Pages

  • RSS

Sunday, February 20, 2011

horizon kita berbeza~

Bismillah..

sweet kan? ^_^
[al-hambra, granada, spain.]

hawa-hawa kedinginan
deru bayu tiupan
tanda-tanda
curahan rahmat tuhan.

bila jingga sayup-sayup
perlahan menghangat dunia
pencarian warna mula melata.
juga
sukma mula berbicara.

ah, horizon kita
berbeza rupanya.
aku di sini.
kau di sana.
yang sama letak kaki kita.

antara dua
hubungan kita
itulah talian istimewa

istimewa?
ya. istimewa.
percaya yang sama.
percaya yang Esa.

terus
terus berlari
berlari dan mencari
halwa-halwa ruhi
bekalan alam nanti

jangan
jangan tinggalkan
tangan-tangan terkapai
kerna mungkin
itu milik teman juangmu
aku

mohon himmah
mohon tarbiyyah
untuk dakwah ummah

awan berarak
melabuh tirai
menutup hari ini
terselit teka-teki

si purnama hati
bakalkah mengintai diri?

irbed, 8.08 p.m.
patut menghadap CNS.

Thursday, February 17, 2011

hubb~

Bismillah..

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di antara doa Nabi Daud a.s. ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah s.a.w. menyebut nama Nabi Daud a.s. beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”

(HR Tirmidzi 3412)


p/s 1: sweet kan doa nie?

p/s 2: doakan moga cinta DIA sama-sama kita rasa manisnya.

p/s 3: kakak senior kata, masa B2S (Back to school): boleh tambah wa hubba CNS. comel2. Apa-apa pun minta tolong kat Allah. Itulah untungnya seorang Muslim.

p/s 4: irbed hujan lagi. renyai-renyai. suka. menenangkan hati yg tak tentu corak gelodaknya.

p/s 5: irbed sekarang tengah dilanda arus berpuisi kalau perasan. moga puisi2 yg hadir menambah kelazatan iman. Ensyaallah.

p/s 6: doakan moga baik2 semua.

Friday, February 11, 2011

Langkah-langkah Espana (Granada)

Bismillah..

Setelah lama berfikir untuk gaya penulisan penceritaan trip.. (padahal hampir nak skip malas nak berblogging + memikirkan banyak tnggungjawab lain.) Saya ambil keputusan untuk menulis hanya sebagai pelengkap cerita. Mungkin lebih kepada yang saya ingat dan yang saya rasa menarik serta tak tertulis (kalau ada yang sama, faham-faham lah. Trip sama kot.) oleh antara members of the trip yang punya blog: intan, tepianmuara, dan tidakbest.

18 Jan 2011

Dalam perjalanan mencari Mezquita Mayor, Al-Baicin, Granada.

"Pardon, senyor.. Donde mezquita?" (Excuse me, sir. Where's mezquita?)
"Todo recto.. bla.. bla.. bla.. [in spanish]" (Straight..)
*err... hah. itulah. Tanya lagi dalam spanish.*

Pak cik tersebut bersungguh menerangkan arah jalan kepada kami. Tapi kami tak faham-faham. Tak dapat tangkap.

"Ingles? Ingles?" tanya pak cik tersebut kepada senyora yang sedang berjogging bersama suami.
"Yes.."
Setelah memberi penerangan lengkap tentang arah jalan ke mezquita, dia dengan ramah bertanya:
"Muslim2?"
"Yeah." *angguk sambil senyum*
"I'm muslim too. I have just converted." Dengan penuh 3izzah dia memberitahu.

Namun suaminya masih belum convert ketika itu. masih memikirkan katanya. Doakan. Mana tahu di saat ini dia sudah mengambil keputusan untuk menambah kuantiti tak lupa juga kualiti Muslim itu sendiri. Moga2.


Tadaaa.. inilah mezquita mayor.


Dalam masjid
________________________________________________________________

Selesai solat jama3 maghrib isya' di mezquita mayor.

Jalan2 di Al-baicin bersama pak cik Abdullah Naseh yang dijumpai di masjid.

Ketika ini, saya tersenyum teringat pesanan kak piya..

"Apa-apa pun, cuba cari masjid berdekatan. Selalunya, orang-orang yang datang masjid ni willing je nak tolong kita.."

Ketika berjalan-jalan Abdullah Naseh bercerita..

"Al-Baicin was actually from word Al-Bayyazin. Do you know what's the meaning of bayyazin? it's an arabic word."

*Kerut-kerut. Masing-masing cuba mengorek memori. Kalau-kalau ada terbelajar.*

"Al-Bayyazin actually came from the word al-baaz. It means a bird. An eagle. [Kalau cek kamus, kamus kata falcon or hawk. Species lebih kurang lah kan..] It's because the former people used to use eagles for 'risalat' (surat2)."

"Oooo.." *sambil angguk2*

"And this river was named Dar. Dar means speaking or talking. Why? Because.. Shhhh... Try to listen. *senyap* Can you hear anything?"

*Err.. bunyi sungai lah.* Oh rupanya maksud dia, bunyi sungai tu seperti sungai tu sedang berkata-kata. =_="

Tapi, kalau cek kamus, Dar means dinding atau pusingan. Lebih kurang macam Duwar. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Abdullah Naseh adalah lebih kepada pusingan dalam perbualan. Entah. Tapi, dulu-dulu masa sekolah rasa macam pernah terdengar yang hiwar itu sama maksud dengan dar.

"This river separates the Al-Hambra where the royal family and high class people lived and Al-Baicin which was the ordinary people residence area."

Kalau rujuk peta, sungai tu diletakkan nama Darro. Bagi saya, boleh je kalau kita ambil Dar itu maksudnya sebagai dinding. Dinding yang memisahkan Al-Hambra dan Al-Baicin.

"Where did the word Granada come from?"

"Granada actually was from Ghar Nata which means Nata Cave. Why? Because the people who found Granada, met there."

"Where's the ghar?"

"Look. That is Seirra Nevada. And the ghar is at another mountain behind Seirra Nevada."

*sambil tunjuk ke arah gunung seirra nevada yang bersalji*

Nama gunung tu kalau tak silap mulhasan; nama ayah King Boabdil atau raja Abu Abdullah.

Mount Seirra Nevada.
Yang putih2 bersalji tu..
_______________________________________________________________

19 Jan 2011

Al-Hambra, Granada

"I don't even feel sad. I just feel pain. Geram. Yelah. Bergaduh sesama sendiri. Pastu jatuh."
luah salah seorang daripada kami. (lebih kurang lah)

*senyum. sambil mengiyakan.*

That feeling. Saya rasa macam pernah rasa sebelum ini. Hah. Sama macam ketika melawat Topkapi Palace, Turki. Perasaan sayu bercampur sakit mengenang sejarah keruntuhan mereka. Menjadi iktibar buat kita.

Wa La ghaliba Illa Allah
(There's no victory except Allah)
terukir hampir di semua tempat.

Istana Al-Hambra dimulakan pembinaannya pada zaman kerajaan Nasrid, ya3ni kerajaan Islam terakhir yang memerintah Sepanyol yang mana sebelum itu diperintah oleh kerajaan Al-Mohad atau Al-Muwahhidun.

It's architecture is only based on square. Untuk pengetahuan lebih lanjut, klik sini.


The Alhambra is the triumph of mathematics as much of it's static.

Mathematical ingenuity is the rule of it's beauty.


Muqarnas (stalactite ceiling decorations)


General Life

Tiket masuk: 13 euro per person. Tempah online or by phone. Boleh beli on the spot. Tapi dinasihatkan agar beli awal. Takut kalau-kalau tak dapat tiket sebab penuh.
_______________________________________________________________

Al-Caiceira, Granada.

Dulu, ia merupakan tempat menjual sutera. Kini, hanya sebagai tempat jual souvenirs.

Antara souvenirs yang ada: T-shirt yang tertulis sye3er arab.

Sesiapa yg berjaya membaca dan men'translate' maksudnya, ada hadiah dari Spain menanti. Hehe.. Oh orang Jordan je ye. =D
(Tak ramai kot yang baca blog comel [errkk] nie. Selamat souvenir.. c(= Tambah2, tulisan di atas agak sukar dibaca.. ye x?)

p/s 1: Baru Granada nie. Maaf, kalau post kali ini pun tiada sambungan. Jika tiada, boleh la pergi ke link2 yang telah diberikan di atas.

p/s 2: Kebanyakan perbualan di atas telah diedit. Tapi mafhum nya sampai ensyaallah.

p/s 3: Sem nie.. otak berusaha memahami dirinya. Moga Allah mudahkan perjalanan otak.

p/s 4: Cheesecake intan. Moga siap malam ni. c(=

Tuesday, February 8, 2011

Smiling in Tears~

Bismillah..

Zaman silam, waktu petang, ruang tamu berhadapan dengan 'sliding door', rumah, malaysia.

Ummi: Macam-macam masalah kat sekolah tu. Kalau tak masalah dengan budak2, masalah dengan cikgu2 nya. aishh.. kerenah manusia..

Abah: Em.. biasala tu. Kerja dengan orang kan. Itulah abah lagi suka kerja dengan mesin. Tapi kerja dengan orang nie boleh didik kesabaran. Didik jiwa. Itu yang bagus nya. Dapat bina silaturrahim lagi. Kalau dengan mesin, cakap boleh. Tapi tak de jawapan.

Saya: *senyap sambil senyum*
____________________________________________________________________


“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

[cilok dari blog: saifulislam.com]
________________________________________________________

Smiling in tears.
Strength upon weakness.
Self-control with patience.

It's worth.
Although it's hurt.
Because in the end,
You'll be a better man.

May Allah bless~

10.24 pm, freezing in a blanket.

Friday, February 4, 2011

Supaya Tahu Menghargai~

lukisan kehidupan itu lukisan alam hasil dari lukisan Pencipta
-al-hambra, granada. [cilok dr camera aziah]-


manusia.
dicipta hidupnya merasa kedua2.
suka-duka.
mudah-payah.
sihat-sakit.
lapang-sibuk.
tenang-gelisah.
kenyang-lapar.

supaya tahu menghargai.

andai merasa hanya satu
jadi kurang harganya.

tersenyum.
cabaran dan dugaan.
nikmat dan rezeki.
dari permulaan rangka
hingga ke akhir perjalanan.
cantik dilukis yg maha Esa.

10.38 p.m. irbed.
di luar hujan renyai2.

Friday, December 31, 2010

Suicide


Bismillah..

20 Jun 2010. Dalam train. On the way to Champ de Mars, Paris, France.


Eiffel Tower, Champs De Mars

Champs De Mars Garden

Train tiba-tiba berhenti. Yang musykilnya, tengah-tengah rail. Bukan dekat port-port berhenti. Kedengaran pak cik pemandu memberi keterangan dalam bahasa France. Tak faham. Blurr.. Pandang-pandang. Pusing-pusing. Cari-cari siapa yang boleh bagi translation.

"Excuse me sir. Could you translate it for us?"
"Oh sure. There is someone who wants to commit suicide. So, the train can't move."
"Oh. thank you sir!"

"Ceh. Nak bunuh diri tak payah la kat sini. Terus je lompat dalam sungai sebelah nie. Abis cerita. Menyusahkan betullah."
"Haha.. Dia saja nak attention kot. Bukan betul-betul nak bunuh diri."


Heh, selalu tengok orang nak bunuh diri ni dalam tv jek. kali ni kat depan mata. Err.. depan mata ke? Tak tak. Depan train. Tak dapat tengok pon muka orang nya. Cuma nampak lah orang dok pujuk-pujuk jangan bunuh diri. Polis, ambulans, bomba pon ada.

Hati saya: Al7amdulillah, aku diberi nikmat Iman dan Islam. Apa-apa yang berlaku, terus kembali kepada Allah. Tak kira baik atau buruk.' [muhasabah]

Abi Yahya Shuhaib bin Sinan ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada perkara baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadits riwayat Muslim)


Susunan Allah itu yg terbaik kerana tentunya jika Yang Mencipta yang merangka pelan untuk hasil ciptaanNya maka pastilah itu rangkaan yang tercantik.
Moga redha Pencipta menjadi milik yg dicipta juga moga yg dicipta redha dengan pelan yang telah dilukis untuknya.

p/s 1: doakan yang terbaik.
p/s 2: doakan yang terbaik.
p/s 3: doakan yang terbaik.
p/s 4: terima kasih.

Sunday, December 19, 2010

Summer Break 2010


Bismillah..

Muhammad Sulaiman (Man)


Nur Hikmah Solehah (Dik Ah)

"Man masuk pertandingan azan kat sekolah tadi."
"Iye ke? Man dapat nombor brape Dik Ah?"
"Dia menang. Dapat nombor ke satu..."
"Fuyyyooo... ye ke Mann??"
*angguk sambil buat muka macam dah biasa*
"Tak pernah pon Kak Long dengar Man azan. Cuba azan."
*geleng. sambil buat muka malas nak layan.* [ciss.. punye adik..]

Esoknya, azan asar berkumandang..
"Eh.. tu Man azan tuu.."
"Ye ke?? Aah laa.. tu suara dia tu.."


Waaa.. mantap gak ek adikku nih. Cuma nafas dia pendek. Kalau latih, boleh lagi mantap nie..

-Balik Msia Summer Sem 2010-

Makin jauh dari keluarga makin banyak perkembangan yg ketinggalan. Mungkin yg besar2 dan yg penting2 itu diberitahu. Cuma yg kecil2 seperti di atas lupa untuk diceritakan.

Moga kita sekeluarga sama2 berusaha untuk lakukan yang terbaik ensyaallah. Tak kisahlah ada kat mana2 dan buat apa pun. Janji bersungguh. Ingat. Ikatan antara kita adalah doa.

May Allah bless~