq tuanku."
"Mata beta dilukiskan buta! Kaki beta dilukiskan tempang! Apa ini! Ini satu penghinaan! Pancung!"

Pengawal pun datang menyeret pelukis kedua yang menggigil-gigil sambil meminta ampun. Namun permintaannya itu tidak diendah oleh raja kerna tersangat marah. Tersangat rasa terhina.

Tibalah giliran pelukis terakhir. Sebelum memulakan lukisannya, beliau berfikir sejenak. Bagaimana mahu menggambarkan baginda dengan hebat, kacak lagi bergaya tanpa bermunafiq. Lima minit berlalu, diambilnya berus lukisan dan dicoret atas lembar kain putih di hadapannya.

Setelah tamat tempoh untuk melukis, pelukis terakhir bersiap sedia untuk mempersembahkan lukisannya kepada raja yang beberapa hari lepas telah menamatkan riwayat teman-teman sekerjanya.

'Berserah. Aku sudah lakukan yang terbaik. Moga raja terima lukisanku ini.'

Bagaimana pengakhiran pelukis terakhir? Apakah sama seperti pelukis pertama dan kedua? Atau lukisannya diterima raja? Bagaimana pelukis terakhir melakar lukisan raja?

Nantikan post seterusnya..

p/s: Kalau dah tahu, lagi bagus. Boleh cerita kat komen ok. =)

Tuesday, June 12, 2012

Association between twitter and blurred~

Bismillah..

Saya rasa skill penulisan saya makin menghilang.
Tiap kali rasa nak tulis, rasa blurr..
Sebab berkicau banyak sangat ke?
Habislah, blog ni makin tebal berhabuk.

p/s: Tajuk post sedang mode community medicine. Association relation bagai~

Monday, April 30, 2012

Words~

Bismillah..

Ok. Ini kerja masa tak dapat tidur.


Kalau tuan punya gambar dapat cam dia punya tangan, minta izin guna ok. Kalau tak cam al7amdulillah.. =D

Kenapa tiba-tiba nak try edit gambar setelah lama tinggal? [sampai ingat lupa-lupa]. Sebab tadi terpergi bengkel Akademi Al-Fateh. Tiba-tiba macam ingat-ingat lupa. Tangan pun mula gatal nak cuba. =_="

Habislah round esok. Harap-harap tak blurr. Akibat minum suku botol Mr. Brown pukul 8.30 malam tadi. Tak dapat tidur sampai sekarang. Ya3ni pukul 3.13 pagi.

Ok. Harus cuba untuk tidur juga.

p/s: Suka kata-kata Nathaniel Hawthorne kat dalam gambar! =)

Tuesday, April 10, 2012

Terbaik untukmu~

Bismillah..

Bila ada rasa itu lebih baik dari ini yang mereka pilih,
perlu diubah pendapat itu atau perlu diubah pemikiran kita,
ini terbaik buat mereka?

Kerana terkadang apa yang orang sangka terbaik, bukan terbaik untuk diri kita.

p/s 1: Rindu pelangi semalam yang membentuk bias hari ini.
p/s 2: Koleksi gambar makin susut nampaknya. Tanda kena berjalan ni. =p